Part Fourteen (14)

217 14 0
                                    

Qashid merenung lama wajah Kamilia yang sedang lena dibuai mimpi. Rambut Kamilia yang terjuntai diselitkan ditepi telinga

Hatinya bagai dirobek-robek apabila mendengar kata-kata lelaki tadi. Ikutkan hati mahu saja dia menumbuk sehingga pecah wajah lelaki itu

Dia tidak suka apabila orang merendah-rendahkan Kamilia. Sejujurnya, dia juga berasa sakit apabila Kamilia dihina mahupun disakiti

"Selagi aku ada dengan kau, aku janji yang kau akan selamat" bisik Qashid lantas mencium pipi Kamilia sekilas. Rasa sayang pada wanita itu semakin membuak-buak dan tidak sedikit pun hilang

Qashid terus merebahkan badannya disebelah Kamilia dan pinggang Kamilia ditarik mendekatinya

-------------------

"Apa yang you nak lagi dari I? Tak puas lagi ke apa yang you dah buat pada I?!" tengking Huda. Benci yang meluap-luap apabila dia memandang wajah lelaki itu

"You ni kira tuah pada I. Tak mungkin kalau I nak lepaskan you macam tu je sayang" balas lelaki itu sambil mengelus lembut pipi Huda

Huda berang dan terus menyepak kuat kaki lelaki itu

Wajah putih lelaki itu bertukar merah padam kemudian wajah Huda ditampar sekuat hati sehingga mengalir darah pekat di bibirnya kemudian dia mencengkam wajah Huda kuat

"Sakitlah bodoh" kata Huda sambil meringis kesakitan

"Sakit? Kau tahu sakit? Kalau kau tak nak sakit, kau ikut je apa arahan aku! Kalau tak, lagi teruk aku kerjakan kau!" balas lelaki itu terus menolak badan Huda kuat

Air mata Huda mengalir deras. Mungkin ini balasan atas perbuatannya dulu. Huda terus meraung sekuat hati apabila figura lelaki itu pergi. Dia benci! Benci melihat wajah lelaki iblis yang bertopengkan malaikat itu

-----------------

Kamilia menguap perlahan. Matanya masih berasa mengantuk tetapi jam pula sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Hari ini adalah hari kedua terakhir sebelum mereka pulang ke Malaysia. Dia dan Qashid juga sudah membuat plan untuk bersiar-siar di Kota London ini sementara masih ada waktu

Kamilia mengerutkan dahinya apabila melihat figura Qashid tiada disebelahnya. Kaki Kamilia diatur menuju ke ruang tamu kemudian tandas dan juga dapur tetapi kelibat Qashid masih lagi tidak dijumpai

"Qash" panggilnya

"Qashhhh" panggilnya lagi namun masih tidak bersahut

"Eh mana Qash pergi?" soalnya sendirian

"Opocot!" Latah Kamilia apabila Qashid tiba-tiba muncul menerjah pintu masuk

"Eh kau dari mana? Kenapa tercungap-cungap? Macam kena kejar hantu je" soal Kamilia hairan

"Tak.. takde gi mana. Dah. Aku nak mandi" balas Qashid terus berlalu masuk ke tandas

'Fuh, nasib tak kantoi' gumam hati Qashid

Kamilia memandang Qashid hairan. Sudahlah tiba-tiba muncul entah dari mana dan sekarang terus masuk ke tandas?

"Qash! Buka pintu" kata Kamilia dari luar

"Nak apa?" soal Qashid

"Buka la kejap" kata Kamilia lagi

Qashid terus membuka pintu. Mata Kamilia terbuntang melihat badan Qashid yang hanya memakai tuala. Bukannya dia tidak pernah melihat Qashid dalam keadaan begitu namun jiwanya sentiasa bergelora apabila melihat badan sasa Qashid tanpa baju. Imannya lemah dan dia tidak mahu kecundang lagi buat masa ini

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now