Hasma membuka pintu bilik Kamilia dengan kasar. Dia terkedu apabila melihat keadaan Qashid yang hanya memakai tuala dan Kamilia pula masih terbaring di atas katil
"Eh, ibu kacau ke? Sorry. Ibu keluar balik" kata Hasma serba salah
"Ibu! Kejap! Kitaorang bukan buat perkara yang ibu sangkakan ok" Kamilia terus berdiri
"Alah, kalau buat pun apa salahnya. Kan suami isteri" Hasma tersenyum nakal
"Eh bau apa ni?" Hidung Hasma bergerak-gerak menghidu bau yang menyengat dalam bilik itu
"Ya Allah! Mana datang kucing ni!" kata Hasma lagi. Tidak semena-mena dia tersepak anak kucing yang sedang berlegar-legar di kakinya kemudian dia berlari pergi meninggalkan bilik Kamilia
Kamilia bercekak pinggang memandang Qashid. Bibirnya diketap
"Ehehe. Qash lupa ibu takut kucing. Eh tapi Qash tak beli untuk ibu. Qash beli untuk Lia" kata Qashid menikus
"Lia dah tak kuasa nak layan Qash. Lia nak Qash kemas semua ni dan pasal anak kucing ni. Qash fikirlah sendiri" balas Kamilia terus keluar dari bilik. Geram sangat dengan sikap Qashid yang seperti keanak-anakan itu
Qashid memuncungkan bibirnya. Sangkanya Kamilia akan suka dengan segala hadiah yang dia beli tetapi tidak pula
Qashid mengambil kedua anak kucing tersebut kemudian dia mencium secara bergilir
"Takpe, baba tahu nanti mesti umi suka dengan korang. Cuma sekarang ni umi tengah takde mood. Semua salah baba. Tapi baba janji yang baba akan pujuk umi secepat mungkin" kata Qashid kepada anak kucing tersebut
Dia pantas menyelesaikan apa yang disuruh Kamilia. Selesai saja semuanya, dia kembali masuk ke tandas untuk membersihkan diri
-----------------
"Nggak usah curi lihat. Kamu kesana terus tegur dia. Jangan sok ego bangat sih lu" kata Radi seraya ketawa besar
"Ah kau ni. Ada je mana-mana aku pergi kan?" balas Alif menjeling
"Ya iyalah. Kamu tu berada di tempat ramai orang, wajarlah!" kata Radi lagi
Alif tidak membalas namun matanya masih lagi mencuri pandang ke arah Azra
"Aduh kamu ni Alif! Pergi saja tegur dia. Kamu nggak kasihan lihat dia keseorangan begitu. Lagipula dia juga mahasisiwi baru disini dan masih belum punya teman atau dia masih belum kebiasaan di Indonesia. Enggak salah kok kalo kamu bertemanan sama dia. Ayo! Bertemanan aja bukan berpacaran begok" kata Radi lagi
Alif menjeling. Mulut mamat ni memang takde insurans. Alif mengeluh halus
"Ya baiklah. Aku lakukan ini semua kerana kamu ya Radi" balas Alif akhirnya akur
"Bohong kamu. Bukan karena aku tapi sememangnya kamu sudah jatuh hati pada dia. Iya kan? Iya kan?" ujar Radi mengusik lagi
"Kalau begitu, aku tak jadi pergi. Ini semua sebab kamu" Alif kembali duduk
"Aduh kamu. Hati tisu kayak perempuan. Pergi sana! Kalo kamu enggak ke sana, kamu dikira pengecut tahuu"
Alif berasa tercabar dengan kata-kata Radi. Dia kembali berdiri dan melangkah perlahan-lahan menuju ke Azra
Alif berdiri tepat dihadapan Azra. Mulutnya terkunci
Azra mendongak apabila terasa seperti ada orang yang berdiri dihadapannya
Tanpa banyak bicara, Azra pantas mengemaskan bukunya dan terus berlalu pergi meninggalkan Alif
"Azra, tunggu" pintas Alif sebelum Azra melangkah jauh
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...