Qashid memimpin tangan Kamilia sambil mereka bersiar-siar di Queen Mary's Garden
Tenang rasanya apabila berjalan dikawasan sini. Bunga-bunga yang mekar disini masih tidak mampu untuk melawan kemekaran hati Kamilia. Sejak semalam lagi tidurnya tak lena, mandinya tak basah dan makan pun tak kenyang. Ni semua akibat Qashid. Kamilia berasa seperti dunia ini dia yang punya apabila Qashid berbuat demikian. Alangkah indahnya kalau Qashid menjadi miliknya selama-lamanya namun dia tahu itu semua mustahil
Kamilia mengeluh halus
"Kenapa ni?" soal Qashid
"Takde apa" Kamilia menghadiahkan senyuman
"Yeke takde apa? Cuba bagitahu Qash. Kenapa ni?" Qashid menghentikan langkahnya kemudian wajah Kamilia ditatap
Kamilia tersenyum seraya itu dia memegang wajah Qashid
"Lia cuma sedih je" balas Kamilia mencebikkan bibir bawahnya
"Sedih kenapa?"
"Sedihlah. Esok kan kita dah nak balik Malaysia. Nanti kalau Lia rindu tempat ni macam mana?" kata Kamilia sayu saja
"Kalau rindu, kita datang la sini lagi" Selamba Qashid berkata
Kamilia membuat muka geram. Tangannya menumbuk perut Qashid perlahan
"Sakitlah" adu Qashid
"Padan muka. Siapa suruh main-main" balas Kamilia menjeling
"Mana ada Qash main-main. Betullah, kalau Lia rindu nak datang sini nanti kita datang lah lagi. Apa susah" ujar Qashid
Mata Kamilia bersinar sambil dia mengelipkan matanya berkali-kali memandang Qashid
"Betul ni?" soal Kamilia mempamerkan wajah comelnya
"Betullah sayang. Kenapa Qash nak tipu pula" balas Qashid terus menarik hidung Kamilia
Kamilia tersenyum. Bahagia rasa hatinya.
"Kejap Qash, Lia nak ikat tali kasut. Terbuka pulak" Kamilia terus duduk mengikat tali kasutnya
Qashid baru saja mahu menolong isterinya tetapi ada dua figura telah menarik perhatiannya terlebih dahulu
Qashid memerhati lama pasangan kekasih yang sedang bercumbu di khalayak ramai itu. Mata Qashid dikecilkan untuk mengecam orang tersebut kerana dia seakan-akan kenal dengan salah seorang daripada mereka
Qashid terpana setelah dia dapat mengecam wanita itu. Ya, dia sangat kenal dengan wajah tersebut walaupun pemakaian wanita itu sudah berubah sepenuhnya. Tudung tidak lagi dipakai, baju pula terlalu menjolok mata dan paling merobekkan hati Qashid apabila Huda rela dicumbui lelaki lain di khalayak ramai
Nafas Qashid sukar diatur akibat menahan marah. Matanya jelas berkaca. Urat-urat dilehernya juga timbul. Penumbuknya dikepalkan dan giginya diketap
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...