Bab 27

87 5 0
                                    

Hari yang bermakna harini untuk aku yang first time nak pergi mandi air terjun di Malaysia.

"Aku kira sampai 3!"
"Lambat takpayaah ikut !" Aku berkata kepada Qaisara .

"Ish sabar lah! Nak turun dah ni!" Katanya bergegas menuruni anak tangga .

"Orang suruh duk rumah nak ikut jugak" aku membebel dekat dia pada petang ni .Dia kan baru sembuh alahai.

"Biar arr , ni kampung saya bukan kampung awak " dia boleh buat aksi menjelirkan lidah .

"Budak tak matang!" Kata aku

"Budak tak matang ni lah yang awak tergila gilakan " dia terus melangkah pergi dan membuat acah kepala pandang lain .Alahaii .

"Cuu! Kamu berdua nak pergi mana ni?" Kata nenek sambil membawa bakul kayunya itu .
Maklumlah baru balik dari pasar .Ni dah sampai petang mesti singgah Umah NekSom lah tuh.Maklumlah ..NekSom sapa je takkenal? Usahawan jual mangkuk pinggang . Memang orang serbu lah .

"Kami nak pergi mandi air terjun dulu , nek!"

" Hah Iman ,, bawa Qai elok elok , jaga dia ! Dia ni buas sikit!!!!"

"Okay nek"

---------------

"Weh aku rasa sini dah okay " kata along

"Ambik port dulu" kata achik

Wau! Suasana sangat indah, udara pon segar even dah petang . Kami ambil tempat yang sesuai , ada tanah rata , khemah disediakan .Makanan? Don't worry banyak gerai kat situ tapi kami nak rasa berkempen sendiri so kami akan bakar sate.  Patutlah tempat ni meriah !

"Okay la nie, sebab sini takde orang mandi sangat .Batu pon tak banyak " kata Qaisara.

"Okay jom!!"

-----------------

"Weh perempuan ! Sedia kan lah makanan ! Jangan tunggu kami bakar satay jer!" Jerit Angah dan Afrina.

"Eiii ,, sabar lah! Suruh lah Along tuh!" Aku berkata .Apa orang lain kan ada?

"Kau kan takde kerja ...pegi lah hampar tikar kat situ Qai" kata Afrina sambil mengipas sate .Alamak terkuat pulak!

"Mata aku masuk debu lah Pina!" Aku menoleh ke arah Angah .Hah padan muka!

"Weh sorry arr!!" Afrina terus meniup mata angah .Alahaiii tuh lah , membebel je keje padan muka.

"Pina ,kau tak nampak ke aku tengah angkat air minuman ni?" Aku berkata lalu meletakkan ke tepi sebelum menghampar tikar .

"Iman!!! Tolong ambil kan tikar tepi tu." Aku penat dah nak pergi ke arah dia .

"Ada tangan ada kaki , ambik sendiri lah. Aku banyak kerja nak buat ni" dia buat apa tu,sampai banyak kerja?

"Ish , pemalas! Macam mana nak jadi bakal imam aku nanti" aku berkata geram .Waittt aku cakap apa tadi?

"Pergh bakal imam siaa!!!" Jeritan Faiz Dan Farhana . Alamak , tak sengaja! Aku kalau geram memang lepaskan apa yang terpendam dalam hati ni.

Aku melihat dia menoleh kebelakang dari tempat duduk nya dan melihat aku .

"Ha yer la yeela....." Dia menepuk debu di belakangnya dan mengambil tikar untuk dituju ke sini. Nasib dia tak cakap apa apa .

"Nah" aku tengok dia .Dia mula senyum .Kemudian berpatah balik ke belakang buat jaring ikan .Ouuhh, boleh ke dapat ikan dekat air mengalir laju tuh?

Dia duduk di tempat asalnya bersebelahan dengan Along .

"Qaisara!" Dia jerit ke arah aku .
"Hah apa?"
" Kau tu sepatutnya kena rajin , baru boleh jadi pelengkap iman dalam hidup aku " kemudian dia tergelak sumbing.

"Peegh! Boleh pulak main bakal imam dengan iman .Kan Angah .." Afrina berkata sambil mengangkat satay yang sudah masak di atas tempat pembakaran satay ..uhuuu .Mesti sedap! Dorang letak madu bagi manis ..Fuh! Jilat bibir lah nanti.

"Tu ahh , sakgi aku nikohkan depa baghu tau!" Kata Angah pula.

