Wajah Kamilia masam mencuka sambil bibirnya memuncung tajam
Qashid yang sedar akan hal itu pantas meletuskan ketawanya
"Janganlah buat muka macam tu. Dah macam kodok tua tahu tak?" ujar Qashid bersama sisa tawanya
"Lia, okay fine. Qash mintak maaf. Qash janji, perkara semalam takkan berulang. Lagipun Qash bukan sengaja. Qash panik je" kata Qashid lagi apabila Kamilia tidak melayaninya
"Banyak cekadak la Qash punya tak sengaja! Kalau tak sengaja, tak ada lah mata tu luas je masa dalam tandas semalam!" dengus Kamilia geram apabila teringat kejadian dalam tandas semalam
"Dah rezeki depan mata, takkan Qash nak tolak? Lagipun Lia dapat pahala tau" Qashid menayangkan wajah selamba. Tak ada rasa bersalah langsung!
"Ey! Benci betullah! Kalau bab-bab ni laju je sebut pasal pahala dengan dosa" kakinya melangkah ke tandas kemudian
dia menghempas kuat pintu tandasQashid mengeluh halus. Inilah yang paling dia lemah sekali. Bab-bab memujuk perempuan memang dia fail!!
"Lia, buka pintu ni" pintu tandas diketuk
"Lia, Qash betul-betul minta maaf okay. Lia bukalah pintu ni" pujuk Qashid lagi
"Takpelah kalau Lia tak nak buka pintu, take your time okay. Qash nak keluar kejap tau. Tak lama pun. Nanti Qash balik"
Qashid mencapai kunci kereta miliknya. Nasib saja hari ini adalah hari minggu jadi tidaklah terbeban fikiran Qashid dengan rajuk Kamilia tu. Kalau saja hari ini hari bekerja, pasti fikirannya tidak fokus untuk melakukan pekerjaan
Enjin kereta dihidupkan kemudian keretanya meluncur laju
Kamilia menjengahkan sedikit kepalanya. Apabila figura Qashid tidak kelihatan barulah kakinya menapak keluar dari tandas
"Suka hati dia je nak buat apa dekat orang. Tahu lah dia tu suami!" bentak Kamilia sendirian. Dia berpeluk tubuh
Punggungnya dihempas kuat ke atas katil
Tok..tok..tok
Kamilia berdiri untuk membuka pintu setelah kedengaran pintu biliknya diketuk. Sejurus itu, tersenggul wajah cantik ibunya
"Ye bu" kata Kamilia terus merangkul lengan Hasma untuk turun ke tingkat bawah
"Qash ke mana tu? Kenapa Lia tak ikut?" soal Hasma
"Entahlah bu. Dia cakap nak keluar je tapi tak bagitahu pun mana dia nak pergi lagipun Lia malas nak ikut" balas Kamilia
"Ni ibu nak tanya. Sampai bila Lia dengan Qash duduk rumah ibu ni?" soal Hasma
"Kenapa? Ibu tak suka ke kitaorang duduk sini?" kata Kamilia sayu
"Tak adalah. Ibu tanya je" balas Hasma sambil menggosok pipi anak tunggalnya
"Entahlah bu. Lia ikut Qash je. Em, ibu.."
"Apa sayang"
"Ibu, kalau Lia cakap ni ibu jangan marah ek. Ibu.. kalau boleh ibu berhentilah kerja tu. Ibu duduk je rumah lagipun Lia kan ada. Pasal barang rumah ataupun ibu,semua biar Lia je uruskan"
"Mana boleh macam tu Lia. Kalau duduk rumah pun buat apa? Ibu bosanlah, baik ibu kerja" kata Hasma membantah terus idea anaknya. Lagipula umurnya baru 39 tahun. Maklumlah orang dulu-dulu. Kahwin muda.
"Tapi bu, Lia kesianlah tengok ibu. Ha, macam ni lah. Kalau ibu tak nak rasa bosan, apa kata ibu kahwin. Lagipun ibu cantik lagi, badan pun ramping macam anak dara" balas Kamilia tersenyum. Memang tidak dinafikan, wajah Hasma masih belum dimamah usia. Masih cantik
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...