> 29 <

439 45 2
                                    

>>>>•<<<<

Jungkook's POV

Aku mula mengatur langkah aku menuruni anak tangga sebaik sahaja kelas aku tamat.

Jam di tangan aku kerling sekilas sebelum aku kembali fokus pada langkah aku. Sia-sia je kalau aku terjatuh nanti.

Aku kena cepat sebelum Lisa sampai ke tempat parkir kereta. Aku tak nak dia tunggu aku lama-lama. Sebab aku tak nak buat dia lebih marahkan aku.

Ya, aku dah buat salah besar gila semalam. Aku tak sepatutnya tengking dia atau marah dia. Sangat tak patut.

Omma dan appa dah amanahkan aku untuk jaga Lisa baik-baik. Nasihat pertama mereka ialah jangan buat Lisa menangis tapi ... itulah yang aku buat.

Urgh ! Aku rasa bersalah sangat-sangat dekat dia sekarang. Hanya disebabkan perangai tak matang aku, aku marahkan dia.

Aku patut ubah sikap aku jadi lebih matang.

" Erm, Jungkook ...? "

Aku menghentikan langkahku sebaik sahaja nama aku dipanggil seseorang. Aku pantas menoleh ke belakang memandang gerangan manusia yang memanggil nama aku itu.

Eunha. Rakan baik Miyeon. Apa yang dia nak dengan aku ? Aku rasa ini kali pertama dia nak bersua muka dengan aku.

" Ada apa Eunha ? Aku nak ce- "

" Tolong bagi aku masa untuk bincangkan sesuatu dengan kau. Ini pasal Miyeon. Kalau kau sayangkan dia, kau mesti akan korbankan sedikit masa kau. "

Aku melepaskan keluhan berat. Aku bukan apa tapi ... aku dapat rasakan yang makin lama perasaan aku pada Miyeon makin berubah.

Aku tak tahulah kenapa. Dulu apa saja aku akan buat demi melihat Miyeon gembira dan aku akan turut gembira tetapi sekarang bila Miyeon gembira, aku tak rasa gembira juga.

Kenapa aku jadi macam ni ? Aku ke yang salah ?

" Kenapa nak bincang sekarang ? Aku tengah busy sekarang. Lain kali tak boleh ? "

Eunha menjulingkan matanya ke atas kemudian dia berdecit kecil.

" Seriously, Jeon Jungkook ? Aku ingatkan Miyeon tipu aku pasal perubahan kau tapi tak sangka, Miyeon betul. "

Aku mengerutkan dahiku perlahan pada Eunha. Perubahan aku ? Apa yang dia cakapkan ni ?

Aku mana ada berubah apa-apa. I am still me. Tak ada apa-apa yang berkaitan dengan aku dah berubah.

Merepek jelah. Attention seeker.

" Kau tak payah nak bazirkan air liur kau dekat aku. Aku nak balik. Aku ada banyak kerja. "

" Oh, really ? Banyak kerja ? Bukan kau berseronok je ke dengan kakak kau dekat rumah ? Ops, lupa. Kakak tiri. "

" Apa masalah kau dengan Lisa ? Ada dia kacau kau ke ? Tak ada kan ? "

" Well basically dia tak kacau aku tapi dia dah kacau hubungan kau dengan Miyeon. Kau tak sedar ke benda tu semua, Jungkook ? "

#7 euphoria  [ C ] Where stories live. Discover now