Huaarrghhh ... aku menguap untuk ke10282781 kali . Bosan gila doh kelas Taehyung Ssaem ni . Entah apa apa je lah yang dia cakap kat depan ni . Aku tak rasa yang dia ni pandai cakap Korea ke tak . Merapu !
Kriinggg ...
Alhamdulillah !! Habis juga kelas dia ni . Aku nak makan . Lapar !
"Jom pergi kantin . Rindu pula nak jumpa Makcik kantin kita" Aku mengajak Jeongyeon .
"Ala . Weh . Aku tak boleh lah . Jung ssaem suruh aku jumpa dia . Kau pergi lah sorang okay ?" Aku mengeluh . Dia ni .
Aku keluar daripada kelas dan menuju ke kantin . Makcik , mu tunggu aku datang serbu kantin ! Habis makanan makcik aku pajak semua .
"Hai" aku menoleh ke kiri dan kanan . Tak ada orang pun ? Aku meneruskan jalan .
"Sombong nya" aku pusing belakang dan mendongak ke atas mencari wajahnya . BAPAK TINGGI GILA MANUSIA NI .
"Kau siapa ?" Sakit tengkuk aku tengok dia ni .
"Kita sekelas , tapi kau tak kenal aku ?" Aku menjengketkan kening .
"Dalam kelas tu , aku cuma kenal Ketua kelas dan Jeongyeon aje . Jadi , selamat tinggal . Nak tercabut kepala aku tengok engko" aku memusingkan tubuh dan meneruskan perjalanan ke kantin .
"Dengar dengar , Beomgyu kau dah pindah" aku diam .
"Well . Mesti ada benda yang jadi antara korang kan ?" Aku berhenti berjalan dan menghadap dia . Aku tengok nametag nya . Choi Soobin .
"Listen , Choi Soobin . Aku tak kenal kau . Dan aku tak pernah tahu pun kau wujud dalam kelas tu . Tapi kau tak ada hak nak bersoal siasat tentang apa yang berlaku antara aku dan Beomgyu" Aku memberikan dia jelingan maut lalu pergi dari situ .
"Tapi kan aku pelik lah . Kalau tak ada apa apa jadi , kenaoa dia pindah ?" Aku mengela nafas berat .
"Kau dah puas hidup ke ? Kalau dah puas , aku tamat kan riwayat kau sekarang juga . Nak ?" Jangan sampai darah aku naik . Habis aku toreh toreh muka handsome dia ni .
"Okay , aku tak kacau kau lagi . Tapi , aku nak tahu , apa hubungan kau dengan Yeonjun ?" Aku terdiam .
"M-macam mana kau kenal Yeonjun ?" Dia tersengih . Oit , ada Lesung batu ! Eh lesung pipit !
"Dia tu cousin aku . Kenapa pula aku tak kenal ?" Aku jungshock . Dia tahu ke aku dah kahwin ? Matilah aku .
"Lek . Aku dah tahu segalanya . Aku dah tahu kau dengan Yeonjun dah sah" aku mengetap bibir .
"Kau jangan nak heboh kan apa apa . Kalau tak , aku cincang kau jadi bahan masakan special makcik kantin" Aku pergi dari situ dengan hati yang , KACAU !
"Ish . Macam mana pula Yeonjun boleh ada cousin dekat sini ni . Kalau dia tu jenis murai , matilah aku" bebel ku sendiri .
"Aku dengar tu" aku menarik nafas dalam .
"Kenapa ? Yeonjun arahkan kau untuk tengok aku ke sampai nak ikut aku pergi mana je ?" Aku mencerlung tajam kearahnya .
"Kalau ya ?" Aku mendengus geram lalu mengeluarkan handphone dari poket blazer ku lalu mendail nombor Yeonjun .
"Yaa Choi Yeonjun ! Apa ni ? Saya pun ada privasy . Kenapa pula awak suruh tiang berjalan ni ikut saya" aku protes dalam talian . Soobin yang berdiri dihadapan ku hanya tersenyum .
"Saya tak boleh percaya lelaki dekat sekolah awak tu" aku menutup mata menahan panas dihati .
"Saya boleh jaga diri sendiri lah" mahu sahaja aku protes sambil berguling guling di koridor kelas ni .
"No" Aku mencebik .
"Tapi"
"No means no" Aku mendengus geram lalu mematikan talian .
"Dah siap gaduh dengan encik suami ?" Aku menjeling soobin lalu berjalan dengan pantas ke Perpustakaan . Aku dah tak ada selera nak makan .
Suasana sepi perpustakaan itu sedikit sebanyak menyejukkan hatiku . Aku mencari meja yang sedikit tersorok supaya aku boleh lah escape . Lama tak escape kelas . Sekali sekala jadi lah budan jahat .
