Cuti.
Fuh.Amannya.
Ain memejamkan matanya sebelum dia membalikkan badannya daripada meniarap.
Kaki digoyang perlahan.Jam dinding dilihat.
Pukul 10 pagi.Selepas solat Subuh,dia terus tidur kerana kepenatan.Patutnya,masa cuti sekolah ni lah dia kena belajar memasak.Tetapi dia cuba untuk ponteng sehari.
Bruhh.
"Malasnya nak bangun.",ujar Ain.
Pintu biliknya diketuk kemudian dibuka oleh seseorang.
"Tak bangun lagi?",tanya gerangan itu.
Ain membuka mata kemudian kepala diangkat memandang ke hadapan.
Gosh!
Dengan cepat,dia bangun dari baringannya kemudian berlari anak menuju ke bilik air.
Muka dibasuh kemudian towel diambil dan diletakkan di atas kepala serta digayakan seperti memakai tudung.
Pin digantikan dengan tangan.Pintu bilik air dibuka.
Kelihatan gerangan tadi sedang mengemas katilnya.Setelah itu,dia duduk di atas katil dan Ain dipandang dengan hairan.
Ain hanya berdiri tegak kemudian mata berkelip beberapa kali.
Memikirkan tentang keberadaan manusia itu di pagi hari.
"Kenapa tutup rambut?",tanya dia.
Ain tergagap."Err..s-saje?",kepala digaru dan pintu bilik yang tertutup dipandang sekilas.
Gerangan itu memincingkan matanya.
"Duduk sini.",arahnya dan Ain terus menggelengkan kepalanya.
"Tak pe lah.Aku duduk kat kerusi tu je.",kaki ingin melangkah ke kerusi tempat dia selalu belajar tetapi terhenti apabila nada suara gerangan itu tinggi.
"Aku cakap duduk sini!"
Ain mengigit hujung bibirnya sambil menuju ke katilnya dengan perlahan.
Kedua-dua tangannya ditarik sehingga dia terduduk di sebelah gerangan itu.
Towel terbuka.
Ain ingin memegang towel itu kembali tapi ditahan.
Towel ditarik kemudian dilempar jauh.
"S-Syed....",Ain terkedu.
Syed memandang tajam.
"Jangan buat aku macam orang asing.Aku benci.",jelas Syed sambil merapikan rambut Ain.
Rambut Ain hanya paras dada sahaja.
Pipi Ain terus ditekup.
"Aku ni siapa bagi kau?",tanya Syed.
Ain diam.Air liur ditelan.
Syed mengeluh."Aku ni suami kau kan...",suara Syed menjadi lembut.
Ain mengangguk perlahan.
"So,tak salah kan kalau kau tunjuk rambut kau kat aku? Halal kan?",tanya Syed lagi sambil kening diangkat.
Manakala Ain pula mengangguk."T-tapi aku tak biasa lagi.",jujur Ain.
"Ya..aku faham.Kita pun baru kahwin minggu lepas.Ni pun kira first time aku jumpa kau kat rumah ni lepas nikah....",sekeliling bilik Ain sempat dilihat.
Cantik dan kemas.
"Tapi,kau kena biasakan.Okay?",sambung Syed.
"O-okay.",balas Ain.
YOU ARE READING
Chubby [COMPLETED]
RandomKisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Na...