Annyeong Yeorobeundeul ! Haa , ni penpik first dari Cik DeYoon . Yoon harap korang suka lah penpik ni otey ? Lagi satu , kalau Yoon jarang upload , maaflah . Anda semua perlu tahu Yoon masih pelajar . Enjoy !!! Ahhh ye , salam perkenalan Moa dan army ! Ceritani rekaan semata mata . Kalau ada yang tak kena , tu Yoon buat buat je .
·
·
·Malasnya nak pergi sekolah . Aigu .
Bermacam macam alasan aku beri kepada diri sendiri untuk bangun pergi sekolah .
Aku ambil tuala dan mandi . Nak kena bebel oleh eomma , cubalah kau berlambat lambat . Ada juga telinga terputus kena tarik . Selesai mandi , aku pakai baju . Seragam sekolah .
"Min Ha Eun ! Dah bangun ke tu ? " Seru oppa dari tingkat bawah .
"Dah ! " aku buka pintu da turun kebawah . Aku nampak abang aku dah sedia duduk dekat meja .
"Eun , mulai hari ni , bukan oppa dah yang hantar Eun , okay ? " Abang aku membuka bicara .
"Habistu , Eun gi sekolah naik apa ? " tanyaku
"Jangan risau . Oppa dah suruh assistant oppa hantar" katanya lalu menghirup air teh di gelas . Aku mengangguk . Aigu .
Tahulah dia tu CEO . Always busy . Sejak appa pergi tinggalkan kitorang , oppa lah yang take over syarikat tu .
"Dah . Habiskan cepat . Dia dah tunggu kat luar tu" kata abangku . Aku habiskan air milo dalam gelas dan pamit .
Aku tengok kereta audi merah itu sudah terparking elok di perkarangan rumah . Aku masuk bahagian penumpang belakang .
Pelik . Aku dah masuk . Kenapa tak jalan lagi ? Aku tengok driver tu . Lah , tido rupanya .
"Encik" sapa ku lembut sambil memukul lembut bahunya . Dia terjaga .
"Maaf cik . Penat sangat . Tu yang tertidur tu" katanya dengan segihan kecil .
"Takpe . Jomlah gerak . Lambat pula nanti" kataku . Aku hanya nampak matanya sahaja . Masa kejutkan tadi pun tak nampak sangat mukanya . Tapi jelas dia berkulit putih . Rambutnya sahaja yang mengganggu mataku . Biru sangat !
Kereta audi itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah . Suasana dalam kereta itu sunyi tanpa sebarang kata .
"Cik , tak apa ke kalau saya pasang radio ? " tanyanya sopan .
"Pertama , awak boleh pasang radio tu . Kedua , jangan panggil saya cik . Nama saya Ha Eun . Min Ha Eun . Panggil saya Ha Eun je" kataku . Tak selesa bila diperlakukan seperti puteri kononnya . Dia menggangguk faham .
"Baiklah Ci-Ha Eun" kekok dia memanggil nama ku
"Nama awak ? " tanyaku lagi .
"Yeonjun . Choi Yeonjun . Awak boleh panggil saya Yeonjun" katanya .
"Takpe . Saya tak suka panggil orang yang lebih tua daripada saya menggunakan nama je . Saya panggil awak oppa . Boleh kan ? " sejujurnya aku memang tak suka panggil orang yang lebih tua dengan nama sahaja . Tak hormat langsung !
"Boleh" katanya sambil tersenyum . Kami bertentangan mata seketika . Dia mengalihkan matanya dan tengok jalan . Bro , kalau dia tak tengok jalan sambil drive tak ke naya kami accident .
Hampir 15 minit kami dalam perjalanan akhirnya tiba juga di perkarangan sekolah . Dia keluar dari kereta dan cepat cepat berlari ke arah pintuku untuk membuka pintu sementara aku masih menyusun buku buku yang bertaburan di seat sebelahku .
Aku keluar dari perut kereta dan senyum kearahnya . Barulah kini aku melihat dengan jelas mukanya . Mata bundarnya yang berwarna hazel itu aku tenung . Handsome jugak assistant abang aku ni !
"Ha Eun balik jam berapa hari ni ? " tanya nya .
"4" jawabku sepatah . Dia tersenyum dan tunduk .
"Tak payahlah tunduk . Saya bukan princess atau anak diraja . Tak perlu formal dengan saya" sungguh aku tak selesa bila dia terlalu formal dengan aku .
Dia menggaru tengkuknya yang tidak gatal dan tersengih kecil
"Awak masuklah . Sebelum jam 4 saya dah tunggu awak kat sini . Okay" arahnya . Aku menggangguk dan masuk ke dalam sekolah .
·
·
·
·Awak . Pendek sangat ke ? Sorry ah . Ni baru bab awal . Esok esok Yoon panjangkan . Oteyyy ! Semangat semangat .
YOU ARE READING
[C] Protective || C.Y.J
FanficMana sahaja aku pergi , pasti ada dia . Choi YeonJun . Ya . Dia assistant dan driver abang aku merangkap kawan baik abang aku . "Oppa akan pastikan Ha Eun selamat" Min Yoongi . "Cik Ha Eun nak apa apa lagi tak ? saya sedia nak tolong awak walaupun u...