Part One (1)

322 11 2
                                    

"Sayang, lagi dua minggu kita akan berkahwin. Saya macam tak percaya yang semua ini akan berlaku dalam waktu yang singkat macam ni" kata Qashid sambil merenung ke langit gelap yang dihiasi bintang terang

Huda tersenyum girang melihat senyuman Qashid. Jujur, hatinya juga berasa sama seperti Qashid namun terkadang hatinya keliru dengan keputusan yang dibuat. Adakah betul apa yang dia lakukan ini? Tidak terlalu awal kah untuk dia memegang tanggungjawab yang besar pada usia yang muda? Namun segala fikiran negatif dibuang sejauhnya dan dia yakin yang itu hanyalah mainan perasaan

"Sayang. Saya rasa lepas ni kita tak perlu jumpa satu sama lain" kata Huda

Qashid terkejut mendengar kata-kata Huda. Wajah Huda dipandang dengan riak yang terkejut

"Apa ni sayang? Kenapa tiba-tiba tak nak jumpa saya?" soal Qashid hairan

"Yelah, tak lama lagi kan kita nak kahwin jadi saya rasa tak elok la kalau kita keluar berdua macam ni lagipun kita ni tengah darah manis" balas Huda memandang tepat pada wajah kekasih hatinya

Qashid menghela nafas lega mendengar kata dari Huda. Buat cuak saja Huda ni. Tapi ada betul juga kata Huda

"Baiklah. Kita jumpa masa majlis nanti tau sayang. Jomlah balik" kata Qashid

Huda membuka pintu kereta sesudah mereka tiba dihadapan rumah Huda

"Sayang" panggil Qashid. Huda kembali menutup pintu kereta lantas wajah Qashid dipandang

"Ye sayang" balas Huda

"Kebelakangan ni saya rasa tak sedap hati sangat tapi mungkin perasaan saya je kot. Sayang, saya harap sangat yang awak akan setia pada saya dan tak akan berubah hati. Sayang, hanya awak yang ada dalam hati saya sejak dulu sampai sekarang. Cinta saya sikit pun tak berubah terhadap awak malah semakin hari semakin bertambah" kata Qashid

"Sayang, jangan layankan sangat perasaan awak tu okay? Saya sayang awak sangat dan saya janji yang saya akan setia pada awak sampai mati" balas Huda tersenyum

"Terima kasih sayang"

"Saya masuk dulu. Drive elok-elok. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Qashid terus memandu keretanya meninggalkan kawasan perumahan tersebut. Entah mengapa hatinya sering berasa tidak enak. Sepatutnya dia perlu rasa gembira kerana tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan cinta hatinya

----------------

Kamilia termenung di balkoni biliknya. Cincin emas putih yang tersarung cantik di jari manisnya ditenung lama. Tanpa dia sedari air mata mengalir dipipi

Tidak lama lagi dia akan menjadi tunang kepada Alif. Dia tidak sangka yang dia akan terima lamaran Alif. Kamilia tahu yang Alif sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Sejak dari sekolah menengah lagi namun dia sedar akan kekurangan dirinya dan kerana itulah dia tidak mahu menerima Alif tetapi sekarang keadaannya berbeza

Qashid akan berkahwin tidak lama lagi dan tak mungkin dia akan menunggu Qashid yang mustahil akan jadi miliknya dan kerana itu dia buat keputusan untuk menerima Alif dalam hidupnya. Walaupun susah untuk dia mencintai orang lain namun dia berjanji yang dia akan mencuba

Qashid adalah sahabatnya sejak dia kecil lagi. Apa saja yang dia lakukan pasti ada Qashid bersama. Kamilia tidak sedar bila perasaan cinta itu hadir tapi dia yakin yang hatinya hanya ada nama Qashid. Sudah lama dia memendam perasaan ini sehinggakan Qashid bertemu dengan seorang gadis yang telah berjaya mencuri hati dia. Sebagai sahabat, dia hanya mahukan yang terbaik buat Qashid. Apa yang dapat membahagiakan Qashid pasti akan membuatnya berasa bahagia juga termasuk jika dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now