Part Twenty-four (24)

409 14 1
                                    

Qashid meneguk rakus air yang baru dibelinya sebentar tadi. Dia harus pastikan yang semuanya sempurna. Qashid mahu malam ini akan menjadi malam paling bermakna buat dia dan juga Kamilia

Hiasan di taman mini itu dipandang sekali lagi untuk dia memastikan tiada cacat cela walaupun sedikit. Kemudian bibirnya tersenyum manis apabila kesemuanya sempurna seperti yang dia mahukan

"Lia, malam ini Qash akan jadikan malam paling bermakna buat kita berdua. Im promise" kata Qashid seorang diri. Bibirnya tidak lekang dari senyuman

"Macam mana bos? Ada kekurangan lagi ke?" soal seorang lelaki merangkap ketua pakej itu

Qashid tersenyum lantas tangannya dihulurkan

"Tahniah! Saya suka dengan kerja awak. Kalau macam ni saya bayar double!" genggamannya diperkuat lagi. Suka benar dia dengan hasil yang telah diberikan. Kalau macam ni, berkali-kali lah dia akan mengambil pakej dari orang yang sama!

"Terima kasih kerana telah percayakan kami. InshaAllah. Lepasni kalau ada lagi kerja dari bos, saya akan bagi discount" balas lelaki tersebut. Senyumannya melebar

"Baguslah kalau begitu. InshaAllah, nanti kalau saya perlukan khidmat Encik lagi saya akan hubungi. Okaylah, saya balik dulu. Jangan lupa malam ni okay? Saya nak semuanya seperti yang dirancang tadi" Qashid terus berlalu. Tidak sabar rasanya

Kamilia berjalan mundar mandir. Sekejap ke dapur, sekejap ke ruang tamu. Risau betul hatinya apabila Qashid masih belum pulang pada jam sebegini

"Assalamualaikum"

Kamilia menghela nafas lega. Panjang umur!

"Qash, Qash ke mana? Risau Lia tau" Kamilia terus menghampiri Qashid. Bibirnya berlabuh di pipi Qashid

"Sorry sayang. Qash ada hal tadi. Sorry juga sebab suruh Lia balik naik grab tadi" kini Qashid pula menghadiahkan ciuman di pipi gebu Kamilia

"Lia okay je. Qash ni buat Lia risau je" bibir Kamilia muncung

Qashid tersenyum nakal. Dia menghampiri wajah Kamilia kemudian bibir mereka bertaut sekejap. Tak boleh lama-lama takut plan kejap lagi tak jadi huhu

"Sejak bila Kamilia Ulfa manja macam ni eh?" Qashid melagakan hidungnya dengan hidung Kamilia. Sungguh, dia sayang wanita ini

"Sejak Kamilia Ulfa jadi isteri Qashid Daris" balas Kamilia tersenyum

Qashid tersenyum lagi. Pinggang Kamilia dirangkul dari tepi

"Lia dah mandi?"

"Dah. Berzaman dah Lia mandi" kaki mereka melangkah masuk ke bilik

"Lia masuk bilik ni kemudian Lia pakai baju yang ada dalam almari tu. Lia bersiap tau, kejap lagi kita ke rumah mama. Mama ajak dinner rumah dia" bohong Qashid

Dia menolak badan Kamilia masuk ke bilik Kamilia yang dulu sementara dia masuk ke bilik mereka untuk menyiapkan diri. Badan ni dah melekit habis!

Kamilia akur. Kakinya menuju closet kemudian dia buka. Bibirnya tersenyum manis apabila melihat gaun kembang berwarna putih yang dihiasi manik mahal. Tanpa banyak soal, dia pantas menyarungkan gaun tersebut di badannya

Kamilia suka akan gaun ini. Dia melihat dirinya di pantulan cermin. Dia tertawa kecil. Baju apa Qash beli ni? Macam nak pergi kahwin je

Tangan Kamilia ligat menghias wajahnya. Entah mengapa dia rasa seperti mahu berhias dengan sangat cantik malam itu. Padahal Qashid ingin membawanya makan di rumah mama je pun. Ah biarlah.

Solekan diteruskan. Selesai saja, dia menjarakkan dirinya dari cermin. Bibir bawahnya digigit perlahan.

"Macam ada yang kurang lah. Apa ek?" getusnya sambil bermain dengan rambutnya

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now