> 13 <

520 48 0
                                    

>>>>•<<<<

Lisa's POV

" Siap-siap la. Aku bawa kau ke Paris. "

Aku memandang almari bajuku. Seriusla Jungkook nak bawa aku ke Paris ? Paris yang mana dia maksudkan ni ?

Aku patut pakai apa ni ? Dekat Paris sekarang musim apa ? Kena bawa bagasi ke tak ?

Aku ada banyak gila soalan ni ! Tapi Jungkook cuma suruh aku naik atas dan tukar baju saja. Maknanya dia bukan bawa aku betul-betul ke Paris pun kan ?

Alah, Lisa ! Kau nak harapkan Jungkook buat apa dekat kau ? Dahla kau tetiba je muncul dalam hidup dia, takkanlah dia nak habiskan duit dia semata-mata untuk kau.

Haih... bodoh juga kau ya, Lisa.

I love it when you call me senorita
I wish I could pretend I didn't need ya

Pantas aku menggapai telefon pintarku sebaik sahaja ia berdering lagu Senorita nyanyian kolaborasi Shawn Mendes dan Camila Cabello.

Chaeyoung call. Dah kenapa tetiba nak call ?

" Lisa ! Are you free tonight ? "

Ya Tuhan manusia ni. Aku angkat je panggilan dia terus menjerit dekat telinga aku. Ey, aku ni tak pekak lagilah !

" Urm ... free ... why ? "

" Datang rumah aku. Aku buat dinner hari ni. Kau kan dah lama tak rasa masakan aku. "

" Eee ! Tak nak aku ! Kalau aku masuk icu macam mana ? "

Okay aku sengaja je nak sakat Chaeyoung sebenarnya. Dia masak memang sedap ! Aku suka makan masakan dia.

Lama jugalah dia tak masak dah sebab busy dengan assignment dekat universiti. Rindula juga em.

" Hey ! Watch your mouth okay ? Aku masak punya sedap ni, kalau bebetul masuk icu karang padan muka ! "

Tergelak aku mendengarkan kata-kata Chaeyoung. Aish, comel-comel je kawan aku seorang ni.

" Okay, I'll come over. Lagipun aku ada tea nak tumpahkan. "

" Wow ! Pasal siapa ? "

" Everyone ...? Ah, nanti kau taula apa yang aku nak gossipkan. "

" Okay okay. Can't wait for you to come over ! Bye ! "

" Bye ...! "

Aku terus menekan punat merah lalu telefon pintar aku diletakkan ke tepi.

Keluhan kecil aku lepaskan kemudian aku kembali memandang almari pakaianku. Haih ... nak pakai baju apa ni ?

Tok ! Tok ! Tok !

Pantas aku menoleh memandang ke arah pintu bilikku. Oh shit ! Jungkook dah siap ke ? Aku tak pilih baju pun lagi.

Pintu memanglah dah kunci tapi kalau dibuatnya dia masuk bilik aku guna kunci pendua macam mana ? Aaaa !

" Lisa, siap dah ? " soal Jungkook dari luar.

#7 euphoria  [ C ] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang