Kaki Kamilia bergegas masuk ke dalam bilik hospital yang menempatkan Qashid. Air mata setia mengalir. Kamilia risau akan keadaan Qashid
Kaki Kamilia terhenti apabila melihat keadaan Qashid yang lemah terbaring di atas katil. Kamilia melangkah perlahan-lahan lalu punggungnya terus direbahkan dibibir katil. Kepala Qashid yang berbalut disentuh. Kamilia serba salah. Dia tahu ini semua punca darinya. Kalau saja dia tidak desak Qashid soal Huda, tentu ini semua takkan terjadi
"k--ka--kamil" Qashid bersuara
"Ye Qash. Ni aku" balas Kamilia sambil mengetap bibirnya menahan esakan
"Qash, aku minta maaf" pinta Kamilia terus melepaskan tangis yang kuat
Qashid tersenyum kemudian tangan Kamilia ditarik lalu diletakkan di atas dadanya
"Sini" pinta Qashid sambil menepuk lengannya
Kamilia menggeleng. Qashid tersenyum lagi
"Sinilah. Kalau tak aku tak maafkan kau" kata Qashid
Akhirnya Kamilia akur. Terus badannya berbaring dan kepalanya dialaskan dengan lengan Qashid
"Pandang aku" pinta Qashid lagi
Kamilia tidak membantah kali ini dan terus berpusing menghadap Qashid. Keadaan mereka sangat rapat sehingga tiada ruang pun antara mereka. Qashid menatap mata Kamilia yang basah itu sedalam mungkin
"Dah lah. Jangan nangis. Aku ok lah" bisik Qashid. Tiada tenaga rasanya untuk dia mengeluarkan suara
Kamilia menggeleng dan terus menangis. Tangannya laju memeluk Qashid. Tangisnya dihambur semakin kuat dalam dakapan Qashid. Qashid tersenyum lagi apabila mendengar esakan Kamilia yang semakin kuat
'Manja' getus hati Qashid.
Qashid membalas pelukan Kamilia erat. Walaupun mereka bersahabat sejak kecil, rupanya masih banyak perkara yang Qashid belum tahu tentang diri Kamilia
Qashid harus ambil tahu segala tentang Kamilia bermula dari sekarang kerana dia akan pastikan yang Kamilia akan menjadi wanita paling bahagia di dunia ini. Dia janji
----------------
"Hello sweety girl" tegur seseorang kepada Huda
"Eh, hai Malique" balas Huda tersenyum kepada jejaka kacak yang melanggarnya tempoh hari
"You still remember me?" soal Malique
"Yes of course. How can i forget your beautiful smile" balas Huda ramah
"Such a sweet talker! Anyway, i selalu nampak you seorang diri or you memang datang sini sorang-sorang?" soal Malique
"Yaa, i memang datang ni sorang-sorang. Actually, i datang sini sebab i nak tenangkan fikiran" balas Huda
"Oh sorry, am i bothering you?" soal Malique
"Nope. Good to see you here. At least I have a friend" balas Huda lagi
"Baguslah kalau macam tu. So, bolehlah kita mengeratkan lagi perkenalan kita?"
Huda tertawa kecil mendengar sebutan pelat yang disebut oleh Malique kemudian dia mengangguk tanda setuju
"Okay, let's start our introduction again. Nama saya John Malique and you can call me Malique. I'm 24 years old and im single. How about you?" soal Malique memandangkan hari tu mereka hanya sempat bertanyakan nama masing-masing sahaja
"My name is Huda Humaira and you can call me Huda. I'm 21 and yas, still single" balas Huda
"Awak single? I can't believe it. You are beautiful, mana mungkin awak tak berpunya" ujar Malique tidak mempercayai kata Huda
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...