°제16장

529 61 1
                                    

Jihoon duduk dibirai katil ku sambil mengusap kepalanya . Aku hanya mencebik .

"Padan muka . Siapa suruh buat orang takut" kataku . Yeonjun ketawa kecil manakala jihoon hanya tersengih sumbing .

Adekah dia pergi terkejutkan aku . Pergi seru nama Yeonjun cemas sangat kenapa . Ingatkan dia jatuh pengsan ke apa . Haa , kan dah mengena dengan penumbok aku .

"Mianhae" Jihoon masih tersengih . Aku hanya mengeluh kecil . Nasib sayang , kalau tak , dah lumat lumat anak Eomma park ni aku kerjakan .

"Kalau macam tu oppa keluar dulu . Hehe . Tak sanggup pula nak tengok adegen sweet korang ni" Kata Jihoon lalu berdiri apa bila melihatku sedia untuk menyuapkan Yeonjun sesudu bubur yang terenak didunia dan berjalan kearah pintu . Aku hanya mencebik . Cebik mulu dah .

"Mashisseo ?" Soalku kepada Yeonjun apabila bubur itu selamat mendarat dimulutnya . Dia mengangguk perlahan dengan senyuman . Waah , happy nya orang puji masakan aku .

"Awak ke yang masak ?" Aku membuat muka rata .

"Takkan lah saya nak suruh orang lain yang buatkan . Saya isteri awak yang paling cantik comel ni kan pandai masak . Lagipun , masak untuk suami sendiri takkan nak suruh orang lain pula" sempat pulak terpuji diri sendiri . Yeonjun hanya ketawa kecil .

"Iye lah sayang . Awak lah yang paling cantik paling comel yang pandai masak ni . Sedap sangat awak masak" aku tersipu sipu sambil mengaut bubur dimangkuk .

"Sayang juga awak dekat saya kan ?" Senyuman ku perlahan lahan pudar . Pergerakan ku serta merta terhenti dan mataku hanya tertancap kearah bubur ayam tersebut .

Haah , sejak bila pula aku caring gila pasal dia ni . Ini perasaan sayang je kan ? Takkan lah aku nak cintakan dia cepat sangat . Beomgyu pun aku tak boleh nak lupa lagi . Haih , tetiba terfikir pasal Beomgyu . Apelah dia buat sekarang kan ?

"Sayang ?" Suara serak Yeonjun menyentak lamunan ku . Aku mengangkat muka lalu memandang wajah pucatnya .

"Awak okay ke tak ni ? Jauh sangat awak mengelamun sampai saya cakap pun awak tak dengar" aku hanya mengetap bibir . Aku tidak menjawab lalu berdiri .

"S-saya , nak keluar kejap" kataku dingin lalu berjalan jearah pintu dan keluar . Tiber mood down .

Kolam ikan belakang rumah tempat favorite ku aku tuju . kalau tengah tak ada mood , disitulah tempat aku duduk layan perasaan . Lagi best kalau malam . Sunyi . Aku pergi kearah pondok yang tersedia di kolam itu .

"Beomgyu-ah . Awak buat apa sekarang ?" Perlahan aku ucapkan . Tak semena mena air mataku jatuh . Perasaan cinta dan sayang aku terhadap Beomgyu tak pernah hilang . Terbit perasaan rindu di hati .

Namun pada masa yang sama , terbit juga perasaan kasihan kepada Yeonjun . Dia suami aku , tapi aku langsung tak cintakan dia . Aku cuma risau dan sayang dia seperti mana kami mula mula kenal dulu . Tak lebih dan tak kurang .

Handphone ku yang berada dipoket seluar aku keluarkan . Aku mendail nombor Jeongyeon . Dia pun satu juga . Aku rindu gila dekat minah sengal ni .

Setelah beberapa saat aku menunggu , panggilan itu disambungkan .

"Jeongyeon-ah . Kau dekat mana sekarang ?" Soalku kepada Jeongyeon yang berada dihujung talian .

"Dekat rumah lah , kenapa ?" Soalnya semula .

"Jom keluar , aku rindu kau"
.
.
.
.

"Tak ada apa apa berita pasal Beomgyu ke ?" Aku mula bertanya pasal Beomgyu setelah sibuk membawang .

"Lah . Kau tak moveon lagi dengan Beomgyu tu ?" Aku mengeluh .

"Susah weh . Kau pun tahu kitorang dah bertahun" Jeongyeon juga ikut mengeluh .

"Tapi kau dah ada Suami weh" aku menutup mata .

