21-Punca

4.8K 165 10
                                    

"Arkkk! Sakit lah!"

Naqiu tersenyum sinis.Dia semakin memulas telinga seorang perempuan yang mempunyai ketinggian 142 cm.

"Aduh!!! Janganlah,Naqiuu.",rengek perempuan itu sambil menahan tangan Naqiu.

Naqiu melepaskan telinga itu dan dia terus mempamerkan riak serius.

"Sakit?",bisik Naqiu selepas badan perempuan itu ditolak ke dinding sekolah.

Kini,mereka berdua sedang berada di blok sekolah yang paling jarang orang lalu.

"Auch!",aduh perempuan itu kerana badannya terhempap ke dinding.Telinga digosok perlahan sambil dia menundukkan pandangannya.Soalan Naqiu diabaikan.

"Anis Kartika....",panggil Naqiu sambil menahan tangannya di tepi kepala Anis.

Muka Anis bertukar cemberut apabila Naqiu menyebut nama panjangnya.Dia cuba untuk melarikan diri tetapi disekat oleh Naqiu.Dia dikepung oleh kedua-dua tangan Naqiu.

"Erghh.Please lah.Let me go.Aku nak rehat ni.Lapar.",Anis memohon dengan acuh tak acuh dan mata sempat dijulingkan ke atas.

Dahi Anis terus dijentik kuat.

"Argh! Sakit lah!",Anis mengaduh kesakitan dan dada Naqiu ditumbuk bertubi-tubi.

Kening Naqiu berkerut kemudian tangan Anis cepat ditangkap dan digenggam erat."Sakit lah gila.",marah Naqiu pula.

"Eii,apa masalah kau nak tangkap aku? Aku ada buat salah ke hah?",Anis menjerit kecil membuatkan dahi Naqiu semakin berkerut akibat nada yang diberikan oleh Anis terlampau nyaring.

Badan Anis ditolak kasar ke dinding lagi dan badannya terus dirapatkan.Mata Anis terbuntang.

"Wey bodoh.Kau tanya lagi apa salah kau? Kau tahu tak.Kau dah buat nama Kak Ain tercemar.Kau ni tak de kerja lain ke selain buat dosa?",Naqiu terus memarahi Anis dengan merapatkan mukanya pada muka Anis.

Anis melarikan pandangan daripada Naqiu."M-memang betul kan.Dia tu memang rapat dengan lelaki-lelaki sekolah ni?",dia cuba mencari alasan untuk mempertahankan diri dia.

"Heh.",Syed Naqiuddin tersengih sinis.

"Padan lah nama lain macam,rupa-rupanya perangai pun dah macam alien.",Naqiu mengejek.

Anis terasa tercabar kerana namanya diejek.Dia cuba menarik tangan dia daripada genggaman Naqiu dengan kasar.

"Lepas lah,gila!"

Naqiu memberikan pandangan yang tajam kepada Anis sehingga dia menghentikan perbuatannya.

"Aku nak kau bersihkan balik nama Kak Ain.Kalau tak...",bibir Anis sempat dilihat sekilas.

Kau ada makwe,Naqiu.Ingat.

"...rekod sekolah kau akan jadi buruk.Jadi,kau tak boleh nak ambil PT3 tahun depan.",Naqiu mengugut budak perempuan yang masih berusia 14 tahun dan cuba mencari masalah dengan menyebarkan cerita-cerita yang mengarut.

"Ish.Ye lah!",Anis mendengus kasar dan dia menjeling Naqiu.Tangan ditarik sekali lagi.

"Lepas!"

Naqiu hiraukan arahan Anis dan wajah Anis ditenung lama.Renungan itu membuatkan Anis rasa tidak selesa.

Tanpa Naqiu sedar,jarinya sudah naik mengusap wajah Anis dengan perlahan.Anis terkaku dengan mata yang membulat.

Apa yang lelaki Form 4 ni cuba buat duh?

"Kau freehair kan?",bisik Naqiu sambil memandang tepat ke mata Anis.

Anis mengangguk perlahan sambil terpinga-pinga.Anggukan dia membuatkan Naqiu tersenyum sinis.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now