°제26장

501 57 2
                                    

"Apa maksud kau dengan 'baby kau' ?" Aku dan jeongyeon terkejut bagai nak rak .

"Bila masa pula kau dekat sini ni ?" Soalku dengan riak muka yang bersahaja . Takut nanti dia curiga . Aku ni bijak orangnya .

"Baru je . And then aku dengar Jeongyeon cakap pasal 'baby kau' . Apa maksud dia ?" Soobin terus duduk sebelah aku mahu penjelasan . Dan aku terus pandang jeongyein dengan pandangan 'suara kau tak boleh besar lagi ke ?'

"Baby aku tu maksud dia Beomgyu lah . Siapa lagi ?" Aku jawab acuh tak acuh je soalan dia . Dia pula dah mencebik geli . Dia dah tahu dah pasal aku dengan yeonjun .

Ishh . Aku rasa macam nak ship je jeongyeon dengan yeonjun ni , boleh jadi Jeongyeonjun . Aku boleh pula keliru nak taip nama diorang .

"Betul ke ? Takkan lah baby kau Beomgyu tu masuk dalam perut kau sampai nak usap usap bagai" katanya sinis . Aku terkejut . Tapi aku tak tunjukkan .

"Kau mengandung ?" Aku senyum kelat lalu mengangguk perlahan .

"Habis tu . Yeonjun tahu ?" Aku mengangguk lagi .

"Tapi aku kata ni bukan anak dia" kataku sambil memandang Soobin .

"So ? Betullah ni bukan anak dia ?" Aku geleng laju yang bermaksud 'tak , ni anak dia' takut korang keliru kan . Dia hanya mampu mengeluh .

"Kenapa kau tipu ?" Aku hanya diam dan menunduk menahan air mata daripada jatuh .

"Jawablah" Katanya dingin . Tapi aku tetap tak menjawab .

"Kenapa kau diam ? Jawablah" Di telingaku , aku merasakan bahawa soalan dan nada suara itu tersangatlah sinis di telinga ku .

"A-"

"Aku terpaksa !" Lantas air mata ku berjujuran jatuh . Berlinangan seperti empangan yang pecah .

"Aku taknak dia merasa kehilangan" kataku lalu pergi dari situ . Dah sekantin dengan makcik kantin sekali tengok aku melenting .

Sambil menyeka air mata , aku hanya melanggar pelajar yang menghalang jalan aku . Sebok ! Aku nak jalan pun kena halang !

Roof top sekolah aku tuju . Tempat aku selalu lepak selain library . Tenang . Angin pun memahami perasaan aku sekarang . Aku cek poket blazer untuk memastikan aku bawa ubat aku bersama . Kalau lupa tadi , tak ke naya aku arwah kat sini .

"Sayang . Maaf kan mommy tau . Maafkan mommy kalau awak tak sempat tengok dunia . Mommy sebenarnya tak nak kamu wujud . Sebab mommy tahu mommy tak dapat nak hidup lama

Tapi tak tahu kenapa , kamu tetap ada dalam ni walauoun mommy tak pernah lepas makan pil perancang tu . Mungkin daddy nak kamu sangat sangat . Tapi mommy tak boleh" tenang sahaja aku ucapkan sambil mengusap lembut perutku yang masih berumur 3 minggu itu .

Aku mengela nafas perlahan .

"Kau nak bunuh diri ke ?" Aku toleh kearah suara tersebut lalu tersenyum kelat .

"Dahlah . Tak payah berangan nak mati" aku mencebik . Bukannya nak pujuk . Ish mamat ni . Aku cepuk kang .

"Diamlah . Orang tengah berduka ni . Pergi sana" aku menolak bahunya supaya pergi jauh jauh . Tapi dia still melekat terpacak berdiri sebelah aku ni haa . Tahulah kau sayang aku . Tak nak tengok aku mati . Huhuhu .

"Orang macam kau ni , tak boleh nak bijak ke ? Cubalah usaha nak hidup lagi lama . Tak ke bodoh kalau kau balik balik cakap kau ni dah tak lama ?" Aku pandang Taehyun lama . Budak ni cakap apa ?

[C] Protective || C.Y.JWhere stories live. Discover now