"Ye aku tahu aku dah bersuami . Tapi , aku langsung tak cintakan dia . Kau pun kenal aku ni jenis yang susah nak cintakan orang , tapi senang nak sayang orang . Aku tak pernah ada perasaan cinta sedikit pun dekat Yeonjun tu . Aku cuma , bagi apa yang dia berhak dapat je . Kau tahu tak selamani aku menderita . Aku rindu gila dekat beomgyu . Kalau lah aku boleh lari kan ? Tapi tak dapat , kalau aku lari , abang aku mesti boleh detect aku dekat mana" panjang lebar aku luah . Aku tunduk memandang meja . Berjujuran airmataku jatuh .

"Weh . Aku faham kau . Aku kenal kau dah 10 tahun dah weh . Aku dah masak gila dengan perangai kau . Tak pelah . Kalau kau nak sangat tahu pasal Beomgyu . Aku boleh bagitahu . Tapi , kalau korang ada gaduh ke apa ke . Aku taknak terlibat" aku tersenyum lalu mengangguk laju .

"Aku janji aku tak kan libatkan kau" bersungguh sungguh aku berjanji siap angkat tangan untuk bersumpah . Aku diam seketika lalu teringat sesuatu .

"Weh . Aku ni kejam lah . Laki aku demam dekat rumah aku sedap lepak minum Boba ni dengan kau . Aku balik dulu . Apa apa pasal Gyu , call je okay ?" Jeongyeon hanya menggeleng perlahan sambil menyedut sedikit air Boba itu .
.
.
.
.

"Eun dari mana ?" Yoongi yang sedang duduk disofa ruang tamu menyoalku . Aik ? Tak kerja ke dia ni ?

"Eun jumpa Yeon lah . Kenapa ? Oppa tak kerja ?" Yoongi tak menjawab . Dia berdiri dan berjalan kearah ku .

"Jumpa Yeon ? Yeonjun tengah demam Eun boleh pula lepak dengan Yeon tu ? Tak pasal pasal Tae Rin yang uruskan Yeonjun" terbeliak mataku apabila Yoongi kata Tae Rin yang jaga Yeonjun . Aku tak menjawab namun bergegas kebilik .

"Hey kejap" yoongi menahan ku .

"Eun . Oppa nak cakap sikit ni"

"Nak cakap ape ? Cakap nanti lah , Yeonjun perlukan Eun sekarang ni" kataku .

"Baru sekarang nak ingat yeonjun ? Habis tu , yang sempat pergi melepak dengan Yeon tu apa ?" Entah kenapa . Tapi kedengaran sinis sahaja pertanyaannya .

"Tak . Sekarang ni , oppa nak apa ?" Aku cuba menahan marah .

"Bagitahu dengan jujur . Eun masih tak ada perasaan dekat yeonjun tu kan ?" Aku membuat riak bersahaja .

"Ya memang . Memang Eun tak pernah ada perasaan cinta dekat dia . Tapi , Eun tak pernah lupa tanggungjawab Eun sebagai seorang isteri . Kalau Eun tak sayang Yeonjun , Eun tak balik lagi sekarang ni . Jadi sekarang , lepaskan Eun . Eun nak pergi tengok Yeonjun" aku merentap kasar tangan ku . Kali pertama aku berlaku kurang ajar dan dingin terhadap Yoongi .

Aku naik keatas dan masuk kedalam bilik . Namun alangkah terkejutnya aku apabila Tae rin memegang lembut wajah Yeonjun . Aku hanya berdiri kaku di pintu . Yeonjun dan Tae rin masing masing menoleh karah ku .

"Apa korang buat ni ?" Dingin sahaja suaraku .

"I-ini bukan apa yang Eun sangka . Unnie " belum sempat dia meneruskan aku menghentak kuat pintu bilik lalu turun kebawah dengan wajah yang bengis . Yoongi hanya diam melihatku pergi . Tak berani nak bersuara .

Aku berjalan menuju kearah kereta dan pergi dari perkarangan rumah . Dengan hati yang sakit , aku membawa diri .

Memang aku tak pernah nak cintakan kau . Tapi macam mana pun keadaan , kau tetapi suami aku . Perasaan cemburu tu akan terbit di hati seorang isteri yang ikhlas menyayangi suami walaupun aku tak cintakan kau .

Whooaaaaa . Dah keluar dah jalan cerita yang sitiris ni . Sebab aku nak habiskan ff ni cepat . Tak sabarnya nak habiskaaaannnnnn .......

[C] Protective || C.Y.JWhere stories live. Discover now