Malam before going to Malaysia
"Sayang . Awak dah bagitahu abang awak ke kita honeymoon dekat mana ?" Soal Choi Yeonjun yang tengah duduk di birai katil kepada Choi Haeun yang tengah sibuk packing barang . Dia bukannya nak tolong !
"Belum . Kejap lagi Eun bagitahu lah" kataku lembut . Takde nya aku nak bawa dia berperang sebab tak tolong aku packing . Tak matang okay ?
"Ah matta . Saya takda cakap nak pergi Malaysia bahagian mana kan ?" Soalku sambil tenung muka kacaknya . Dia pandang aku dengan mata bundarnya mengingati .
"Takde pula" katanya sambil menggeleng kecil .
"Okay"
"Eun nak pergi Malaysia bahagian mana ni sebenarnya ?" Soalnya pula . Tahu , taknak rasa kekok je .
"Bahagian Timur . Apa namanya ? Sa-saa ???" Aku lupa pula nama negeri tu .
"Sabah ?" Aku pandang dia .
"Ha'ah !! Pandai awak . Saya boleh pula lupa nama tempat tu" kataku seloroh sambil tersengih . Dia pun ketawa dengan kelakuan ku .
Aku berhenti packing . PENAT ! Nanti lagi lah aku sambung . Aku berdiri dan mencapai handphone dan mendail nombor Yoongi .
"Penat ke ?" Soalnya . Aku pandang dia dengan mata yang annoying (Alaa , mata yang Yeonjun selalu buat tu . Mata nak tertidur pun ada aku tengok) . Soalan apa tu ?
"Ha'ah . Kejap lagi Eun sambung" kataku .
"Takpe . Mari saya sambung" katanya dan berdiri . Aku biarkan sebab Yoongi dah angkat phone .
"Oppa " aku menyahut dan berjalan ke balkoni .
"Wae ? Rindu ke ?" Soalnya
"Gila tak rindu . Eun setiap masa rindu oppa . Oppa jaljinaesseoyo (awak sihat) ?" Aku memulakan dengan menanya khabar . Ofkos ler
"Nae . Jal jinaeyo (ya saya sihat) . Eun pula ?" Dia bertanya kembali
"Alhamdulillah sihat"
"Kenapa Eun call ?" Soalnya . Aku mencebik .
"Eun nak call oppa pun kena bersebab ke ?" Jawabku acah sedh .
"Hehehe" dia hanya berhehe dihujung talian .
"Takdelah . Eun nak bagitahu . Eun pergi honeymoon kat Malaysia !" Kataku dengan teruja .
"Jinjja ? Wahh . Merasa lah Eun dekat Malaysia . Oppa jamin , Eun pasti suka . Tapi , Malaysia bahagian mana ?" Kalau aku teruja . Dia pun mesti teruja juga
"Oppa kata haritu dekat Sabah kan ?" Soalku
"Ha'ah , Kota Kinabalu" jawabnya .
"Arasseo . Eun nak matikan dah ni . Kesian suami Eun packing baju sorang sorang" kataku sambil melihat Yeonjun yang tengah mengemas baju .
"Bila korang pergi ?" Eh tak habis lagi soalan dia .
"Esok lah , buat ape nak packing awal kalau jalan lama lagi" kataku
"Arasseo . Jalja !" Katanya dan mematikan handphone .
Aku masuk kedalam dan pergi duduk depan Yeonjun .
"Dah siap ??" Aku terkejut bila dia dah zip beg tu . Dia tersenyum dan mengangguk .
"Dah lah . Kita tinggal jalan je ni" katanya . Aku senyum , jalan dalam mimpi lah bang . Ape nak jalan malam malam ni .
YOU ARE READING
[C] Protective || C.Y.J
FanfictionMana sahaja aku pergi , pasti ada dia . Choi YeonJun . Ya . Dia assistant dan driver abang aku merangkap kawan baik abang aku . "Oppa akan pastikan Ha Eun selamat" Min Yoongi . "Cik Ha Eun nak apa apa lagi tak ? saya sedia nak tolong awak walaupun u...