Part Twenty (20)

214 17 4
                                    

Setibanya mereka dirumah, Kamilia terus berlari laju masuk ke dalam rumah. Dahi Qashid berkerut. Langkahnya juga laju mengejar Kamilia

"Eleh, semalam sombong sangat. Sentuh anak-anak pun tak nak" gumam Qashid sambil membuat reaksi menyampah apabila melihat Kamilia menggomol kedua ekor kucing yang dibelinya kelmarin

Kamilia terdiam. Anak-anak?

"Eleh biarlah. Dengki" balas Kamilia terus membawa lari kucing tersebut. Kakinya menuju ke ruang tamu. Sempat matanya menjeling tajam ketika melintasi Qashid.

Qashid tersenyum. Sudah masak sangat dengan perangai Kamilia. Pantang nampak kucing!

"So, nama apa kita nak bagi dekat dua ni?" soal Qashid terus melabuhkan punggungnya pada sofa yang berada di ruang tamu

"Oh, takde nama lagi ke? Gender apa dua ekor ni?" soal Kamilia kembali

"Sekor betina, sekor jantan" balas Qashid terus mengambil kucing jantan

"Okay. Lia ada nama. Yang jantan kita letak nama smokey. Yang betina pula nama sweetie" kata Kamilia teruja

"Smokey and sweetie. Nice!" Qashid mengangguk tanda setuju

"Em, Lia. Qash sebenarnya ada benda nak bagitahu" kata Qashid gugup

Wajah Kamilia beralih pada Qashid sambil keningnya terangkat sebelah

"Bagitahu apa?" soal Kamilia hairan

"Qash sebenarnya... em.. aduh macam mana nak cakap ek? Qash.." Qashid mengusap belakang tengkuknya sejurus itu dia berdecit

"Apa dia Qash? Qash ni macam-macam tau" potong Kamilia geram

Qashid terdiam. Arghhh. Kenapa susah sangat nak confess ni?!

"Takde apalah. Tak penting pun. Em, Qash naik atas dulu. Nak mandi. Nah ambik balik smokey ni" Qashid menyerahkan kucing itu dan laju dia mendaki tangga menuju ke biliknya

Kamilia memandang Qashid hairan. Entah apa lah Qashid ingin beritahunya

"Jangan jangan... Qash dah jumpa Huda and dia nak kahwin dengan Huda?! Ataupun dia dah kahwin dengan Huda senyap-senyap?! Tak boleh jadi ni!" getus Kamilia terus masuk ke bilik. Dia tidak puas hati. Dia mahu Qashid berterus terang dengannya

"Qash!" panggil Kamilia. Pintu bilik ditendang kasar

"Mak aih! Apa yang ganas sangat Lia ni? Ingat dah kahwin ni dah berubah" ujar Qashid sambil mengurut dadanya. Tanjat boboiii

"Lia tak puas hati!" gumam Kamilia terus duduk bersebelahan dengan Qashid di atas katil

"Tak puas hati apa? Qash ada buat salah lagi ke?" soal Qashid lembut sambil membelai kepala Kamilia

"Ada! Qash bagitahu Lia sekarang! Apa yang Qash nak bagitahu tadi?" getus Kamilia sambil berpeluk tubuh

"Ingatkan pasal apa tadi. Tak penting pun lah. Takde apa lah. Esok lusa nanti Qash bagitahu" balas Qashid tertawa kecil

"Ah takde! Lia nak dengar sekarang jugak! Kalau tak penting kenapa susah sangat nak bagitahu Lia? Ke Qash nak kahwin lain?" sebak Kamilia bertanya

"Hey. Takde istilah kahwin dua, tiga ataupun empat dalam hidup Qash okay dan kalau boleh Qash nak jadikan perkahwinan pertama Qash adalah perkahwinan terakhir dalam hidup Qash. Kenapa Lia cakap macam tu tiba-tiba?" balas Qashid lembut. Wajah Kamilia dipegang

"Habistu kenapa Qash tak jujur? Bagitahu lah. Apa yang Qash nak bagitahu sebenarnya? Ke Qash dah jumpa Huda? Qash nak kahwin dengan Huda ke?" soal Kamilia lagi. Tangisannya sudah pecah. Esakannya juga kedengaran

Qashid terkejut mendengar tuduhan Kamilia. Betullah, wanita dengan over thinking tak boleh dipisahkan namun Qashid tahu mengapa Kamilia berkata demikian. Ini semua kerana Kamilia cintakan dia

"Qash, betul ke Qash nak kahwin dengan Huda? Bagitahu Lia yang semua tu tak..

