23-Ngada

4.8K 166 1
                                    

Ain membancuh air di dapur manakala ibunya pula menyediakan hidangan di atas meja.

Ketika itu,Ain termenung.

Kau nak lari mana,Ain?

Kau yakin yang dia takkan jumpa kau?

Patut ke..aku batalkan plan aku? Dan berada di sisi dia setiap hari?

Tetapi...dia nak kahwin lain,Ain.

Kau sanggup bermadu?

Ain tersentak apabila suaminya memeluk pinggangnya dari arah belakang.

"Sayang...",panggil Syed dengan meleret.Dia tidak menyahut.

"Kenapa tinggalkan aku?",tanya Syed dengan perlahan dan matanya sempat mengerling ke arah Ibu Ain yang sedang menyediakan makanan.

Ain masih diam kemudian dia mengangkat dulang yang berisi gelas dan jug ke meja dapur.Syed mengikuti langkahnya kemudian kerusi di sebelah Ain diduduk.

Ain juga turut duduk setelah kelibat ayahnya muncul.Mereka mulai makan dengan tenang.

Sempat juga ibu bapa Ain menanyakan beberapa soalan ke arah Syed.

Setelah selesai,Ain membasuh pinggan di dapur manakala ibu dan ayahnya berkumpul di ruang tamu.Syed pula terus menuju ke bilik.

Ain melakukan aktiviti nya dengan perlahan.Dia bermain-main dengan sabun.Fikirannya terlampau serabut.

Kes gambar tu lagi.

Dia mengeluh kemudian dia menyelesaikan aktiviti nya.Ketika dia mahu memusingkan badannya,Syed terus menahan badannya.Dia tersentak.

Syed beriak kosong sambil membasuh tangan di sebalik badan Ain.

Setelah itu,dia merenung wajah Ain sehingga membuatkan Ain mengalihkan pandangan.

Masing-masing masih lagi tidak berkata apa-apa.

"Kenapa?",tanya Syed dengan nada yang perlahan.

"Kenapa apa?",soal Ain kembali sambil melihat ke arah pintu dapur.

Syed menundukkan kepalanya kemudian dahi Ain dicium sekilas.

"Kenapa abaikan aku?",kening diangkat.

Mata Ain terjuling ke atas."Biarlah."

Syed mengigit bibir dan dahi Ain dijentik.Ain mendesis sakit.

Dia menjeling Syed sebelum badan Syed cuba ditolak.Syed masih mengeraskan badannya.

"Kau buat aku geram dengan kau.Jangan sampai bibir kau bengkak.",larang Syed.

"Eh!Suka hati je nak buat macam tu kat aku.Kau tak layak lah nak c--"

Mata Ain terbuntang dan badan Syed ditolak dengan kasar.

Syed tersenyum sinis.

"Aku tak layak? Aku ni suami kau lah,gila.Aku ada hak untuk buat macam tu dekat kau.",ujarnya.

"Babi.Sial lah.",carut Ain dengan perlahan sebelum dia cuba melarikan diri apabila pandangan Syed terhadapnya cukup menakutkan.

Tangannya terus ditarik.

"Jangan."

Bibir Ain dicium sekilas.

"Mencarut."

Kali kedua.

"Sayang."

Kali ketiga.

Ain terus menutup mulutnya."Terlepas lah!Tak sengaja pun!",badan Syed dipukul berkali-kali sehingga Syed gelak.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now