"Kau gila Qash? No! Aku tak nak dan aku tak setuju" kata Kamilia membantah terus idea gila sahabatnya, Qashid Daris
"Please Kamil. Aku merayu sangat. Tolong aku kalini" rayu Qashid bersungguh
"Qash, kalau benda lain aku boleh tolong tapi kalau benda ni serious memang aku tak dapat tolong" balas Kamilia lagi
Hati Kamilia meronta-ronta untuk dia terima cadangan Qashid tapi mulutnya membantah keras supaya dia menolak idea itu
"Kamil. Hanya kau je yang dapat tolong aku kalini. Aku merayu sangat" rayu Qashid
Kamilia terdiam. Dia dapat lihat mata Qashid yang berkaca. Dia tahu yang Qashid benar-benar perlukan pertolongannya kali ini. Tetapi itu semua mustahil kerana tidak lama lagi dia akan menjadi tunangan orang. Mustahil untuk dia terima Qashid sebagai suami dia walaupun itu yang dia mahukan sejak dulu lagi kerana cinta dan perasaannya terhadap Qashid terlalu mendalam
"Setuju lah Lia" kata seseorang
Kamilia dan Qashid menoleh serentak berpaling ke arah suara itu
"Alif" kata Kamilia tergamam
"Saya izinkan awak berkahwin dengan Qashid" kata Alif lagi sambil tersenyum
"Tapi kita.."
Kamilia tidak sempat menghabiskan kata-katanya kemudian tangannya ditarik Alif menjauhi dari semua orang yang berada disitu
"Takpe Lia. Saya izinkan awak berkahwin dengan Qashid. Dia benar-benar perlukan pertolongan awak saat ini. Pergilah"
"Tak Alif. Tak mungkin. Kita dah nak bertunang tak lama lagi. Mustahil kalau saya terima Qashid. Habistu awak macam mana?"
"Jangan risaukan saya. Saya tak sanggup Lia. Saya tak sanggup menjalinkan hubungan dengan orang yang tidak mencintai saya. Saya tahu segalanya Lia. Jelas dari mata awak mengatakan yang awak sangat cintakan Qashid sejak dulu. Ya, mungkin yang lain tidak tahu tapi saya tahu" kata Alif sambil tersenyum
"Tapi Alif..." suara Kamilia bergetar menahan tangis. Matanya sudah pun dilimpahi dengan air mata
"Saya ikhlas. Pergilah bersiap. Majlis dah nak mula tak lama lagi"
Kamilia tersepit. Dia mahukan cinta dia tetapi dalam masa itu juga dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa
"Baiklah kalau itu kata awak Alif. Maafkan saya" kata Kamilia terus berpaling untuk pergi
"Lia" panggil Alif
Kamilia menghentikan langkahnya kemudian Alif yang sedang menunduk dipandang. Kamilia tahu yang Alif sedang menahan rasa perit di dada
"Kalau awak terluka, carilah saya kerana saya akan sentiasa ada ketika awak memerlukan" kata Alif sayu
Kamilia tersentuh mendengar ucapan Alif lantas dia berdiri dihadapan Alif sambil tersenyum
"InsyaAllah. Terima kasih Alif. Saya percaya yang akan ada seorang perempuan yang lebih layak dari saya untuk awak. Awak baik sangat Alif" kata Kamilia terus menyeka air mata yang mengalir di pipi Alif
Kakinya terus melangkah pergi. Dia harus capai impian dia kerana inilah peluang dia
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...