Selepas waktu rehat,Ain hanya mendiamkan diri.
Gurauan kasar Muiz dibalas dengan senyuman hambar.
Muiz pelik.
"Kau murung sebab aku tak gomol kau ke?",tanya Muiz sambil mengikuti langkah Ain.
Ain mendengus kasar."Kotor siot."
Dia memperlahankan langkahnya.
"Hek eleh.Kotor lah sangat.Dulu biasa je.",ujar Muiz.
Muiz dijeling geram.
"Ergh.Aku stress lah.",ujar Ain yang kelihatan serabut itu.
Pandangan murid-murid ke arah mereka diabaikan.
Ramai murid sedang keluar dari kawasan sekolah sekarang.
Mereka berlumba-lumba untuk pulang ke rumah.
"Stress? Sebab?", tanya Muiz dengan hairan.
"Stress dengan lelaki.",mulut dimuncungkan.
"Hah? Sekejap.",Muiz menarik Ain untuk berhenti di kawasan letak tempat basikal.
Mereka duduk di situ."Tell me."
Muiz terus fokus terhadap Ain.
Ain pandang Muiz dengan riak penat."Aku tak suka kalau lelaki dekat dengan aku.",jujur Ain sambil melihat murid-murid yang sedang bergelak ketawa dengan rakan sendiri.
"Kenapa pulak?",dahi Muiz terus berkerut.
"Aku rasa lelaki dekat dengan aku untuk jadikan aku sebagai bahan gurauan.",mata Ain dialihkan daripada pandangan Muiz.
Muiz berdecit kemudian rambut diraup."Kau maksudkan aku lah?",tanya Muiz.
Ain hanya berdiam diri.
"Kau ni kan.",bahu Ain terus dirangkul.
Ain terkejut."W-woi apeh--"
"Shh.Dengar dulu aku cakap.",mulut Ain ditekup.
"Aku tak kawan dengan kau untuk jadikan kau sebagai bahan gurauan.Aku selesa kawan dengan kau.",terang Muiz dengan tegas.
Mata Ain berkelip.
"Walaupun kau garang giler babi,tapi aku tetap akan berkawan dengan kau.",tambah Muiz lagi sambil tersenyum.
Tangan ditarik."Sekarang senyum."
Ain tersenyum."Serius eah.Jangan tipu."
Mata dibesarkan dan jari dituding ke arah Muiz.
Muiz tergelak."Serius.",tangan diangkat seperti sedang berikar.
Ain mengangguk.
"Okay sekarang.Aku rasa kita patut blah.Sebab orang lain dah pandang kita lain macam.",mata Muiz melilau-lilau melihat junior-junior perempuan yang pandang ke arahnya.
Dia sempat membalas senyuman mereka.
"Yeah.Kau buat kita nampak macam kita tengah dating pulak.",sokong Ain kemudian mereka terus bangun.
Langkah diteruskan."Kita kan TTM.",ujar Muiz sambil gelak terbahak-bahak.
Badan Muiz ditolak perlahan."TTM bangang kau."
Ain berhenti di tepi pagar.Lambaian Muiz dibalas.
"Byee,Ain!",jerit Muiz.
Ain pandang Muiz dengan tajam.
Dia punya menjerit memang nak kasi orang lain dengar.
Penumbuk ditayang.Muiz tersenyum.
Tiba-tiba,Ain teringat sesuatu.Mata terus terbuntang.
YOU ARE READING
Chubby [COMPLETED]
RandomKisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Na...