02-Pengacau

6.4K 236 4
                                    

Keesokkannya,Ain melangkah masuk ke sekolah dengan senyuman.Pandangan junior ke arahnya diabaikan.

Lantak lah dia besar ke gemuk ke.

Dia tak kisah.

Dia kena tabah mengharunginya.

Pandangan ditala ke hadapan sambil kaki berjalan ke depan.

Kelihatan seseorang lelaki yang sedang lepak di bahagian parking basikal bersama membernya.

Ain menjeling sekilas.

Lelaki itu tergelak kuat dan badan kawannya di sebelahnya ditepuk beberapa kali.Kawannya terus mengaduh kesakitan kemudian lari duduk di sebelah orang lain.

Rambut diraup dan matanya sempat bersambung dengan mata Ain.

Ain terkedu dalam diam namun pergerakan kaki masih berjalan.

"Aidan.",gumam Ain.

Aidan senyum ke arah Ain.

"Woi!",sergah seseorang kemudian Ain terus pandang ke hadapan.Kaki terhenti.

"Apa?!",balas Ain dengan bengang.

Nak usha pun tak boleh!

"Mata kat mana?Pastu, kaki tu nak ke mana?",tanya gerangan itu kemudian rahang diketap geram.

Ain mendengus.

Dia tahu dia salah kerana tidak fokus ketika berjalan.

Nasib baik dia tidak melanggar sesiapa dengan badan besarnya itu.

Ain abaikan gerangan itu kemudian langkah diteruskan.Gerangan itu turut mengikuti langkah Ain.

"Kalau kau terlanggar orang macam mana? Tak ke bahaya? Hah? Lain kali jalan pandang depan.",bebel gerangan itu panjang-panjang.

Ain geram dan gerangan itu dilihat dengan tajam.

"Kau ni kacau betul lah!Semalam kacau aku tidur,hari ni pulak kacau aku usha!",Ain menggigit hujung bibirnya sambil menahan sabar.

"Kes semalam tu,sorry lah.Aku syok bercakap dengan crush sendiri.Kalau pasal tadi,memang aku kena tegur lah.Aku sebagai ketua pengawas mestilah kena teg--",bebelan terhenti apabila dia merasakan Ain tiada di depannya.

Pandangan ditala ke tepi.Kelihatan Ain sedang berjalan dengan laju menuju ke barisan perempuan.

"Ish.",dengusnya kemudian kaki melangkah ke arah pintu pagar sekolah untuk menjalankan tugasnya seperti menulis nama murid yang lewat.

Ain membebel sepanjang perjalanannya ke barisan perempuan.

"Ketua pengawas konon.Perangai macam hanat."

Ira yang sedang menyiapkan kerja sekolah dilihat oleh nya.Setelah sampai di situ,beg diletakkan di atas lantai.

Tempat di sebelah Ira diduduk.

Mata menjeling sekilas buku Ira.

Kimia.

Tak siap lagi ke?

Ira memusingkan pennya berkali-kali.Dari pandangan Ain,dia tahu yang Ira memang stress buat homework tu.

Biasa lah,Ira tu tekanan darah dia tinggi jadi dia memang cepat stress.

Lama-kelamaan,kawan-kawan dia yang lain sudah sampai.Mereka terus berborak.

Selepas guru memberi beberapa pengumuman,murid-murid dibenarkan untuk masuk ke kelas mengikut giliran.

Semasa berjalan ke kelas,Ira sempat membuat lawak bangang dia.Ain dan Wawa tergelak.Bukan disebabkan lawak Ira tetapi riak wajah Ira ketika buat lawak tu yang menghiburkan mereka.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now