"Qash, macam mana hari ni? Dah okay ke?" soal Kamilia prihatin
"Mestilah dah okay. Kan isteri aku jaga aku semalam" balas Qashid tersengeh
Kamilia menyembunyikan senyumannya apabila mendengar Qashid berkata begitu. Sungguh, hatinya berbunga-bunga
"Kamil, sini kejap" pinta Qashid
"Ala, cakap jelah dari situ. Aku tengah busy ni" balas Kamilia sambil menyumbat pakaian kotor masuk kedalam mesin basuh
"Tak boleh, kau kena datang sini jugak" arah Qashid
"Kejaplah. Kasi aku settle kerja aku dulu" balas Kamilia meneruskan pekerjaannya
Selesai saja, kakinya terus dihayun mendekati Qashid lalu punggungnya dihempas kuat diatas sofa
"Behave sikit boleh tak?" soal Qashid sambil menarik sedikit rambut Kamilia
"Ha apa benda kau nak cakap yang penting sangat tu?"
"Aku--aku cuma.."
"Cuma apa Qash? Cuma nak minta maaf? Takpe Qash, aku dah maafkan kau" potong Kamilia tersenyum manis
"Aku takde niat pun tak nak kongsi masalah aku cuma aku rasa bersalah sangat. Banyak masalah aku yang kau terpaksa tanggung sekali jadi kali ni aku dah tak sanggup. Aku tak sanggup nak libatkan kau dalam masalah aku. Cukuplah Kamil. Aku rasa terhutang budi sangat pada kau" terang Qashid
"Tapi Qash. Kau sendiri kata aku sahabat kau. Sahabat sampai mati. Kau lupa?" balas Kamilia
"Ya, aku tak pernah lupa tentang hal tu dan disebabkan kau sahabat aku lah aku tak nak kau terbeban dengan masalah aku"
"Pernah ke aku mengeluh yang aku terbeban dengan masalah kau?"
"Tapi Kamil aku minta kali ni je. Aku merayu sangat. Aku tak nak terhutang budi lagi pada kau. Faham aku Kamil"
Kamilia tersenyum kemudian dia mengangguk. Kalau itu permintaan Qashid, baiklah. Dia akan tunaikan
"Tapi bila kau rasa kau dah tak mampu nak tanggung semua ni sorang-sorang, jangan lupa. Aku sentiasa ada untuk kau" balas Kamilia
"Terima kasih Kamil"
------------------
"Iman!" jerit Azra dari belakang
Alif tersentak kemudian dia memandang sekeliling. Kelihatan semua mata sedang memandang ke arah mereka berdua
"Kenapa awak jerit? Tak malu ke semua orang pandang?" soal Alif
"Alah, diaorang ada mata. Biarlah diaorang nak pandang sekali pun. Kan?" balas Azra selamba
Alif menggelengkan kepalanya berkali-kali. Perangai Azra telah mengingatkan dia pada Kamilia tetapi Kamilia tidaklah sebimbo Azra
"Awak nak apa?" soal Alif
"Eyy sombongnya awak ni. Takdelah, saya lapar. Jom teman saya makan" balas Azra
"Kenapa awak ajak saya? Mana kawan perempuan awak yang lain?"
"Ish awak ni! Saya bukan tak suka bergaul dengan diaorang cuma saya kurang faham lah cakap diaorang. Kalau awak teman saya makan, at least kita boleh berborak"
"Sorry Azra. Saya ada banyak kerja nak buat. Saya pergi dulu"
"Eh tunggulah dulu Iman! Ah! Saya tak kira! Awak kena teman saya makan jugak. Kalau tak--
"Kalau tak apa?!"
"Kalau tak saya jerit biar satu Universiti dengar!" ugut Azra sambil mengecilkan matanya memandang Alif
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...