"Laparnya...",mulut dimuncungkan sambil menggeledah peti sejuk.
Ain mengeluh.
Nak makan nasi lemak tadi...tapi Syed dah habiskan.
ERGHH!
Jam dinding dilihat.
5 petang.
Tadi dia dah tidur dekat 4 jam.
Membazir masa betul.
"Woi.",panggil Syed dengan kasar.Ain buat-buat tak dengar.
Kabinet dapur juga dituju.Dibuka dan ditutup.
Tiada makanan!
Okay,Ain badmood.
Dia duduk dan kepalanya terus direhatkan pada meja makan.
"Ibu dengan ayah pergi mana?",tanya Ain sambil memejamkan mata kerana kelaparan.
Syed mencebikkan bibir."Mana lah aku tahu,aku tidur jugak kan tadi."
Kerusi di sebelah Ain diduduk."Lapar sangat ke?",tanya Syed dengan prihatin.
Dagu ditongkat dan rambut Ain diusap.
Ain membalas pertanyaan Syed hanya dengan anggukan.
Syed tersenyum."Tak nak makan aku ke?Mana tahu kenyang.",gurau Syed.
Muka hodoh ditayang."Tak nak."
Tangan Syed terus ditolak.
Syed hanya gelak.
"Actually,Ain.",Syed memulakan perbualan.
Ain hanya pandang Syed dengan riak pelik.
"Masa aku tengah serabut tadi,aku cari makanan macam kau juga.",terang Syed sambil tersenyum.
Ain semakin pelik."So.....?"
"So,aku jumpa makanan.",terang Syed membuatkan mata Ain terus bersinar-sinar.
"Mana?",tanya Ain sambil mata melilau-lilau sekeliling dapur.
Syed masih lagi tersenyum.
"Syedddd! Jangan main-main.Aku lapar ni...",tangan Syed digoyang beberapa kali.
"Mana makanan tu?",wajah Syed dipandang.
Mereka berbalas pandangan.
"Dalam hati aku.",ujar Syed sambil berbisik.
Syed menahan gelak.
Ain pula hanya mendiamkan diri.
Hatinya berdebar.
Riak Syed cuba difahami.
Dia faham....
Ain menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Kemudian,dia gelak terbahak-bahak."Nice lah kau punya pick up line.Nanti boleh cuba dekat Alia."
Ain cuba menenangkan hatinya.Matanya bergenang.
Pandangan dialihkan.
Hipokrit.
"Alahh...spoil lah.Aku baru je nak tahu reaction perempuan kalau aku cakap macam tadi.",Syed mencebikkan bibir kemudian rambut dirapikan.
Ain tergelak perlahan."I know your trick lah brother.",mata dikelip beberapa kali.
"Okay serius.",wajah Syed dipandang sekali lagi.
"Mana makanan tu?",tanya Ain dengan serius.
Dahi Ain terus ditunjal."Kau ni,makan je kerja."
Syed terus bangun dan mengambil maggie cup yang dijumpainya ketika dia serabut.
YOU ARE READING
Chubby [COMPLETED]
RandomKisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Na...