"HHAHAHAHHAHAH"

MULA dah kut start sakat menyakat ni .
Aku dan Iman dah terbiasa dengan semua ni . So , dah tak heran.

"Weh bila nak mandi ni?? " Kata aku sambil mengacau gula didalam air .

"Sakgilah " kata Faiz
"Takshabar!" Kata Afrina
"Aku nak tangkap ikan" kata Along
"Aku harap dapat!" Farhana
"Boleh bakar" kata Qaisara
"Ikan Seluang pon jadi la " kata Iman
"Baik siapkan cepat " kata Achik
"Wokeyhh" kata Angah.

---------------

"Bak bola kat sini pulak!" Along dan Afrina sedang bermain bola .Manakala Angah dan Achik jaga makanan.sebenarnya dorang tu bukan jaga malah mereka makan! Haihhh. Farhana dan Faiz pula daripada atas sampai bawah main pelampung warna hitam.

Nampak macam best .Best lagi aku dengan iman .Kami sedang menangkap ikan .

"Ikan Ouh Ikan , dimanakah engkau " kata Iman sambil memegang jaring .
Aku hanya memerhati . Jap nampak macam..

"Weh mai sini! " Aku menyuruh Iman ke arah aku .

"Iman! Ni ikan main kat sini!"
"Woi Lekaih lah!" Hah kan dah keluar bahasa Utara aku .
"Sabaq! Mana dia?"
"Tuuuuuh!!!"

Kami mengejar ikan tersebut .And Yes!

"Woi mai bekas !"
"Dah dapat ikan ka???"
"Cepatla nanti terlepas !"
"Wahhh...Banyaknya"
"Tengoklah sapa tangkap"
"Acececee!!"

"Iman tengok ni , ikan ni warna belang belang lah" aku berkata seria meraup muka yang dah basah dek kerana air terjun .

"Ouhh..kau pergi duduk sana , kira berapa ekor ikan. Takut terbanyak pulak kita tangkap " kata iman .Semua orang hanya berpakaian tshirt dan seluar tracksuit adidas 3 belang .Famous kut seluar tuh. Bukan kaleng kaleng!

"Hah okay"
"1,2, eh janganlahh lari ! 3,4 "
"Eh?" Aku berkata diatas batu yang aku duduki .Benda tu macam...aku letakkan bekas di tepi batu taknak bagi jatuh ikan.Wo sayang woo kalau terlepas .

Benda tu toleh ke arah aku .

"I..Ima iman..." Aku berura ura mahu pergi .

"Hurm? Apa?" Dia langsung tak menoleh ke arah aku .
Okay now aku rasa benda tu macam nak ke arah aku .Oh Tidak!!!!!!!!!!!

'krok. Krok'

"Imannn!!!!!!!!" "TOLONG AKU!!!!!"

'debushhh!'

Iman Pov

' Manalah ikan ni ' monolog ku dalam hati .
"I..Ima iman..." Ada orang sebut nama aku ka? Hah betul lah tu.Qai dia nak apa pulak...Orang tengah tangkap ikan ni.

"Hurm? Apa?" Aku langsung tak menoleh ke arah dia .

"Imannn!!!!!!!!" "TOLONG AKU!!!!!!"

Dah kenapa pulak tu? Aku menoleh ke arah belakang .

'Debush!'

"ALLAH!!! " mengucap aku terlihat dia sudah jatuh dari batu tersebut . Kemudian aku memandang benda itu .

Terus aku melangkah pergi ke arah Qai .dah macam orang lemas padahal takat dada je aku tengok.Tapi ingat eh semua,,, even air tu tak terlalu dalam ...kalau kau panik apa pon boleh buat kau tak ingat dunia !

"Qai!" Aku memegang lengangnya yang berlapik .'Ya Allah maafkan aku sebab pegang dia .Tapi ia terlalu desak ! '

"Weh Qai ! Jangan panik!!!! Nanti kau lemas!" Aku menariknya bangun .

"Iman iman!!! Tu tuhh!!!! " Dia menjerit..


Along Pov

"TOLONG AKU!!!!!!!!!!!"

'Debush!' Aku berhenti bermain bola dengan Afrina .

"Weh macam suara Qai ja.?" Tanya aku dekat dia .

"Haah .Weh jap mana dorang?" Tanya Afrina . Kami mencari ke arah bawah sedikit dan terlihatt ..............

---------



 Iman Qaisara ✓Where stories live. Discover now