11-Aidan

4.6K 178 13
                                    

"Ain.Stop.",larang Syed dengan kening berkerut.Badan Syed dipukul lagi.

"Lepaslah,Syed!",jerit Ain di muka Syed.

Perasaan marah Syed membuak-buak.Badan Ain ditarik kemudian dibaringkan ke atas meja dapur.

Ain terkejut.

Syed memegang erat kedua-dua tangan Ain dan wajah Ain direnung.

"JANGAN TENGKING AKU!",tengking Syed.

Ain terdiam dan air mata mulai menitis.Hati Ain bagai dirobek-robek.

"Syed..Please...",pinta Ain dengan esakkan.

"Let me go..."

Syed tersenyum sinis dan meneruskan aktivitinya.Tangannya melepaskan tangan Ain kemudian meliar ke seluruh badan Ain.

Ain mengambil kesempatan untuk menampar pipi Syed.Syed terus terkedu.Pipi dipegang.

Badan Syed ditolak jauh kemudian dia memeluk kedua-dua lututnya di atas meja.Muka ditekupkan pada lutut.Dia menangis kesenduan.

Syed yang sedar terus melihat Ain dengan bersalah.

"A-Ain.Aku--",Syed terhenti.Dia mendengus.

Dia terus meninggalkan Ain di dapur dan kunci kereta diambil.Pintu rumah dihentam kuat.Dia memandu keretanya tanpa hala tuju.

Dengan perlahan-lahan,Ain turun dari meja dapur.Dia terus membasuh mukanya.Bibir digosok kasar.

"Aku jijik dengan kau!",jerit Ain sekuat yang boleh.

Badannya terlorot jatuh.Dia meraung kesedihan.

"Kalau dia curang,kenapa kau marah aku?!"

Dada ditumbuk kuat.

"ARGHH!"

Dia cuba menenangkan hatinya.Nafas ditarik dan dihembus.

"Pernikahan ni buat aku terseksa."

Mata dicelik.

Dia terus bangun dari duduk.Makanan dan air diambil.Walaupun dia tiada selera,dia tidak sepatutnya membazirkan makanan.Dia merenung ke arah televisyen yang memaparkan rancangan drama melayu.

Fikirannya tidak stabil.Setelah siap,dia terus mengurungkan dirinya di dalam bilik.Kerja sekolah dibuat dengan tekun.

Selepas beberapa jam menghadap kerja sekolahnya,dia mengambil keputusan untuk merehatkan fikirannya.

Pemandangan di luar dilihat dan dagu ditongkat.

Bunyi seperti tombol pintu bilik dipulas beberapa kali menarik perhatiannya.Dia hanya berdiam diri.Mujur dia mengunci pintunya terlebih dahulu.

Dia tahu siapa yang cuba untuk membuka pintu itu.Siapa lagi kalau bukan mamat hipokrit tu?

"Ain.",panggil Syed dan pintu diketuk.

"Aku nak cakap sikit..."

Ain membaringkan tubuh di atas katil kemudian telefon dibuka.Kata-kata Syed diabaikan.

"Ain!",jerit Syed tidak puas hati.Dia mendengus kasar.

Perlu ke kunci pintu,hah?!

Rambut ditarik kasar.

Ain masih berdiam diri.Jeritan Syed diabaikan.

Syed semakin geram.Pintu dihentam kuat."BUKA PINTU NI,AIN!"

Ain tersentak dan pintu dipandang dengan resah.Peluh mula merinik di dahi.

Perlu ke buka pintu tu?

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now