Kamilia tersedar awal pagi. Selesai saja menunaikan solat, dia terus bersiap. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan Qashid sebentar lagi
Kamilia mencari baju yang sesuai di dalam almarinya kemudian dia mengambil baju t-shirt lengan pendek dan juga seluar jeans biru muda. Selesai saja memakai baju dia terus mengambil jaket jeans lalu disarungkan dibadan. Begitulah cara pemakaiannya setiap hari apabila dia keluar rumah. Kamilia memang tidak pernah mengenakan blouse ataupun dresss di badannya kerana dia tidak pernah suka dengan pakaian sebegitu
Botol bedak carrie junior diambil lalu dituangkan sedikit bedak ke tapak tangan kemudian Kamilia menyapu bedak tersebut ke wajahnya. Kamilia tersenyum melihat wajahnya yang putih bersih di dalam cermin. Jam dipandang lantas dia terus berlari turun ke bawah. Amaran yang diberikan Qashid malam semalam terus diingati. Nasib dia tidak terlambat
Kamilia terus membuka pintu pagar. Kelihatan kereta Honda Civic milik Qashid sudah pun berada tepat dihadapan rumahnya. Kamilia terus berjalan menuju ke kereta tersebut
"Morning" sapa Qashid mesra
"Morning" balas Kamilia kembali sambil pintu kereta ditutup
"Kita nak ke mana?" soal Kamilia
"Rahsia" balas Qashid bersama senyum manisnya
"Rahsia tengkorak kau. Nak berahsia dengan aku konon! Bagitahu la kita nak ke mana?" soal Kamilia
"Yelah aku bagitahu! Kita ke taman tema air!!!" balas Qashid teruja
Kamilia tergamam. Taman tema air apedehal?! Ingat aku budak-budak ke
"Kau ni Qash! Kita nak ke sana buat apa?! Aku dah la tak bawak baju" gumam Kamilia geram
"Alah, kau pakai je baju aku. Saiz kita lebih kurang sama je lagipun kau kan memang suka pakai baju lelaki" balas Qashid tenang
"Agak-agak la. Habistu baju dalam aku dengan seluar dalam takkan nak pakai kau punya jugak?!" soal Kamilia. Dia terdiam sejenak kemudian mulutnya ditampar perlahan apabila dia tersedar yang dia sudah terlepas cakap
"Eh haah lah! Aku tak terfikir yang tu. Takpe kita pergi beli kejap lagi. Kalau kau malu nak beli biar aku belikan. Kau cakap je kau nak yang jenis macam mana dan saiz apa. Ok?!" kata Qashid tanpa segan silu
"Kepala hotak kau! Ish! Kalau aku tahu aku tak ikut tau!" balas Kamilia terus berpeluk tubuh. Ikutkan hati mahu saja dia menumbuk muka Qashid. Geram!
"Janganlah marah Kamil. Aku ingat kau suka pergi tempat tu yelah kau kan tak boleh nampak air. Kalau nampak je mesti terus nak berendam la nak mandi la!" balas Qashid
"Memang la aku suka tapi kalau ye pun bagitahu la awal-awal! Bukan sekerat jalan baru nak bagitahu!"
"Hmm sorry. Ok la kita pergi tempat lain. Kali ni aku ikut kau je. Kau nak pergi mana?" soal Qashid sambil tekun memandu
"Aku nak pergi i-city kat shah alam tu lepas tu nak tengok movie lepas tu nak makan sedap-sedap" kata Kamilia tersenyum nakal
"Ok! Kita pergi i-city sekarang!" balas Qashid
"Yeay!" sahut Kamilia teruja
Kerana itulah mereka berdua menjadi teman rapat sejak kecil lagi. Mereka berdua sangat sependapat antara satu sama lain dan jika terjadi salah faham antara mereka, mereka akan cepat-cepat menyelesaikan masalah
----------------
Helmy melangkah masuk ke dalam bilik Huda sesudah dia mengetuk pintu. Pinggang adiknya dicuit dari belakang
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...