32-SPM

5.3K 181 28
                                    

"Syed.Aku tengah buat kerja ni kan!",marah Ain sebelum menghempaskan pennya ke atas meja.

Syed mempamerkan riak polos."Buat je lah."

Ain menarik nafas dengan dalam kemudian menghembusnya dengan kasar.

"Blah lah!",jerit dia.

Syed terus menarik telinga Ain.

"Eii berani eah halau suami."

"Dulu kau halau aku tapi aku okay je!",wajah Syed yang dekat dengan wajahnya ditolak.

"Bruhh.Tu dulu,Sayang.",bibir Syed terjuih.

"Tak payah nak bersayang-sayang dengan aku lah! Baik kau pergi call Alia!",badan Syed pula ditolak.

Senyuman miang diberi.

"Kau jeles erk?"

"Tak de masa! Pergi lah! Aku nak study ni!"

Rambut Ain diserabutkan.

"Buat apa kau nak study lagi.Hari ni kan cuti.So,rileks lah.",kepala disandar pada bahu Ain.

"Rileks kepala bapak kau.SPM dua minggu lagi.",Ain menolak kepala Syed menggunakan bahu sebelum mencapai pennya dan membuat latihannya kembali.

"Language."

Serentak dengan itu,ciuman diberikan pada pipi kemudian Syed terus  keluar dari bilik Ain.

"Syed!"

AIN menggelengkan kepalanya beberapa kali.Memori dia dikacau oleh Syed terngiang-ngiang di kepalanya.

"Stop it,Ain! Kau nak SPM dah ni.",gumamnya perlahan kemudian dia memberi fokus kepada guru di hadapannya yang sedang menerangkan etika di dalam dewan.

Selepas itu,Syed dipanggil oleh guru tersebut untuk membaca beberapa doa sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Ketika Syed memandang seluruh budak Form 5,dia mengenyitkan matanya ke arah Ain.

Ain tersentak dan senyuman cuba ditahan.

"Jangan senyum,Ain."

"Dia buat dekat Alia.",bisik hati Ain yang cuba untuk mengelakkan diri daripada terperasan.

Perbualan Alia dan rakannya di belakang Ain didengar.

"Weyy Alia.Syed wink kat kau duh.",ujar rakan Alia.

"Jangan lah..Nanti aku malu..",balas Alia dan Ain cuba untuk tidak mempamerkan riak menyampah.

"Dah ada suami tapi masih lagi curang."

Ketika itu pula,dia terpandang Harith yang memandang ke arah Alia.Harith seperti memberitahu sesuatu tanpa mengeluarkan suaranya.Ain memincingkan matanya untuk membaca kata-kata Harith.

"Goodluck,Sayang.",gumam Ain setelah dia dapat membacanya.Dia menahan dirinya untuk tidak beriak geli.

Balasan daripada Alia di belakangnya meruntuhkan bentengnya untuk menahan riak geli.

"Goodluck too,Abang.",balas Alia.

"Eyuu."

"Ergh.Cringe.",ujar Ain dengan perlahan.

"Goodluck,Puteri.",ujar Aidan yang berada di sebelah kanan Ain.

"Goodluck too,Eden.",Ain tersenyum manis.

"Lakk too,Den.",ujar Muiz dengan malas di sebelah kiri Ain.Aidan terus menjulingkan matanya ke atas.

"Tak ikhlas.",ejek Aidan.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now