>>>>•<<<<
" Jom main arcade ! " pelawa Jungkook gembira sambil menarik aku ke satu tempat arcade yang meriah dengan orang ramai.
Hm.. dah lama lah juga aku tak main dekat arcade sejak masuk universiti ni. Takde masa guys.
Kalau tak, dulu memang aku selalu sangat datang sini dengan Chaeyoung. Selalu la juga aku bertaruh dengan Chaeyoung tapi manusia tu yang selalu menang.
Aku ? Nasib aku ni malang sangat sebab yang selalu kalahnya aku. Boleh bilang dengan jari berapa kali saja aku menang.
" Asal diam je ? Takut ke nak lawan dengan aku ? " soal Jungkook tiba-tiba memecah lamunan aku dengan sengih senget di wajahnya.
Aku menjulingkan mataku ke atas sambil berdecit perlahan. Tak guna. Dia nak cabar-cabar aku pula.
" Aku takde mood nak main. Kau nak main, main je sorang-sorang. " balasku kemudian aku mula mengatur langkah untuk keluar dari kawasan arcade tersebut.
Tetapi tiba-tiba tangan aku ditarik oleh seseorang membuatkan aku menoleh ke belakang.
Gulp.
Dekatnya muka Jungkook dengan muka aku. Apeni apeni apeni ?!
" Aku baru nak bertaruh dengan kau. Takkan takut kot nak bertaruh dengan aku ? Come on, Lisa. " ujarnya separa bisik dengan sebaris senyuman comel padaku.
Aku menelan air liurku perlahan yang terasa macam susah sangat nak mengalir padahal air je pun.
Entahla kenapa tapi setiap kali aku dekat macam ni dengan Jungkook, mesti jantung aku berdegup macam nak gila.
Aku tak tau la apa perasaan ni tapi ... aku suka bila bersama dengan dia. Aku suka bila dekat dengan dia. Tapi aku ... tak tau kenapa ...
" Kau nak bertaruh apa ? " soalku juga dengan nada separa bisik. Cuba aku meleraikan pegangan Jungkook pada tangan aku tetapi genggaman dia kuat sangat !
" Kita main basketball tu. Kalau aku menang, kau kena belanja aku dua helai baju. " balas Jungkook dengan wajahnya yang mula kelihatan teruja.
Aku memuncungkan bibirku sedikit, berfikir sama ada berbaloi atau tidak aku bertaruh dengan dia ni.
Tapi aku kan selalu kalah kalau lawan dengan Chaeyoung. Macam mana aku nak menang kalau lawan dengan Jungkook ?
Entah-entah dia ni pro. Tapi ada peluang juga kan untuk dia jadi noob ? We don't know ...
" Okay. Kalau aku menang, kau kena belanja aku seutas rantai dan gelang. Deal ? " cadang aku, mulai setuju dengan pertaruhan Jungkook itu.
Jungkook menganggukkan kepalanya laju kemudian perlahan-lahan dia melepaskan genggamannya di tangan aku.
Fuh ! Lega. Dia pegang tak sakit pun tapi jantung aku berdegup laju bila dia asyik buat tindakan spontan macam tu.
" Deal ! "
20 minutes later ...
" Ah ! Kau main tipu ! "
YOU ARE READING
#7 euphoria [ C ]
FanfictionIt feels so wrong yet so right. I'm in love with my stepbrother. Yes, you read it right. I know it is wrong but I can't hold back my feelings ! I just hope having a relationship with my stepbrother isn't illegal. Because He's the cause of my e...