°제25장

474 64 2
                                    

"Lepas ni engko kena hati hati . Jangan buat kerja berat sangat" Aku hanya memandang Doktor Seokjin yang memakai kemeja berwarna Hot Pink itu membebel macam mak nenek .

"Arasseo" aku hanya membalas sepatah . Membebel je lebih .

"Kau hasben dia kena lah jaga" keningku terjengket . Bila masa pula ada hasben aku sini ?

"A-ahh nae" oh . Dia cakap dengan Beomgyu ke . Alahai .

"Kau dah boleh keluar petang ni . Kalau ada apa apa , bagitahu" Kami hanya mengangguk .

"Cari nahas betul lah budak Yeonjun tu" Yoongi masih marah gila dengan kejadian tadi .

"Dah lah . Benda dah nak jadi" Kataku mencuba menenangkan kemarahan Yoongi . Aku tahu dia marah sebab risaukan aku .

"Tapi . Sejak bila pula orang tu jadi hasben Eun" soalku sambil tersenyum senget memandang kearah Beomgyu . Beomgyu hanya tersengih .

"Bagus lah tu" kata Yoongi selamba lalu berjalan meninggalkan kami berdua .

"Gyu . Kau bawa dia balik . Hyung ada banyak kerja" Yoongi memberikan amanah kepada Beomgyu .

"Nae" yoongi keluar daripada wad itu .

"Eun nak tanya ni , dari pagi tadi lagi Eun nak tanya" Beomgyu menanti ayat seterusnya .

"Macam mana diorang boleh tak tahu Eun ni sakit ?" Soalku penuh kecurigaan .

"Tak tahu ?" Akhirnya kami bersama sama memikirkan kenapa diorang tak tahu aku tengah sakit . Dan bagus juga lah kalau diorang tak tahu .

"Em . Gyu" Beomgyu memandang tepat kearah mata ku . Goshh , cair aku .

"Kenapa ?" Soalnya lembut . OMG .

"Eun nak makan kek coklat lah" Kataku sambil tersengih .

"Amboi . Baby atau mommy ni nak makan kek coklat ?" Aku acah acah berfikir .

"Dua dua kot ? Mommy dia lapar lah" kataku dengan suara manja . Pergh . Sampai hati jau Ha Eun .

"Aigoo . Manja nya mommy dia ni" Katanya sambil mencuit hidungku .

"Lepas discharge nanti kita pergi makan kek coklat ya sayang ?" Aku mengetap bibir . S-sayang ? Perlahan lahan bibirku mengukir senyuman .

Kebahagiaan aku datang balik . Tapi dalam masa yang sama , aku rasa kasihan terhadap Yeonjun . Maafkan saya . Saya tak layak jadi isteri awak .
.
.
.
.

"Waaaa . Sedapnyaaa !!" Aku teruja bila dapat kek coklat yang baru sahaja dibeli oleh Beomgyu . Beomgyu hanya tersenyum sambil memandang aku yang tengah makan Kek coklat .

"Makan perlahan lahan sayang . Nanti awak tersedak" aku berdehem perlahan setelah perasan yang aku makan terlalu gelojoh lalu tersengih .

"Lepas ni Eun nak apa apa lagi tak ?" Aku berjeda seketika . Berfikir aku nak makan apa lagi .

"Eun nak aiskrim" Beongyu tersenyum .

"Okay . Tapi pelan pelan makan tu" Aku menghabiskan kek coklat tersebut .

"Dah . Jom pergi cari aiskrim !!" Kataku teruja . Bila bab makan ni aku tak boleh tahan . Gemok lah aku ni .

"Arasseo . Jom" kami berdiri lalu keluar dari Kedai kek tersebut .

"Eh kejap . Tunggu sini . Kunci kereta tinggal lah" Aku hanya memandang Beomgyu dengan muka yang macam nak makan orang .

"Pergi cepat" Terkocoh kocoh dia pergi mengambil kunci keretanya . Aku menggeleng perlahan lalu memandang hadapan laku terkejut beruk .

[C] Protective || C.Y.JWhere stories live. Discover now