27-Cerai

6.1K 177 9
                                    

Selepas kejadian hari tu,Ain meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa.Tetapi situasi dia dan Syed telah berubah.Syed mengelakkan diri daripada dia dan hanya bercakap perkara yang penting sahaja.Dia juga turut mengelakkan dirinya daripada Syed.

Dia cuba untuk merajinkan diri dia untuk study sehingga lewat malam.Apabila dia terlampau stress,dia akan minum air nescafe yang telah dibancuh olehnya.

Kini,Ain sedang termenung sambil mengacau air nescafe dengan perlahan.Kadang-kadang dia mengeluh apabila memikirkan tentang konflik hidupnya yang semakin huru hara.

"Apa nak jadi dengan hidup aku ni?",dia menggumam.

Bunyi pintu peti sejuk yang dihempas menyentakkan dirinya.Pandangannya terus teralih pada gerangan yang sedang meneguk air sejuk.

"Syed...",gumamnya lagi.

Syed pula melihatnya dengan pandangan kosong.Apabila Ain merasakan situasi itu amat kekok,dia terus melangkah ke arah biliknya sambil membawa air nescafenya.

"Masak nasi goreng untuk aku.Aku lapar."

Langkah Ain terhenti dan dia terus menggangguk perlahan.

Bahan masakkan dicari dan dia terus menyediakan nasi goreng dengan senyap.Dia melakukannya dengan cepat kerana dia berasa gugup apabila Syed masih melihat ke arahnya di meja dapur.

"Pandai pula kau masak.",perli Syed.Ain hanya diam dan nasi goreng diletakkan ke dalam pinggan.Kening Syed terangkat apabila Ain tidak melayan perliannya.

"Hmm.",gumam Syed.

Ain mengemas segala peralatan yang digunakan.Setelah selesai,dia menghulurkan nasi goreng ke arah Syed.Aroma nasi itu cukup membuatkan dia lapar tetapi dia cuba untuk menahan rasa lapar itu.

Baru sahaja dia hendak melangkah ke biliknya,pertanyaan Syed menghentikan langkahnya lagi.Dia terus mengeluh.

"Kau tak makan?",tanya Syed dengan hairan sambil menggaul nasi goreng itu.Hmm nampak sedap.

"Tak lapar...",jawab Ain dan air liur ditelan beberapa kali.Syed mengeluh kemudian dia menarik Ain untuk duduk di atas kerusi di sebelahnya.Dahi Ain bekerut.

"Aku tahu yang kau tak makan apa-apa dari petang tadi.",ujar Syed.Dia menyuakan nasi goreng itu ke arah Ain.

"Makan.",arahnya tetapi Ain menggelengkan kepalanya.

"Aku tak nak...",Ain menolak tangan Syed sehingga Syed mendengus kasar.

"Jangan degil,Ain.",ujar Syed dengan suara yang tegas dan nasi disuakan lagi.Ain membuka mulutnya apabila nada Syed sudah berubah.Dia mengunyah nasi goreng yang dimasak olehnya dengan perlahan.

Syed pula menahan senyum apabila melihat reaksi Ain.Dia mengawal riak dan berdehem perlahan.

"Kalau nak study sampai lewat malam pun,jangan lah tahan lapar.",tegur Syed sambil menyuap Ain lagi.

"Hmm."

Syed tersenyum apabila nasi goreng telah habis dimakan oleh isterinya.Ain pula menggigit bibirnya dan kepala ditundukkan.

Patutnya Syed yang makan bukannya dia.

Tanpa melengahkan masa,Ain mengangkat pinggan dan gelas itu menuju ke singki dan membasuhnya.Rambut yang terjuntai diselitkan di telinga.

"Malam ni tidur dalam bilik aku.",pinta Syed sambil membasuh tangan di singki.Ain tersentak dan terkebil-kebil.

"Hah?"

"Malam ni..tidur dalam bilik aku,Ain.",ujar Syed semula.

"Tak nak lah.Aku nak siapkan homework aku.",tegas Ain tetapi Syed menghiraukannya dan dia terus menarik tangan Ain menuju ke biliknya.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now