>>>>♡<<<<
Aku melangkah menuruni anak tangga sebaik sahaja aku selesai membersihkan diri.
Jam di tangan aku kerling sejenak sebelum aku kembali membetulkan rambut aku yang ikal mayang ini.
Hari ni aku nak outing dengan Chaeyoung memandangkan kelas Chaeyoung start petang. Daripada aku melantak tak tentu arah, baik aku ajak dia keluar.
Ada adik tiri pun tak guna kalau tak sama minat dengan aku. Dahla baru jumpa pun nak ajak gaduh dah dengan aku.
Hey ! Aku kena juga cerita semua ni dekat Chaeyoung. Tak kiralah !
" Lisa-ya, nak pergi mana ? " soal mak aku sebaik sahaja aku melintas lalu di kawasan dapur.
Aku melangkah semula ke belakang sambil mengusap-usap tengkuk aku.
" Lisa nak keluar dengan Chaeyoung sekejap. Kenapa mommy ? " soalku sambil melangkah menghampiri mak aku.
Mak mengambil kain kecil lalu tangannya yang basah itu di lap pada kain tersebut.
Matanya melilau di sekitar kawasan mencari sekujur tubuh seseorang. Dia cari siapa ? Aku ada depan mata dia ni ha.
Takkan dia tak nampak aku ?
" Ah, Jungkook-ah ! " panggil mak aku pada Jungkook tatkala lelaki itu baru sahaja melangkah menuruni anak tangga.
Jungkook mengerut kecil dahinya lalu melangkah menghampiri aku dan mak. Jangan pelikla Jungkook, aku lagi tengah musykil ni.
" Jungkook nak pergi mana ? " soal mak dengan senyuman.
" Kook nak pergi gym dengan kawan Kook. Kenapa omma ? " balas Jungkook berbalik soalan.
Aku pula hanya diam je menanti kata-kata seterusnya dari mak aku. Dah kenapa dia tetiba je nak berbual dengan Jungkook ni dekat depan aku ?
Nak buat aku cemburu ke apa ?
" Great ! Boleh tak kalau Kook tumpangkan Lisa ke mall ? "
" What ?! " soalku dengan nada tinggi + terkejut dengan permintaan mak aku itu kepada Jungkook.
Hell no ! I'm not gonna be in a car with Jungkook, alone.
Jungkook memandang aku dengan wajah yang keliru. Mesti dia pelik asal aku menjerit tetiba.
Sorry Kook, aku tak suka dengan reptilia spesies kau.
" Look Lisa, daddy kena pergi meeting out of sudden sebab ada masalah dekat company dia. And his car ada dekat bengkel so tak ada pilihan lain selain pakai kereta Lisa. And since Jungkook pun nak keluar, why don't you guys share je kereta for a while ? " terang mak kemudian diakhiri dengan senyumannya.
Aku mendengus kecil kemudian aku memeluk tubuh. Ah ! Kacau mood aku je nak pergi jalan-jalan kalau macam ni !
I rather stay home la daripada berduaan dengan Jungkook !
" Kenapa daddy guna kereta Lisa ? Why not his own son's car ? " soalku, bengang.
Mak terus mencubit lengan aku membuatkan aku sedikit terhinjut ke belakang. Dia menjeling aku sekilas membuatkan aku rasa bersalah.
Tapi ! Aku cakap benda betul apa. Kenapa guna kereta aku ? Kenapa tak guna kereta anak teruna dia ni ?
Tiba-tiba Jungkook berdehem di sebelah aku membuatkan aku menoleh memandang dia dengan wajah cemberut aku.
" Appa tak pandai bawa kereta manual. Since kau punya auto, dia pinjamlah. Get it ? " terang Jungkook dengan wajah tenang.
Aku melepaskan keluhan kecil kemudian aku menganggukkan kepala tanda faham.

ANDA SEDANG MEMBACA
#7 euphoria [ C ]
FanfictionIt feels so wrong yet so right. I'm in love with my stepbrother. Yes, you read it right. I know it is wrong but I can't hold back my feelings ! I just hope having a relationship with my stepbrother isn't illegal. Because He's the cause of my e...