Part Twenty-three (23)

268 13 2
                                    

Badan Kamilia terdorong ke belakang apabila ada seseorang telah melanggarnya. Dia mengaduh kesakitan

"Ya Allah, sorry cik" lelaki itu berkata sambil ligat menolong Kamilia

Kamilia menyambut huluran tangan lelaki itu kemudian dia berdiri perlahan-lahan. Sakit sungguh punggung dia akibat jatuh tadi

Kamilia memandang wajah lelaki itu. Dia mengecilkan matanya. Wajah lelaki itu agak familiar. Matanya terbuntang

"Emir!!" jerit Kamilia teruja apabila sudah dapat mengecam lelaki tersebut

Lelaki itu terpinga. Minah cun mana pulak ni

"Em.. sorry. Kita kenal ke?" kening lelaki itu bertaut

Kamilia tersenyum. Wajarlah lelaki itu tidak mengenalinya. Kamilia sekarang bukanlah Kamilia yang dulu

"Ish kau ni! Sampai hati tak cam aku. Ni aku lah.. Kamil" Kamilia menepuk kasar bahu Emir

Emir meneliti lama wajah Kamilia. Dia ligat mencerna diri Kamilia di fikirannya. Setahu dia, perempuan yang menggelarkan dirinya Kamil hanyalah ada satu dalam dunia ini

"Kamil?" lelaki itu menyoal sambil memandang Kamilia dari atas hingga bawah

"Ish, tak cam lah tu! Dah la aku nak balik" rajuk Kamilia. Baru dia mahu berura-ura pergi tetapi tangan Emir laju memaut tangan Kamilia

"Jap. Aku rasa aku dah cam! Kamil.. Kamilia Ulfa?!" matanya terpegun. Kamilia dilihat dari atas hingga bawah sekali lagi

"Yessss! Aku lah ni" Kamilia teruja

"Mak aih! Lain gila kau Kamil! Aku tak cam tadi! Dulu kau bukan macam ni. Ni apa cite sampai jadi perempuan tulen macam ni?!" tersenyum Emir melihat penampilan Kamilia

"Eh banyak benda aku nak story kat kau ni. Yelah, semenjak pindah dari kampung terus lupa nak jenguk situ dah kan?" perli Kamilia. Dia berpeluk tubuh

"Amboi sedap mulut. Aku lastik kang! Aku ada je lah jenguk kampung. Dengan maktok kau sekali aku jenguk tapi kau je tak ada! Eh jom lah lepak dulu. Lama tak jumpa ni. Rindu" kata Emir menggedik

"Rindu abah kau!" Kamilia terus menyiku lengan Emir

Qashid memerhati gerak geri Kamilia dari jauh. Hatinya cemburu melihat kemesraan Kamilia bersama Emir. Ya dia kenal Emir

Emir adalah teman Kamilia sewaktu kecil yang menetap di kampung nenek Kamilia a.k.a maktok Kamilia

Semua tentang Kamilia, Qashid tahu kerana dia juga adalah teman kepada Emir. Qashid selalu pulang ke kampung bersama Kamilia jadi kerana itulah semua kawan Kamilia, Qashid tahu

Qashid mengeluarkan telefon bimbitnya. Pesanan ringkas dihantar kepada Kamilia. Kakinya terus melangkah pergi. Hatinya benar-benar sakit ketika ini

Kamilia laju mengeluarkan telefonnya. Pesanan Qashid dibaca kemudian matanya meliar mencari kelibat Qashid. Eh tadi kata nak pergi tandas je, ni dah kenapa nak balik? Aduh Qash ni

"Kejap eh. Aku nak call orang jap" pinta Kamilia dan terus dapat anggukan dari Emir. Kakinya menjauhi Emir

"Hello Qash. Kenapa Qash balik? Qash tak sihat ke?" soal Kamilia apabila Qashid menjawab panggilan telefonnya

"Tak ada lah. Qash tak ada mood nak shopping hari ni. Lia shopping lah. Nanti dah siap, call Qash biar Qash jemput" balas Qashid mendatar. Giginya diketap geram

"Okaylah kalau macam tu. Sebelum maghrib Lia balik okay. Bye. Love you"

Qashid terus mematikan panggilan tanpa membalas kata cinta dari Kamilia. Matanya tekun memandang kesibukan lalulintas

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now