"Kenapa jadi macam ni ?" Soal Jimin hyung . Aku hanya duduk berdiam diri di sofa bilik tu .
"Semua ni salah Yeonjun" kata Yoongi hyung dingin . Tak pernah aku nampak dia macam ni selama 7 tahun aku kenal dia .
"Aku dah bagi amarah Choi Yeonjun" Jihoon pula meraup kasar mukanya lalu berdiri dan keluar . Aku hanya mengetap bibir .
"Beomgyu . Baliklah dulu . Nanti Ha Eun bangun hyung bagitahu" Yoongi menyuruhku untuk pergi . Aku hanya menurut .
Aku keluar daripada wad itu dan terdengar suara Jihoon dan yeonjun . Aku senyap senyap mendengar perbualan mereka .
"Aku dah cakap dekat kau . Once kau dah sakitkan dia , kitorang takkan teragak agak nak pisahkan korang berdua . Jadi , aku rasa kau dah faham kot ?
Tinggalkan dia sekarang . Kau pergilah balik" Kata Jihoon tenang namun aku dapat rasakan betapa tebalnya amarah yang ditahan nya .
"Aku dah kata yang aku akan dapatkan dia balik . Dan kau memudahkan kerja aku" aku berjalan mendekati Jihoon .
"Hyung aku balik dulu" Aku menepuk perlahan bahunya . Dia mengangguk . Aku melihat Yeonjun dan senyum penuh maknah .
"Terima kasih" Aku senyum senget lalu meninggalkannya .
.
.
.
.Ha Eun P.O.V
Aaauuuuu . Kepala aku sakit .
"Eun . Okay tak ?" Aku membuka mataku dan melihat yoongi , jihoonndan jimin tengah berdiri dihadapanku . Aku pelik .
"Apa korang buat dekat sini ?" Soalku sambil melihat sekeliling . Ni hospital kan ?
"Eun pengsan tadi" Kata Jimin . Dahiku berkerut mencuba untuk mengingat kejadian sebelum aku pengsan .
"Kenapa Eun rahsiakan semua ni ?" Aku mengetap bibir . Diorang dah tahu ke ?
"Apa maksud oppa ni . Apa yang Eun rahsiakan ?" Aku tersengih kekok .
"Kenapa Eun tak bagitahu Eun mengandung" senyuman ku terus mati .
"M-me apa ?" Mereka saling berpandangan .
"Eun tak tahu ?" Aku menggeleng perlahan
"Eishh , jangan tipu lah . Eun dah ambil ubat tu tak pernah tinggal sekali pun" Kataku tak percaya .
"Betul lah . Doktor bagitahu tadi . Dia kata Eun terlalu lemah sebab pembawaan budak tu" Aku terdiam . Aku mengandung ? Kenapa ? Aku tak pernah pun terlepas makan ubat perancang tu .
"Eun tak gembira ke ?" Aku masih terdiam .
"Bukan tak suka" perlahan sahaja suaraku .
"Habis tu ?" Soal Jihoon pelik . Aku menunduk menahan air mata .
"Tak ada lah" kataku sambil tersenyum paksa .
"Kalau macam tu , jomlah kita balik . Doktor kata Eun boleh balik kalau dah bangun" Kata Jimin .
"Kau dah bagitahu dia tak payah datang balik ?" Soal Yoongi . Siapa maksud dia ?
"Dah" jihoon pula menjawab . Mereka hanya berbisik . Tapi aku tak tuli lagi lah .
"Jom gerak" kata Yoongi . Aku hanya menurut .
.
.
.
.Setibanya di rumah , aku mencari kelibat Yeonjun . Aku tak nampak pun dia dekat Hospital tadi . Tak ada pula dia jemput .
"Oppa , Yeonjunie eodiya ?" Soalku kepada mereka bertiga .
"Kitorang dah suruh dia pergi . Dia tak layak untuk Eun" Kata Yoongi selamba . Aku terkejut .
YOU ARE READING
[C] Protective || C.Y.J
FanfictionMana sahaja aku pergi , pasti ada dia . Choi YeonJun . Ya . Dia assistant dan driver abang aku merangkap kawan baik abang aku . "Oppa akan pastikan Ha Eun selamat" Min Yoongi . "Cik Ha Eun nak apa apa lagi tak ? saya sedia nak tolong awak walaupun u...