"Tengah buat homework ke?",tanya Syed sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.
Syed yang baru lepas mandi itu berjalan ke arah meja belajar Ain.
Kelihatan Ain sedang berusaha untuk menjawab soalan Kimia.
"Tak lah.Tengah menggoreng.",sindir Ain kemudian rambut diserabaikan.
Stress!
Syed tergelak kecil."Nak suruh aku ajar ke?",pelawa Syed sambil menahan badannya dengan meletakkan tangan di kerusi Ain.
Ain geram.Dia terus mengalihkan pandangan ke arah Syed.
"Boleh di--",mata Ain terbuntang.
"Syed!",Ain menutup matanya menggunakan tangannya.
Syed beriak suci."Ya?"
"Why you--ergh.",Ain menolak badan Syed.
"Pergi pakai baju lah!",jerit Ain dengan geram.
My eyes...
Syed terus tersengih miang."Kenapa nak pakai baju pulak?"
"Jangan nak membabi sangat lah.",gumam Ain dengan perlahan.
"Pergi pakai baju!",suara dikuatkan.
Sunyi beberapa saat.
Terasa hembusan nafas di telinga Ain.
Ain terkaku.
Syed gelak perlahan."Untuk kali yang ke berapa,language Sayang...",ujar Syed dengan nada yang lembut.
Pipi Ain dicium sekilas kemudian dia melarikan diri ke atas katil.
Badan direhatkan di atas katil Ain.
Ain terus membuka matanya.Pipi dipegang.
"Apa masalah kau?",gigi diketap.
Riak suci ditayang sekali lagi."Masalah?",tanya Syed sambil menongkat kepalanya.
Mata dikelip beberapa kali.Senyuman mengejek diberi.
Ain mendengus geram.Tuala,baju dan seluar diambil dengan kasar.
Dia berjalan laju ke arah bilik air.
Baik dia mandi daripada layan mamat hipokrit tu.
Selepas pintu bilik air dikunci,Ain membebel.
"Ingat body dia lawa sangat ke hah? Dah lah ada bulu dada!",jerit Ain kuat dengan tujuan untuk menyakitkan hati Syed.
Kening Syed terus berkerut.Bodynya dilihat.
Tiada sebarang bulu pun di dadanya.
"Suka hati cakap body orang ada bulu dada.",gumam Syed dengan geram.
"Eh Sayang! Saya tak de lah bulu dada semua tu.Badan saya ni perfect tau tak.Bukan macam awak!",ejek Syed.
"Diam!"
Syed terus tergelak."Jeles ke?",ejek Syed lagi.
Bunyi bebelan yang tidak jelas kedengaran akibat daripada pancuran air.
Hashtag Ain mengamuk.
HAHAHAHAHA.
Syed merenung siling bilik Ain.
"Agaknya,lepas pindah nanti.Boleh roboh rumah kalau kitaorang duduk.",Syed tersengih sumbing sambil membayangkan kehidupan bersama Ain.
Dia tidak tahu tentang masalah-masalah yang bakal menimpa mereka.
YOU ARE READING
Chubby [COMPLETED]
RandomKisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Na...