"Kamilia, I love you" kata Qashid memotong terus anggapan negatif Kamilia

Kamilia terkedu. Wajah Qashid dipandang

"Yes Kamilia. I love you, Saranghea, Wǒ ài nǐ, C̄hạn rạk khuṇ dan segala jenis bahasa dalam dunia ni yang menyatakan tentang cinta. Qash cintakan Lia sepenuh hati. Trust me" ucap Qashid tulus sambil menatap ke dalam anak mata Kamilia

Kamilia kembali menangis teresak-esak dan terus badan Qashid dipeluk

"Hal macam ni Qash kata tak penting? Sampai hati Qash!" ujar Kamilia terus menumbuk perlahan dada Qashid

Qashid tersenyum. Apa comel sangat bini aku ni?!

"Sorry. Qash cuma tak berani" balas Qashid. Tangannya setia mengusap belakang badan Kamilia

"Thanks" bisik Kamilia perlahan namun masih boleh didengari Qashid

"Thanks for what?" soal Qashid. Puncak kepala Kamilia dicium

"Thanks for loving me"

"Sebenarnya Qash yang patut berterima kasih pada Lia kerana Lia sanggup mencintai Qash sejak dulu. Maafkan Qash sebab Qash buta menilai mana kaca mana permata. Maafkan Qash sebab buta melihat cinta tulus dari Lia dan maafkan Qash juga kerana telah membuat Lia tertunggu-tunggu jawapan dari Qash" ucap Qashid tulus. Tangan Kamilia ditarik ke bibir. Perlahan-lahan bibir Qashid mencium jari jemari itu berkali-kali

"Qash tak buta cuma rabun sikit" seloroh Kamilia mengundang tawa Qashid

"Lia ni ada-ada je" balas Qashid sambil mencium pipi Kamilia geram

"Qash nak tahu something tak?" soal Kamilia sambil menghapuskan air matanya. Jujur, dia berasa sangat gembira sekarang dan tiada ungkapan yang dapat mengungkapkan rasa bahagia nya dia saat ini

"Apa dia?" soal Qashid

"Arwah ayah selalu pesan dekat Lia untuk sabar. Tak kisah lah dalam aspek apa sekali pun yang penting sabar. Dan sekarang Lia faham apa yang ayah cuba sampaikan. Setelah sekian lama Lia sabar menunggu cinta dari Qash, akhirnya Allah telah balas kesabaran Lia tu dengan menjentik hati Qash untuk mencintai Lia. Lia happy sangat sekarang. Lia tak tahu nak gambarkan macam mana rasa gembira ni. Dulu Lia pernah berangan-angan untuk mendapat cinta dari Qash dan Lia tak sangka sekarang ianya realiti bukan lagi fantasi. Qash, terima kasih kerana terima Lia yang serba serbi kekurangan ni" ucap Kamilia. Air matanya tadi kembali mengalir

Qashid tersenyum. Dia bangga kerana memiliki isteri secantik dan sebaik Kamilia. Air mata Kamilia diseka dengan ibu jarinya

"Lia pun nak tahu something tak?" soal Qashid pula

"Apa?"

"Qash pernah berjanji pada diri Qash. Sekali lafaz terakad, hanya dia selamanya" balas Qashid kemudian bibirnya menyentuh bibir Kamilia sekilas

"Betul ni? Kalau Qash tipu siap Qash! Lia siat-siat kulit Qash pastu campak dekat laut china selatan tu biar segala jenis piranha makan kulit Qash sampai tak ada satu pun yang tinggal" ujar Kamilia bersama reaksi muka yang geram

"Sampai hati Lia nak buat macam tu pada Qash ek?" soal Qashid tersenyum. Ada ada saja Kamilia Ulfa ni!

"Mestilah sampai. Kalau Qash pun sampai hati nak mendua kan Lia" balas Kamilia lagi. Suaranya mengendur

"No sayang. I won't. I'm promise" kata Qashid sambil menghulurkan jari kelingkingnya

Kamilia tersenyum kemudian jari kelingking Qashid disulamkan dengan jari kelingkingnya

Ya Allah, saat ini aku berasa benar-benar bahagia. Aku mohon agar bahagia ini akan berkekalan selama-lamanya. Hanya dia untukku dan hanya aku untuk dia. Kini, esok dan selamanya





Hey, hey, hey. Jangan lupa vote lah. Kesian sis beria update tapi tak ada orang yang vote. Nak merajuk lah macam ni

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now