"Muiz,Eden.",panggil Ain yang sedang mengemas bukunya setelah menyiapkan latihan.Muiz dan Aidan terus pandang ke arah Ain dengan serius.
"Jom teman aku pergi Sushi King.",pinta Ain.
"Okay jom.",balas Aidan manakala Muiz hanya menganggukkan kepalanya.
"Serius lah? Korang pulaukan aku?",rungut Syed sebelum menyedut Ice Mocha kepunyaan Ain.Ain tak minum Mocha jadi dia kebas air Ain sampai habis.
"Ops sorry.",ujar Muiz dengan nada mengejek.Syed menggetap rahang sambil menjeling Muiz.Ain menggelengkan kepalanya kemudian beg digalas.Kaki melangkah ke arah lif dan dia diikuti oleh Syed,Aidan serta Muiz dari belakang.
"Sushi tu tingkat berapa?",tanya Syed kepada Ain yang sedang menekan butang lif.
"Tiga."
Ain terus mendengus geram apabila cahaya lampu pada butang lif tidak muncul.
"Apa masalah lif ni?",rungut Ain.
"Maaf dik.Tapi lif ni rosak.",ujar pengawal yang kebetulan lalu di kawasan itu.Ain terus mengeluh dan ucapan terima kasih diberikan ke arah pengawal itu.
"Aku craving Sushi...",bibir dicebikkan.
"Naik tangga je lah,Ain.",arah Syed kemudian lengan Ain ditarik.Mereka berempat terus menaiki tangga dengan gigih.
"Penatnya...",gumam Ain tetapi Syed masih boleh mendengarnya.
"Tu lah...orang suruh exercise tak nak.Kan dah mula penat.",ejek Syed yang masih lagi memegang lengan Ain.Muiz dan Aidan yang berada di belakang mereka menjulingkan mata setelah melihat tindakan Syed.
"Tak de kaitan pun.",ujar Ain.Baru sahaja Syed ingan membalas ujaran Ain,gelak ketawa yang kedengaran di tingkat atas menghalangnya.
"Hahaha.Jangan lah,Harith."
Mereka berempat terhenti setelah mendengar suara itu.
"What? Selalunya awak suka je bila saya buat macam ni.",ujar Harith.
Syed terus berlari laju ke tingkat atas dan diikuti oleh Ain,Muiz dan Aidan.
"Wow.",ujar Muiz dan Aidan dengan serentak.Manakala Syed dan Ain terkedu melihat kejadian di hadapan mereka.
Alia yang bersandar pada dinding dan Harith yang menghalangnya sambil mencium wajah Alia berkali-kali.
"Alia...",panggil Syed dengan riak terkejut.
Panggilan itu mengejutkan Alia dan Harith.Mata Alia terus membulat apabila melihat Syed.
"S-Syed."
Mata Syed terus bergenang dan hatinya bagai dirobek.
"Apa bende ni...awak dengan Harith ada hubungan?",tanya Syed dengan nada kesal.
Alia tidak mampu mengeluarkan kata-kata.Harith pula hanya menunggu Alia untuk bercakap.
Ain yang masih terkedu setelah melihat Alia dan ketua kelas mereka iaitu Harith bercumbuan di kawasan itu.
"Awak buat perkara terkutuk dengan Harith?"
"Awak...tikam belakang saya?",tanya Syed bertubi-tubi.
Harith terus mengeluh apabila Alia masih mendiamkan diri.
"Syed...maafkan aku.Aku tak bermaksud pun nak--",kata-kata Harith terpotong.
"Tak bermaksud nak cium Alia? What?! Ni ke ketua kelas yang selalu disanjung oleh cikgu?Pft! Dasar talam dua muka.",tengking Syed sambil menunding jari ke arah Harith.
YOU ARE READING
Chubby [COMPLETED]
RandomKisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Na...