°제17장

483 68 2
                                    

Dada ku yang sakit aku pegang dan urut sedikit bagi mengurangkan sakit . Sedikit sesak nafas . Aku dah tak tahu nak bawa diri ke mana . Otak aku masih serabut gila . Dah 2 jam aku keliling bandar Seoul ni . Aku mengerling kearah jam , dah pukul 5 petang . Patut ke aku balik ?

Aku memberhentikan kereta di tepi pantai . Aku duduk diam seketika sebelum keluar dari kereta . Nak nangis pun ada . Haih . Kalaulah Beomgyu masih ada , kan bagus ?

Aku menghela nafas berat . Semoga beban dalam diri ni ikut keluar dengan hela itu . Angin pantai meniup rambut ku . Perlahan aku berjalan menuju ke tebing sungai . Iyeke ? Dekat hujung tu korang panggil tebing sungai ke ? Setahu aku , pantai orang panggil laut 😂 aku duduk diatas pasir sambil membuang pandangan kearah laut yang jernih .

'Eomma . Kenapa eomma siksa perasaan Eun ? Semua ni berat untuk Eun tanggung . Tak ada sesiapa pun nak faham hati Eun'

Aku mengeluh . Kalau lah eomma tahu aku sakit . Tak ada lah nak siksa aku macam ni kan ? Mesti dia dah suruh aku bahagia dengan Beomgyu .

'Eomma , Eun dah tak lama . Eun tak tahu macam mana nak handle sakit ni' ya . Aku sakit. Srrangan jantung . Lawak bukan ?
.
.
.
.

Flashback

"Awak ada sakit jantung . Sebab itulah awak selalu sakit perut lalu mual sehingga muntah muntah , sakit kepala dan merasa ada tekanan dibahagian dada . Punca yang lebih tepat untuk usia awak ialah tekanan yang berlebihan . Hal ini menyebabkan radang kepada pembuluh darah ke jantung yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah pembuluh darah yang tersumbat"

End flashback

Haeehhhh ~ . Boleh ke aku bertahan dalam masa yang lama . Aku menyembamkan muka ku di lutut . Air mata terasa hendak terkeluar . Puas aku menahan namun tak dapat . Dada ku mula merasa sakit . Sakit yang betul betul tak tertahan . Cepat cepat aku pergi ke kereta .

Jauh sangat kereta ni , aku , aku tak dapat nak sampai . Tinggal beberapa meter sahaja jarak ku dengan kereta , namun aku tak mampu nak tahan sakit di dada ku . Aku terduduk diatas pasir .

"Cik . Awak ke ni ?" Sapa satu suara , aku mengangkat muka . Kami sama sama terkejut .

"Eun ! Awak kenapa ?" Dia , dia Beomgyu .

"Ubat . Ubat s-saya" tersekat sekat suara ku sambil menunjuk kearah kereta .

"Ubat ? Ubat apa ? Dekat mana ?" Aih . Aku tengah sakit macam ni , kalau aku hempuk kepala kau sebelum aku mati bagus juga ni .

"Dalam beg . Cepat !" Aku bersusah payah mengambil udara . Aku menghulurkan kunci kereta dengan tangan yang terketar ketar .

Dia ambil kunci lalu berlari sepantas yang mungkin dan mengambil beg ku . Setelah mengambil beg ku , dia kembali ketempat dimana aku tengah terduduk menahan sakit .

Laju tanganku membuka zip beg dibantu oleh Beomgyu . Dengan nafas yang pendek , aku mencapai botol ubat dan sebotol air . Aku telan 2 biji ubat tersebut manakala Beomgyu membuka botol air lalu dihulurkan kepadaku .

Tercungap cungap aku mencari udara setelah ubat itu selamat masuk melalui kerongkong . Aku tersandar lemah di dada Beomgyu .

"Awak sakit apa sebenarnya ni ? Kenapa saya tak tahu ?" Dia menyoal . Aku tak menjawab . Disebabkan begitu , dia merampas ubat itu dari tangan ku dan melihat nama ubat (?) .

"Ini , inikan ubat... " belum sempat dia melengkapkan ayat aku potong .

"Ya . Masalah jantung . Saya dah lama ada penyakit ni . Cuma saya baru tahu beberapa hari lalu . You know what ? Saya dah tak lama . Penyakit ni dah kronik . Doktor dah sahkan" aku menjawab setelah jantung ku mula berdegup dengan normal .

Beomgyu hanya terdiam .

"Saya nak tanya awak pula" aku bangun dan menatap wajah tampan dengan rambut yang berwarna kelabu gelap itu . Dia memandangku .

"Bukannya awak tak ada dekat Korea ke ?"

