Part Six (6)

202 9 0
                                    

Kamilia membuka telekungnya sesudah dia menunaikan solat subuh. Qashid yang sedang berbaring di sofa direnungnya dengan penuh rasa simpati. Sejak semalam lagi Kamilia dapat lihat yang tidur Qashid tidak lena. Mungkin teringatkan Huda

Kamilia menyangkut telekung di tempat yang telah tersedia. Setelah itu kakinya diatur ke arah Qashid. Bahu Qashid disentuh lembut sambil bibirnya mengukir senyum manis

'Memang ini yang aku mahukan Qash. Memang ini yang aku inginkan sejak dulu sehingga sekarang dan aku macam tak percaya yang kita sudah sah menjadi suami isteri tetapi itu masih tidak dapat membuatkan aku bahagia. Kerana, apabila aku nampak kau bersedih, aku tak sanggup untuk merasai bahagia itu tanpa kau sedangkan aku sudah dapat apa aku mahukan. Qash, aku mohon. Janganlah bersedih kerana aku tidak sanggup melihat kau begini. Jiwa aku terseksa dan merana apabila keadaan kau begini. Tuhan, kembalikan semangat suami aku'

Air mata Kamilia jatuh berguguran di pipi. Sikap Qashid tidak ceria lagi seperti dulu. Qashid seolah-olah sudah putus harapan. Hidupnya bagaikan sudah mati dibawa oleh Huda. Kamilia buntu. Dia tidak mahu Qashid memperlakukannya begini dan dia tidak mahu Qashid terus-terusan bersikap begini. Dia rindu

Qashid menggeliat kecil. Kamilia pantas menghapuskan air matanya

"Qash dah subuh" kata Kamilia tersenyum

Qashid bingkas bangun dan menghiraukan Kamilia kemudian dia terus berlalu masuk ke tandas

Kamilia tersenyum dengan tindakan yang Qashid telah lakukan kepadanya sebentar tadi. Dia tertanya, salah dia kah semua ini berlaku? Apakah dia punca semua ini? Ataupun Qashid sudah tahu tentang perasaannya terhadap Qashid? Jadi sebab itu Qashid terus memulaukannya?
Kamilia menggelengkan kepalanya. Tidak mungkin Qashid tahu tentang itu kerana dia sudah simpan kemas perasaan itu dalam hatinya dan hanya Alif saja yang tahu tentang itu

"Alif?!" soal Kamilia terkejut

Apakah Alif sudah memberitahu Qashid tentang itu?! Kamilia terus menekup mulutnya

Selesai saja solat Qashid terus melipat sejadahnya. Kamilia yang masih duduk di tepi sofa dipandang hairan. Dah apahal minah tu?

Qashid berdehem berulang kali. Kamilia tersedar lantas dia berdiri

"Kau kenapa?" soal Qashid

"em..err takde apa. Aku pergi buat sarapan jap" kata Kamilia ingin berlalu namun pantas ditahan oleh Qashid

"Aku nak cakap sikit pada kau" kata Qashid terus menarik tangan Kamilia untuk duduk bersamanya diatas katil

"Cakap apa?"

"Aku nak minta maaf"

"Maaf? Untuk apa?" soal Kamilia terpinga

"Sebab aku dah libatkan kau dalam masalah aku dan aku dah musnahkan impian kau untuk bertunang dengan Alif. Aku betul-betul minta maaf Kamil. Aku tahu aku dah kucar-kacirkan hidup kau disebabkan pernikahan ni. Otak aku buntu sangat semalam sampaikan hanya idea tu je yang timbul dan aku minta maaf juga sebab aku hiraukan kau dari semalam. Aku cuma malu dengan keputusan yang aku buat ni dan aku tak sanggup nak pandang muka kau. Bila aku pandang muka kau perasaan bersalah tu makin menggunung" terang Qashid bersungguh

Kamilia menghembus nafas lega. Nasib saja rahsianya masih tersimpan kemas kemudian dia tersenyum memandang Qashid

"Takpe Qash, aku ikhlas tolong kau. Lagipun memang tanggungjawab aku kan sebagai seorang sahabat untuk tolong kau" balas Kamilia tersenyum

Qashid tersenyum mendengar kata-kata dari Kamilia dan Kamilia lega kerana dia telah dapat melihat senyuman yang terukir dibibir Qashid

"So, apa plan kita lepas ni?" soal Kamilia
"Plan? Plan apa? Ke kau nak anak? Sorry Kamil. Aku belum ready. Cukuplah aku dah musnahkan hidup kau suruh kau kahwin dengan aku. Aku tak sanggup lagi suruh kau beranak semata-mata nak jaga hati papa" kata Qashid gusar

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now