"Ain!",panggil Syed dari dapur.Ain pula menyahut.
"Apa?",rambut diikat dan baju dibetulkan.Kaki melangkah keluar menuju ke arah Syed.
"Tolong bawa ni pergi depan.",pinggan yang berisi cucur udang dihulur.Ain menyambut dan terus menonong ke arah ruang tamu.
Syed pula membawa sejug air setelah dapur dikemas rapi.Tempat di sebelah Ain diduduk.
Mereka makan dengan selera.Ain hanya bersila di atas kerusi.Bantal diletakkan di atas peha.
Tangan kiri Syed merangkul bahu Ain.Dalam diam,Syed dijeling tajam.
"Ain...Alia ajak study sama-sama Sabtu ni.",ujar Syed.Kening Ain terus berkerut.
"Kenapa ajak aku sekali?Baik korang study dua orang je.Sweet sikit."
Tangan Syed ditolak.
"Mana boleh berdua-duaan.Nanti jadi lain.",terang Syed.
Ain tergelak sinis."Kiranya aku orang ketiga lah?"
Syed diam kemudian rambut Ain diusap perlahan."Aku tak nak gaduh dengan kau..."
Mata Ain terjuling ke atas."Whatever."
Dahi Ain dijentik perlahan."Gigit kang."
Riak geli terus dipamerkan."Bapak pervert,siot."
Syed menggetap rahang kemudian telinga Ain digigit.
"Syed!",badan Syed ditolak dan tangan terus menekup telinga.
Syed senyum mengejek."Language,Sayang."
"Eiiii biar aku lah nak mencarut!Menyampah tau tak.Menyampah."
Syed tergelak perlahan dan pipi Ain dicubit."Kenapa comel sangat ni?"
Tangan Syed ditepis."Janganlah Syed....",rengek Ain kerana sesi makannya diganggu.
"Jangan apa?",riak polos diberi.Jari masih lagi mengusik muka Ain.
"Ish.Tak payah lah!",bibir dicebikkan setelah mengunyah makanan.
"Gosh! So cute!",pipi Ain dicium geram.Muka Syed ditolak.
Syed gelak terbahak-bahak.Ain mengesat kasar pipi kanannya.
"Kotor lah!",badan dijauhkan daripada Syed.
"Aish.Bahagianya rasa.",kepala terus diletakkan ke atas bantal Ain yang berada di peha Ain.
Ain geram kemudian muka Syed ditonyoh berkali-kali."Orang nak makan pun tak senang...."
Syed gelak sambil mengelak tangan Ain yang menonyoh wajah kacaknya."Sayanggg."
Ain abaikan panggilan itu.
"Hahaha.Rosak lah muka Abangg."
Ain terhenti.Mereka berbalas pandangan.Syed tersengih manakala Ain hanya diam.
"Apa?Abang? Eiiii gelinya.",sesi diteruskan lagi.
"Noooo!",Syed gelak.
Dalam diam,Ain tersenyum bahagia.
Syed terus memeluk pinggang Ain."Okay.Okay.Stop."
Dia cuba untuk mencari nafas.Ain berlagak biasa dan air cuba dicapai.Tak dapat.
"Ish.Tepi lah.Aku nak ambil air ni.",kepala Syed ditolak sehingga Syed merengek.
"Syed,aku nak tercekik ni."
Syed mendengus kemudian air Ain dicapai dan diberikan kepada Ain.Pinggang Ain kembali dipeluk.
Setelah Ain menghabiskan airnya,gelas dihulurkan ke arah Syed."Nah."
YOU ARE READING
Chubby [COMPLETED]
RandomKisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Na...