30-Tolong

5K 170 37
                                    

"Huh."

Keluhan dilepaskan dan pintu bilik Syed direnung.Bibir dikemam kemudian dia mengetuk pintu bilik itu.

"Syed...",panggilnya.

"Aku tak patut cakap macam tu dekat Syed semalam...",desis hatinya.

"Syed,kau tak pergi sekolah ke...?Dah lewat ni."

Dia menunggu respon daripada Syed namun tiada suara yang menyahut.Keningnya bertaut dan pintu diketuk dengan kuat.

"Syed?!",jeritnya dengan nada kerisauan.

Sunyi.

"Wey Syed! Kau okay tak?!",tombol pintu cuba dibuka.

"BLAH LAH!",jerit Syed di sebalik pintu dan Ain terus terkaku.Mata dikelipkan beberapa kali dan dia masih cuba mentafsir keadaan tersebut.

"Syed halau aku...?",bisik hatinya.

Dia ingin mengetuk pintu bilik itu lagi tetapi terhenti apabila dia mendengar tangisan Syed.Nafas yang berat dilepaskan dan dia terus menuju ke sekolah dengan berjalan kaki.

Mujur sahaja dia mempunyai duit simpanan untuk membeli makanan pada waktu rehat.Ketika dia masuk ke kelas,Alia sudah menantikan kehadirannya di depan pintu kelas.

"Ain.Semalam Syed okay tak? Dia ada sakitkan diri dia tak? Dia marah saya ke?",tanya Alia bertubi-tubi sambil memegang bahu Ain.

Ain tersenyum kekok dan pautan Alia dilepaskan dengan perlahan.

"Err...aku tak tahu lah duh.Aku bukan duduk sebumbung dengan dia.Haha.",dia tergelak hambar.

Rakan kelasnya yang lain menumpukan perhatian pada dia dan Alia.Pandangan mereka membuatkan Ain rasa tidak selesa.

"Hm..tapi semalam dia tarik awak.Dia buat apa dengan awak lepas tu?",tanya Alia lagi.

Ain melepaskan keluhan sambil menggaru keningnya.

"Boleh tak kalau kita duduk dulu? Aku tak selesa lah kalau member lain pandang.",ujarnya dan Alia menggangguk kemudian lengannya ditarik menuju ke tempat duduk mereka.

Alia masih menunggu jawapan daripada Ain.Dia setia melihat wajah Ain dengan pandangan resah.

"Semalam...dia menangis...",wajah Alia dilihat sekilas kemudian dia mengalihkan pandangannya ke meja Syed.

"Dia marah kau...lepas setengah jam tak silap aku,Muiz dengan Aidan datang kat kitaorang.Pastu,Muiz hantar kitaorang balik.Haa tu je lah yang berlaku semalam.",bohongnya.

Alia terus mengemamkan bibirnya.

"Saya dah tipu dia..",ujar Alia dan air mata mulai mengalir.Ain terkedu.

"Wey..tak yah lah menangis.",dia cuba memujuk Alia.

Alia menekup mukanya.

"Ni semua salah Harith.Kalau saya tak keluar dengan Harith semalam,benda ni takkan terjadi.",air mata semakin turun dengan lebat.

Ain diam seketika kerana dia cuba untuk memproses kata-kata Alia.

"Harith kan suami kau...kenapa kau salahkan dia pulak?",pipi pula digaru.

Alia menyedut hingus kemudian air mata dilap.Ain cuba untuk tidak mempamerkan riak geli.

"Saya tak suka dia..Saya tak nak pun kahwin dengan dia.Tapi mak ayah saya paksa saya.",terang Alia kemudian bibir digigit.

"Saya nak Syed...saya tak nak dia.",rayu Alia dan muka ditekup lagi.

Ain tersenyum hambar.Hatinya bagai ditikam selepas mendengar rayuan Alia.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now