13-Nikah

5.6K 198 22
                                    

"Okay murid...itu sahaja untuk hari ini.Harith.",Cikgu Lina memberi arahan kepada Harith dengan isyarat mata.

Harith yang faham itu terus bangun dari duduk."Bangun..."

Maka,semua murid berdiri dan ucapan terima kasih diberi serta doa dibaca beramai-ramai.

Setelah guru keluar,kelas itu menjadi bising kerana ingin mencari jawapan Kimia daripada orang lain.

Ain tidak terkesan dengan kebisingan kelasnya itu dan terus merenung ke arah tingkap.Murid Tingkatan 1 yang sedang bermain di padang sekolah dilihat.

Kadang-kadang,dia tersenyum melihat gelagat murid perempuan yang bergosip di atas rumput.

Sebelum waktu Cikgu Lina,mereka berada di padang untuk menjalankan aktiviti senamrobik.Ain mengeluh ketika itu tetapi tetap meneruskan aktiviti tersebut.

Dia tahu yang dia bakal diejek oleh rakan kurus yang lain.Ejekkan mereka diabaikan.Kelihatan murid-murid lelaki Tingkatan Lima melihat mereka dengan pandangan yang berbeza.

"Erm Ain.",tegur Muiz.Ain mengangkat kedua-dua keningnya.

"Po?",ringkasan perkatan 'ape' diberi.Dia rasa malas untuk bercakap pada hari ini.Tiada mood.

Kerusi Muiz terus dirapatkan ke meja Ain sehingga menarik perhatian Syed yang sedang mengemas buku."Erm..."

"Apa bangang?",ujar Ain geram.Syed yang mendengarkan itu melihat Ain dengan tajam tetapi dihiraukan oleh Ain.

Perkataan 'language' terngiang-ngiang di kepala Ain.

Macam dia berani nak tegur aku depan Alia.

Muiz menarik nafas dan riak serius ditayangkan.Mata Ain direnung dengan pandangan yang lain.

Pandangan itu membuatkan Ain rasa malu.Debaran dada cuba dikawal."Kenapa?"

"Boleh tolong aku tak...?",Muiz memperlahankan suaranya sehingga Ain terpaksa mendekatkan telinganya ke arah Muiz.

Alia yang melihat keakraban mereka dengan pelik.Dah kenapa diorang ni?

Syed dijeling sekilas.Wajah Syed yang kosong itu hanya memandang Ain dan Muiz.

Mungkin pada pandangan Alia,Syed tidak merasakan apa-apa.Tetapi,di sebalik wajah itu,muncul perasaan tidak puas hati.

Kenapa mesti duduk rapat-rapat?!

Aik,Syed.Kenapa nak marah pula?Selama ni kau rapat dengan Alia tak pe pula?

Syed berdecit perlahan.Hanya dia sahaja yang mampu mendengarnya.

"Tolong apa?",Ain juga turut memperlahankan suaranya.Muiz mengeluh.

"Aku malu nak bagitahu.",terang Muiz.Ain menjauhkan kepala dan pandang Muiz dengan tidak puas hati.

"Apa masalah kau?",Muiz menahan gelak.Dia saje je ingin mengacau Ain.Eh tak.

Dia lakukan itu untuk mendapatkan kepastian sesuatu perkara yang penting.Perkara yang merunsingkan kepalanya pada waktu pagi tadi.

Muiz menyandarkan badan pada kerusinya.Tangan memeluk tubuh dan Ain dipandang dengan menggoda.

Hujung bibir digigit dan mata dikenyit je arah Ain.Ain yang melihat itu terkedu dan riak geli diberi.

Apa masalah kau,Muiz?Cari gaduh?

Bebel hatinya geram.

Alia terkejut dan tanpa sengaja dia menekup mulutnya yang ternganga.

Muiz menjeling Syed dalam diam.Dia tersenyum sinis melihat riak Syed.Dia tahu pandangan seorang lelaki macam mana.

Sekarang,dia dah tahu.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now