"E-err . Sebenarnya selamani saya memang dekat Korea je . Tak ada pergi mana mana pun . Cuma saya balik Daegu . Dengan haelmonie . Saya datang sini pun sebab saya rindu Seoul" aku melihat dia , lama .

"Cakap je la awak rindu saya sebab saya rindu awak jugak" aku mengetap bibir lalu memandang kebawah .

"Mianhae . Saya cuma taknak rosakkan hubungan orang" aku mengeluh .
.
.
.
.

"Eun dari mana tengah malam baru balik ni ?" Soal Yoongi yang tengah duduk di sofa ruang tamu . Aku tidak menjawab malah memberikan muka kosong .

Senyap . Dua dua tak bersuara . Perlahan lahan airmata ku jatuh dan kedengaran esakan suara ku . Yoongi mengeluh kecil sebelum membawaku kedalam dakapannya .

"Oppa minta maaf . Oppa tahu oppa salah" aku melepaskan pelukannya . Aku mengelap airmataku lalu menarik nafas panjang .

"Tinggalkan Eun sorang . Eun perlukan ruang" Aku berjalan meninggalkan Yoongi dan naik keatas . Aku tak masuk dalam bilik aku . Aku ketuk pintu Hani . Terjengullah wajah letih kepunyaan Hani .

"Boleh Eun masuk ?" Hani mengangguk . Bukannya dah tak ada bilik kosong lagi , tapi aku masih perlukan seseorang untuk meluah .

"Eun okay tak ni ?" Aku tatap wajah pitih bersih itu lalu aku ceritakan segalanya kecuali penyakit yang aku alami . Biarlah hanya Doktor , aku dan Beomgyu sahaja yang tahu .

"Jadi Eun sebenarnya tak cintakan Yeonjun . Eun hanya terima Yeonjun disebabkan Beomgyu ?" Aku mengangguk . Hana menghela nafas .

"Macm ni lah . Eun sebagai seorang isteri , tetap kena hormat suami" Kata Hani . Tak bernas sangat lah nasihat dia ni .

"Eun bukannya tak hormat , ye , Eun tahu tugas Eun sebagai seorang isteri macam mana . Eun sayang Yeonjun tu , tapi Eun tak cinta kan dia . Tapi , walaupun Eun tak cintakan dia , Eun sebagai seorang isteri dan seorang wanita masih ada sifat cemburu . Yang Tae Rin tu juga , nak tolong tu boleh , takpayah lah nak sentuh sentuh suami orang .

Punyalah selama ni Eun percaya Tae Rin tu . Rupa nya ada niat tak baik dengan suami Eun . Padanlah dengan muka dia kena pecat . Yang Yeonjun pun satu , pergi biarkan Tae rin tu sentuh dia kenapa ? Dia dah tahu dia ada isteri , nak menggatal juga kenapa ? Cakaplah dia tak sayang dan dia tak cintakan Eun . Senang lah boleh cerai , Eun boleh balik dengan Beomgyu tu" habis aku lampias kan amarahku terhadap Hani .

"Sabar dik . Jangan marah eonni . Eun bincanglah baik baik dengan Yeonjun tu . Bawa slowtalk . Yoongi pernah bagitahu eonni yang Eun ni jenis yang tak memperbesarkan masalah yang boleh dibincangkan" aku terdiam . Betul juga .

Aku mengurut perlahan kepala ku untuk menenangkan diri . Astghfirullah , Eun . Mengucap . Setelah tenang , aku berdiri . Hani memandangku dengan kerutan 

"Nak pergi mana ?" Aku senyum lalu berjalan macam orang nak pergi berkawad keluar dari bilik Hani .

Dengan segala kesabaran dan kebijaksanaan , aku masuk kedalam bilikku dimana Yeonjun berada . Perlahan lahan pintu bilik ku terbuka .

"Yeonjun-ah ~ Eodiya ?" Lembut sahaja suara ku memanggilnya seolah olah tak ada apa apa benda buruk yang berlaku . Tak ada sahutan . Pintu balkoni terbuka . Aku berjalan kearah balkoni dan suara Yeonjun sedang , menangis ?

"Yeonjun-ah ~ gwenchanha ? Appo ? Demam awak belum kebah lagi kan ? Kenapa awak dekat luar ni , sejuk lah" aku duduk berjongkok dihadapannya . Mata kami bertaut .

"Eun . Mianhae" Aku menghela nafas lalu tersenyum .

Hiks . Abe Beomgyu dah muncul balik ! Eun pula tengah sakit . Yeonjun ? Alahai menangis macam minta kena cubit . Tae rin ? Dah mampus kot ? Jimin ? Jihoon ? Diorang ada kerja , itu yang tak ada nak menyibuk sangat dekat FF ni . Typo ? Abaikan lahhhhhh .

[C] Protective || C.Y.JWhere stories live. Discover now