Kening Qashid bertaut apabila dia terlihat ada sekeping gambar yang berterbangan jatuh dari almari bajunya. Qashid hairan setelah melihat gambar itu kerana setahunya, semua perkara berkenaan dengan Huda telah dia buang tanpa tinggal satu pun. Entah bagaimana gambar ini boleh tersesat disini
Bibir Qashid tersenyum hambar sambil matanya masih ralit merenung gambar itu. Segala tentang Huda sudah pun dia jadikan sebagai kenangan tetapi dia nekad yang dia tidak akan berpaling ke belakang lagi. Dia akan teruskan kehidupannya bersama Kamilia
Qashid mengambil sekotak mancis kemudian gambar itu diletakkan didalam tong besi. Mancis dihidupkan dan api mula menyambar setiap cebisan gambar tanpa tertinggal satu pun. Qashid tersenyum
Aku pernah memiliki sebuah hubungan
Hubungan yang sangat baik
Aku dan dia saling menyayangi
Saling mengisi
Dan juga saling memahami antara satu sama lainNamun akhirnya
Aku dan dia telah ditakdirkan untuk berpisah
Pelik kan?
Hubungan pada mulanya yang baik-baik saja
Kini sudah berakhir
Kita pun sudah berpisahDan setelah hubungan kita berakhir
Aku mencuba untuk terbiasa tanpanya
Dan dia pun juga
Mencuba
Terbiasa dengan pasangannya yang baru"Qash" panggil Kamilia terus merangkul pinggang Qashid dari belakang
Qashid tersentak dan badannya terus berpusing berhadapan Kamilia. Badan kecil itu dipeluk
"Ya" jawab Qashid tersenyum
"Buat apa tu?" soal Kamilia
Qashid tersenyum lagi. Ini adalah pasangannya, jodohnya dan juga bidadarinya sehingga jannah. InshaaAllah
"Bakar gambar" balas Qashid bersahaja
"Gambar apa?"
"Gambar Qash bersama Huda. Entah macam mana boleh tersesat satu tu dalam almari baju"
"Em.. Qash tak rasa sayang bakar gambar tu?" soal Kamilia sambil menunduk
"Langsung tak. Sebab sayang Qash hanya ada pada Lia. Kini esok dan selamanya" balas Qashid tersenyum
"Terima kasih" ucap Kamilia. Mukanya terus disembamkan pada dada Qashid
"Sama sama sayang. Lia, Qash nak tanya" tangan Qashid membelai lembut rambut ikal mayang isterinya kemudian rambut itu ditarik mendekati hidungnya. Wangian rambut Kamilia dihidu
"Tanya apa tu?" Kamilia mengangkat kembali wajahnya
"Jika satu hari nanti kebahagiaan kita akan diuji, Lia akan sentiasa ada disamping Qash? Walaupun saat itu Qash sedang guriskan perasaan Lia?" soal Qashid sambil merenung dalam ke anak mata Kamilia
Kamilia tersenyum dan mengangguk
"Ya sayang. Lia akan sentiasa ada disisi Qash dan Lia akan sentiasa beri Qash semangat. Tentang perasaan Lia, biarlah Lia tanggung semuanya asalkan hubungan kita akan kembali seperti ini. Seperti pesan arwah ayah, yang penting sabar" jawab Kamilia
"Terima kasih" ucap Qashid dan terus satu kucupan hinggap di puncak kepala Kamilia
Kamilia dan Qashid berpaling ke arah telefon rumah mereka yang berdering nyaring. Kamilia sempat memandang wajah Qashid yang mencuka kemudian dia memicit lembut hidung Qashid
"Kacau je laki bini nak bermesra. Kejap. Biar Qash yang jawab" sempat Qashid mencium sekilas bibit munggil isterinya
Kamilia tertawa kecil. Sofa di ruang tamu dihampiri lalu diduduk. Alat kawalan jauh televisyen pula diambil. Punat on ditekan
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...