Dah lesap dah tiang berjalan tu . Bagus lah . Tenang hidup aku . Aku duduk diatas kerusi bersebelahan dengan tingkap . Bolehlah aku menikmati pemandangan luar .
Mataku menagkap sekumpulan pemain bola keranjang . Hatiku tiba tiba sayu teringatkan Beomgyu . Apa lah yang dia buat sekarang ni ya ? Mesti dia tengah jalan kan kehidupan baru dekat Daegu tu .
"Termenung apa tu ? Rindu suami ke ?" Datang lagi manusia ni . Ingatkan dah mampus .
"Kau nak apa ?" Lemah sahaja suara ku . Tak macam tadi . Lagi pun , ini perpustakaan .
"Jalan kan tugas . Kalau kau escape aku pun akan escape juga" aku menyembamkan wajah di atas meja . Tiba tiba terasa hangat tubir mata .
"Ah jebal . Jangan nangis dekat sini" aku bermonolog sendiri . Aku menyeka air mata yang jatuh sedikit . Sampai bila aku nak menderita macam ni ?
"Weh . Kau okay ke ?"Soal Soobin . Tapi aku endah kan . Makin aku teresak apa bila ditanya begitu . Ala , hati tisu betul lah engkau ni Eun !
"Weh . Sorry lah kalau aku ada buat salah . Janganlah nangis" Esakan ku makin kedengaran . Soobin pula dah mati kutu .
"Patut ke aku call suami kau ?" Aku mengangkat muka .
"Jangan . Ni tak ada kaitan denga mn kau atau dia" aku bersuara sebaik sahaja tangisan ku sedikit reda .
"Okay , aku tahu . Kau masih cintakan Beomgyu ?" Tak tahu kenapa , tapi aku mengangguk perlahan . Dia menghela nafas perlahan . Aku hanya tunduk menghadap meja .
"Aku tak pandai sangat dalam hal macam ni . Tapi aku nak saran kan . Kalau kau nak lupakan Beomgyu . Lebihkan masa dengan Yeonjun . Itu akan membantu . Mungkin ?" Baik rupanya Soobin ni . Nampak macam poyo . Tapi boleh buat kawan juga .
"Tapi , aku dah tak lama" entah kenapa , aku makin selesa untuk menceritakan segalanya . Mungkin sebab dia ni cousin suami aku .
"A-apa maksud kau ?" Aku diam . Rasa sakit di dada yang tadinya hanya sedikit makin kuat mencengkam . Aku memegang dadaku lalu mengekuarkan ubat dari poket blazer .
Muka ku berkerut menahan sakit . Tangan ku terketar ketar mahu membuka packet ubat itu . Hampir aku menyerah , aku lemah , aku meletakkan kepala ku diatas meja .
"Nah cepat" Soobin menghulurkan 2 pil ubat dan sebotol air . Cepat cepat aku menelan ubat itu dan mencuba mengambil nafas .
"Kau sakit apa sebenarnya ni ?" Aku masih mendiamkan diri . Takut hendak memberitahunya .
"Aku tengok ubat ni bukan ubat biasa biasa . Dah pengambilan sampai 2 biji , mesti kronik kan ? Cuba kau bagitahu aku . Mungkin boleh hilangkan beban" Aku menghela nafas berat . Betul juga . Sampai bila aku nak pendam benda ni sorang sorang ?
"Aku , ada masalah jantung . Ya , kronik . Bila bila je aku boleh pergi" Soobin tidak terkejut , tidak juga membuat riak bersahaja . Namun respon nya hanya sedikit keluhan .
"Kau stress sangat ni . Sebab itulah kau perlukan ramai kawan . Aku tengok kau cuma berkawan dengan Jeongyeon je dekat sekolah ni" ya betul . Aku tak ada kawan lain , selain Jeongyeon . Dan aku cuma kenal Jeongyeon dan Beomgyu je dekat sekolah ni .
"Jeongyeon tahu tak kau sakit ni ?" Soalnya apabila aku tidak berkata apa apa . Aku hanya menggeleng .
Whoaaaa . Ada Soobin . Anybody yg tunggu Kemunculan Soobin ? Lepasni mungkin ada yang selebihnya . Okay ! Lagi satu . Typo ? Abaikan .
YOU ARE READING
[C] Protective || C.Y.J
FanfictionMana sahaja aku pergi , pasti ada dia . Choi YeonJun . Ya . Dia assistant dan driver abang aku merangkap kawan baik abang aku . "Oppa akan pastikan Ha Eun selamat" Min Yoongi . "Cik Ha Eun nak apa apa lagi tak ? saya sedia nak tolong awak walaupun u...