2 Tahun Kemudian .
Aku berada betul betul di Malaysia . Selepas peperangan aku disahkan koma . Kini aku pulang bersama bagasi aku .
Kisah yang lalu aku menahan dengan sakit . Kotak yang Iman suruh baca .Aku baca kesemua nota cinta daripada Nya kepada aku .Tidak lupa cip .Didalamnya terdapat video video kenangan dan gambar yang sudah menjadi polaroid ketika kami melakarkan kenangan manis . Kayu keras dibeli dekat Pantai tertulis namaku dan namanya .Maksud nombor ,semua sudah tahu .Ya kisah dendam Iman dahulu rupanya itu ialah Pakcik Dark Flord .Ya Allah .
Betapa banyak kenangan dan memori indah bersama arwah .Iman juga meminta untuk bersemayam atau ditanam di kawasan tanah perkuburan Malaysia .Semua hanya mematuhi .
Aku redha . Dulu kami bercadang untuk melakar kenangan keluarga bahagia dan mempunyai 4 cahaya mata tetapi ia hanyalah kenangan dan tidak akan sesekali terjadi .Aku memakai jubah yang bertutup labuh berwarna maroon .Itu adalah hadiah baju pengantin aku yang ditempah oleh insan yang aku cinta iaitu Iman Qayyum.
Aku melangkah ke arah pintu .Kenapa ramai sangat berada di rumah umi dan baba?
Sebelum aku menuju masuk aku terlihat seorang lelaki sedang meluahkan perasaan kepada wanita yang cantik bertudung itu .Manis sahaja mukanya tetapi kenapa beliau bersedih?
Aku melangkah ke arah mereka dan bersembunyi disebelah dinding."Awak , saya minta maaf awak ." Kata lelaki itu
"Kenapa umi awak nak sangat awak kahwin dengan dia "
"Saya harap perkahwinan secara senyap ini tidak akan terjadi ." Kata lelaki itu seria memeluk perempuan itu .Aku tidak dapat lihat lelaki berbaju maroon itu kerana dia menghadap belakang sahaja
Aku mengabaikan dan terus masuk kedalam rumah .
"Assalamualaikum" aku membuka kasut dan memberi salam .
Seisi rumah kelihatan terkejut melihat aku .Aku datang kemari kerana umi dan baba ada hal untuk berbincang sesuatu"Waalaikumussalam .Datang sudah pengantin baru .Marilah duduk " tanya pak ustaz itu.Siapa yang akan berkahwin?
"Apa semua ini Umi baba?" Tanya ku hairan.
"Kami nak kamu Mira berkahwin dengan Farhan ,Anak kawan mama Puan Zaleha ." Kata Umi mengajakku untuk duduk .
"Aku nikah dikan engkau dengan AMIRA QAISARA BINTI ****** dengan mas kahwinnya rm10000 tunai ." Kata pak ustaz itu .
"Aku terima...."
"BERHENTI!" aku menjerit ke arah mereka .Kesemua yang hadir melihat ke arah aku .
"Saya tak nak majlis perkahwinan ini berlangsung!"
"Mira!" Umi memandang aku .
"Panggil Mira , Qai!" Kata aku kepada Umi dan kesemua ahli tetamu .Tidak lupa juga along achik ,sedara mara dan atok nenek .
"Kami nak kahwinkan kamu dengan dia!" Kata baba pula .Kini kami semua bangun.
"Qai tak pernah kenal lelaki ni dan cintakan dia ,baba!" Kataku menunding ke arah lelaki berbaju maroon . Walaupun sesekali dia segak tapi cinta aku hanya untuk dia .
"Cinta boleh dipupuk Qaisara!" Tengking baba.
"Tak! Tak akan sesekali dapat memiliki hati Amira Qaisara kecuali dia !" Kataku lalu menolak pasu bunga ditepi meja itu .
'pang' jatuh berkecai .
"Kamu jangan nak kurang ajar dengan orang tua! Siapa DIA tuh ,hah?!" Umi sudah mula mengamuk.
"Dia ialah Iman Qayyum" aku memberikan senyuman segaris .Kesemua tahu siapa iman yang sebenarnya . Macam mana tak boleh tahu? Peperangan itu sangat tragedi dan menghantui semua orang termasuk diri aku sendiri.
YOU ARE READING
Iman Qaisara ✓
Action13.12.2019 [Friday] Diterbit :@novel_mygold #2soldier -New Book Coming- Perjumpaan Tanpa Sengaja Perjuangan menentang Musuh Penyelamat Nyawa Dia Sergeon Dia Soldier Dia Ustazah atau Bidadari Tanpa Sayap "Mira minta maaf , Mira taknak berkahwin deng...