01-Realiti

7.7K 228 9
                                    

Ain merenung ke luar tingkap kelasnya sambil menongkat dagu.

Pen ditangannya dipusing.Kadang-kadang dia mengeluh.

Kalau lah dulu aku tak makan banyak,mesti aku jadi manusia normal kan?

Berat badannya semakin menaik apabila masa menginjak.

Dia cuba untuk diet tetapi tidak berhasil.

Tiba-tiba,bahunya ditolak perlahan."Wey."

Ain memalingkan mukanya dan kening terus berkerut.

"Apahal?"

"Siap Math tak? Kalau siap,nak pinjam buku.Hehe."

Ain menjeling tetapi tetap mengambil buku latihan Matematiknya untuk diberikan kepada kawan baiknya,Syakira.

"Kau ni Ira,bila mahu rajin?",perli Ain.

Namun,Ira hanya tergelak.

"Bila mahu kurus?",balas Ira pulak.

Ira dipandang tajam."Apabila dipaksa oleh seseorang.",jawab Ain kemudian dia tersenyum lebar.

"Aku tak nak jadi kurus.Tak best.",gurau Ain.

Ira menjuihkan bibirnya."Tak best taik kau."

Kali ini,Ain pula gelak besar.

"Dah lah,malas nak layan kau.Mental.",ujar Ira sambil gerak kembali ke tempat duduk asalnya.

"Eh perempuan ni."

Ain menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Ira dan Wawa sedang bergaduh merebut bukunya.

Nur Wawa juga merupakan kawan baiknya yang agak matang sedikit daripada Ira yang suka bermain.

Empat orang lagi di kelas lain.Dua orang di kelas kedua dan dua orang lagi di kelas ketiga.

Kiranya,kalau tak de Ira memang tak best sebab dia memang pandai hiburkan orang walaupun lawak hambar itu ada.

"Waaaaa! Aku dapat dulu buku ni.",ujar Ira sambil merengek.

"Oh ye ke.Aku tak kisah pun.Meh sini.Aku nak tengok jugak.",Wawa menarik buku Ain dan meletakkannya di tengah-tengah meja mereka.

"Dasar berat buntut.",gumam Ira.

Wawa terus mengetuk kepala Ira."Pengotor siaa kau ni.",Wawa ketawa setelah mendengar kata-kata Ira.

Ira juga turut ketawa.

Ain mengambil satu kertas A4 dan diletakkan di atas meja.Pensel diambil dari bekas alat tulis.

Dagu ditongkat.Jarinya mulai memainkan peranan.

Dia semakin asyik dengan aktiviti melukisnya.

Untung sahaja guru mereka menyertai aktiviti di luar sekolah.

Jadi,kelasnya mempunyai masa yang kosong untuk merehatkan otak masing-masing.

Mata Ain sempat melihat sekeliling kelasnya.

Ada sekumpulan lelaki dan perempuan sedang berbawang.

Ada yang menyiapkan kerja sekolah.

Ada juga yang sedang tidur.

Yang merayap juga turut ada.

Walaupun begitu,keadaan kelas itu tetap sunyi kerana bilangan murid dalam kelas itu hanya sedikit.

18 orang sahaja.

Lama-kelamaan,wajah seseorang terhasil.

Ain berada di dalam dunianya sendiri.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now