25-Gaduh

5K 164 25
                                    

"Syed,janganlah.",ujar Alia dengan suara yang lembut ketika Syed mengacaunya.

Syed tergelak melihat reaksi Alia."Kenapa?"

Alia pandang Syed dengan pandangan tajam namun Syed merasakan bahawa Alia sangat comel ketika itu.

"Saya tengah buat kerja ni kan...jangan kacau."

"Saya tak buat apa-apa pun lah.",senyuman cuba ditahan.

"Eii.Ada lah! Awak asyik pandang saya je.Saya jadi malu..",adu Alia sambil mencebikkan bibirnya.

"Alalala.Comelnya baby saya ni.",gurau Syed sambil mengenyitkan matanya ke arah Alia.

Ain,Muiz dan Aidan yang terpaksa melihat drama itu mempamerkan riak geli.

"Aku dah tak sanggup nak duduk sini dah...",rengek Muiz sambil menundukkan pandangannya ke arah kasutnya.

Ain menahan gelak apabila mendengar rengekkan Muiz.Dia beriak biasa dan kerja sekolahnya cuba disiapkan.

Aidan pula menayangkan senyuman ke arah Ain.

"Ain..kau salah ni.",bisik Aidan dan dagu ditongkat di atas meja.Ain terus mengigit bibirnya kemudian riak resah muncul di mukanya.

"Salah? Adui..takkan soalan persamaan linear pun aku boleh salah.",Ain juga turut membisik.Aidan tergelak perlahan kemudian dia merapatkan lagi badannya ke arah Ain.Dia sempat menjeling sekilas ke arah Syed dan senyuman sinis ditayangkan.

"Ha ah.Awak salah dekat sini.",Aidan menunjuk pada suatu tempat kosong di sebelah jawapan Ain.

Kening Ain terus bertaut.

"Kenapa tunjuk dekat tempat kosong?"

"Sebab hati aku akan jadi kosong macam ni bila kau tak balas cinta aku.",senyuman manis ditayang.

Ain terkedu kemudian mata Aidan direnung.Jantungnya mengepam darah dengan laju.

CRUSH TENGAH CONFESS KE?

Mereka berbalas pandangan namun mereka terhenti apabila Muiz menyelit di tepi kepala Ain.

"Mana tempat kosong tu?"

Ain terus mengalihkan pandangannya manakala Aidan mengherotkan bibirnya.

"Kacau lah kau."

Muiz hanya tersengih sinis.

"Jangan main game sorang-sorang.Ajak aku sekali.",bisik Muiz.

Ain yang berada di antara mereka sudah menggelengkan kepala.Game apa yang diorang main pun aku tak tahu.

Dia cuba melihat ke arah Syed dan Alia.Dia tidak boleh menafikan bahawa mereka berdua amat serasi apabila bersama.

Syed nampak bahagia....

Syed yang gelak bahagia apabila Alia tersengih malu.

Matanya bergenang namun dia cuba untuk tidak mengalirkan air mata.

Kau cintakan dia,Ain?

Kau sakit hati,Ain?

Kau biarkan suami kau dengan orang lain,Ain?

Dia tidak dapat tahan lagi.Air matanya mengalir dengan perlahan di wajahnya.

"Hey,Ain.",panggil Muiz yang berada di sebelah kanannya.Pandangan Ain teralih.

"Okay tak duh...?",soal Muiz dengan perlahan dan air mata Ain diseka.Bahu Ain terhinjut-hinjut menahan sebak.

Aidan pula hanya tersenyum nipis melihat Ain.

Chubby [COMPLETED]Where stories live. Discover now