°제23장

488 61 1
                                    

"Awak" Aku membangunkan Beomgyu yang masih lena dibuai mimpi .

"Bangunlah . Jom balik" Perlahan Beomgyu membuka matanya .

"Jam berapa ni ?" Dia menyoal dengan suara nya yang serak serak . Gugur jantung aku .

"Dah jam 10 pagi" almaklumlah . Kitorang tidur jam 4 pagi .

Kami bangun dari pembaringan .

"Saya balik ke bilik dulu . Mandi , kita pergi makan , lepastu kita balik" Beomgyu mengangguk . Aku berdiri dan keluar dari biliknya .

"Gila la kau Ha Eun . Kau dah ada suami , tapi tidur dengan lelaki lain . PABO kau tak boleh bawa bincang lah" Aku bermonolog sendiri lalu masuk kedalam bilik untuk mandi .

Siap je mandi dan pakai baju , aku terus keluar . Beomgyu kata dia dah tunggu dekat depan bilik aku .

"Awak nak makan apa ?" Beomgyu menyoal . Aku diam seketika untuk berfikir .

"Makan apa apa jela" Beomgyu hanya mengangguk lalu menekan butang lif untuk turun ke lobby .

Aku buka handphone aku . Banyak gila missed call dan message dari Yeonjun . Aku membuka message nya . Semua nya soalan yang sama . 'Awak dekat mana' .

Sampai sahaja di lobby , Beomgyu terus check out . Aku pula mencari nombor telefon Yeonjun .

"Kejap lagi saya balik . Tak perlu risau . Beomgyu ada sekali" Ringkas sahaja pesanan ku . Mungkin cukup untuk buat dia rasa tenang .

"Awak call siapa ?" Beomgyu menyoalku . Aku hanya diam . Tak ada mood .

"Awak lapar ke ?" Aku menyoalnya pula . Dia menggeleng perlahan .

"Kalau macam tu , kita balik terus" Beomgyu hanya menurut .

Sepanjang perjalanan dari Daegu ke Seoul , aku hanya berfikir . Patut ke aku jauhkan diri dari Yeonjun ? Aku tak nak lah dia menderita selepas pemergian aku nanti kan ? Lambat laun nanti aku akan mati juga .

Dengan sekelipmata , aku tertidur . Bangun bangun je dah ada atas sofa .

Yeonjun P.O.V

Setelah menunggu beberapa jam , akhirnya Ha Eun dan Beomgyu sampai . Aku baru sahaja hendak mengangkat Ha Eun yang tengah tertidur itu , namun Beomgyu telah mengangkatnya masuk kedalam terlebih dahulu .

Takpe . Sabar .

Aku hanya melihat Beomgyu meletakkan Ha Eun di atas sofa perlahan lahan lalu mengusap lembut rambutnya . Bila bila sahaja api kemarahan aku ni boleh meletus !

"Aku ingatkan selama ni aku boleh percayakan kau untuk jaga dia . Tapi tak sangka kau ni jenis kaki perempuan kan ? Menyesal pula aku lepaskan dia untuk jantan macam kau ni . Aku takkan teragak agak nak ambil dia balik dari hidup kau . Kau tak layak untuk Ha Eun" Dia hendak berlalu pergi namun aku sempat tahan .

"Kau tak tahu apa apa . Jadi jangan sibuk hal rumah tangga orang" Beomgyu hanya tersenyum sinis .

"Aku kenal dia dah lama . Aku tahu dia macam mana . Kau tahu tak , dia tak boleh tidur dalam bilik hotel sendiri" Senyuman sininya makin menjadi jadi . Dia menepuk bahu ku lalu pergi .

Jadi semalam Ha Eun tidur dengan Beomgyu ? Sebilik ? Sekatil ? Aku berjalan kearah Ha Eun dan duduk di hujung sofa .

Aku mengusap lembut pipi gebunya .

Tak boleh . Awak milik saya seorang sahaja . Tak ada siapa yang boleh gantikan saya sebagai seorang suami awak . Saya akan buatkan awak jatuh cinta dekat saya . Saya janji . Awak tak boleh dekat dengan Beongyu tu lagi .

[C] Protective || C.Y.JWhere stories live. Discover now