Hari ini semua perkara akan menjadi seperti biasa semula. Kamilia kena tidur berasingan dengan Qashid. Berpura-pura bahagia di hadapan orang tua mereka dan masing-masing membuat hal sendiri
Tepat pukul 8 malam tadi mereka berdua sudah pun tiba di tanah air dan jujur, hati Kamilia berasa sangat luluh. Mungkin ini nasibnya sampai bila-bila. Mungkin kebahagiaan bukan berpihak pada dia. Dia harus redha
Tekak Kamilia berasa amat kering. Kakinya melangkah turun dari katil. Tombol pintu bilik dipulas. Langkah kakinya terhenti apabila matanya tertancap tepat pada mata Qashid yang juga baru keluar dari bilik. Mata mereka bertatapan lama
Kamilia berdehem kemudian melarikan matanya ke arah lain dan kakinya laju menuruni anak tangga
Qashid mengeluh. Kakinya juga melangkah ke dapur
Kamilia meneguk laju air di dalam gelas apabila kelibat Qashid muncul di dapur. Selesai saja, dia pantas berlari untuk masuk ke dalam biliknya semula tetapi tangan Qashid pantas merangkul pinggang Kamilia
"Qash.. Qash nak anak" kata Qashid sambil menatap ke dalam anak mata Kamilia
Kamilia tersentak. Kenapa tiba-tiba?
Sebenarnya hati Qashid juga berat untuk menuturkan hal itu kerana seperti yang dia pernah katakan sebelum ini. Dia tidak mahu menjalinkan hubungan ini tanpa cinta tetapi mana tahu hanya dengan cara itu cinta dia buat Kamilia akan hadir?
"Cukuplah Qash. Berapa lama lagi Qash nak seksa Lia? Sebab apa Qash cakap tentang hal ni tiba-tiba? Sebab Qash rasa terhutang budi pada Lia?" soal Kamilia bengang. Tubir matanya bergenang
Qashid tidak menjawab dan dia terus mencempung badan Kamilia naik ke biliknya
"Qash, apa ni?! Lepas lah!" Kamilia meronta dalam dukungan Qashid
Qashid tidak menanggapi kata-kata Kamilia dan dia terus meletakkan tubuh kecil Kamilia diatas katil secara perlahan-lahan
Baju di badannya ditanggalkan lalu kakinya perlahan-lahan merangkak naik ke atas badan Kamilia
Kamilia sudah menangis teresak-esak. Tubuhnya menggigil kuat. Dia takut
"Qash, jangan buat Lia macam ni Qash. Lia mohon" rayu Kamilia sambil menolak tubuh sasa milik Qashid
Qashid tidak mempedulikan rayuan Kamilia dan dia meneruskan perbuatannya. Bibirnya melekap lama pada leher jinjang Kamilia
"Qash, cukuplah Qash. Lia tak nak. Lia merayu pada Qash" kata Kamilia lagi
Qashid menghentikan perbuatannya kemudian dia menghempas kasar tubuhnya bersebelahan Kamilia. Wajahnya diraup kasar
"Qash tak faham dengan Lia! Apa yang Lia nak sebenarnya?!" soal Qashid. Suaranya meninggi
Kelihatan Kamilia masih menangis teresak-esak sambil memeluk kedua lututnya. Mukanya pula disembamkan pada peha
"Lia sendiri kata Lia nak keluarga sempurna kan dan sekarang Qash nak tunaikan impian Lia. Untuk pengetahuan Lia, semua yang Qash lakukan pada Lia dekat London tu semuanya bukan atas dasar balas budi tapi atas dasar Qash..
Kata-katanya terhenti dan wajah Kamilia yang baru mendongak itu dipandang
"Atas dasar apa?! Atas dasar kau nak lupakan Huda?! Sekarang ni, kau nak sentuh aku sebab apa? Kononnya kau kata kau nak tunaikan impian aku tapi kau pernah tanya tak apa yang aku nak? Kau pernah tanya tak sama ada aku bersedia atau pun tidak untuk kita lakukan hubungan ini? Qash, aku ingat kau sahabat yang paling faham aku Qash tapi rupanya aku salah! Kau langsung tak pernah faham aku! Qash kalau kau nak tahu aku cintakan kau dari dulu lagi. Ya, aku akui yang aku dah jatuh cinta pada kau! Aku tak sedar bila perasaan tu hadir tapi aku yakin dengan perasaan aku. Dah lama aku pendam semua ni semata-mata aku nak jaga hubungan persahabatan antara kita dan aku sanggup terluka hanya kerana kebahagiaan kau tapi tidak lagi untuk kali ni. Aku dah tak sanggup untuk diperbodohkan. Aku dah tak sanggup untuk diperalatkan. Aku dah tak sanggup Qash!!" jerit Kamilia seperti orang gila. Kemarahannya tidak dapat dibendung lagi. Air matanya jatuh mencurah-curah. Wajahnya juga habis merah padam akibat terlalu marah. Panggilannya juga sudah bertukar aku-kau
Qashid terkedu. Dia benar-benar terkejut dengan kata-kata Kamilia sebentar tadi. Kamilia, cintakan aku?
"Lia. Lia cintakan Qash?" soal Qashid masih lagi tidak percaya
Bodohnya dia kerana tidak pernah nampak ketulusan cinta Kamilia terhadapnya. Butanya dia kerana mencintai orang lain berbanding Kamilia
"Ya Qash! Aku cintakan kau. Sejak dulu lagi! Kenapa?! Kau tak dapat balas cinta aku? Takpe Qash. Aku faham dan aku tahu yang cinta kau pada Huda tu terlalu agung dan tiada siapa pun dapat menggantikan tempat Huda dalam hati kau" balas Kamilia separuh berbisik. Tenaganya sudah hilang akibat menjerit terlalu kuat tadi
"Berhenti guna nama Huda dalam hal kita ni! Untuk pengetahuan Lia, cinta Qash untuk Huda dah lama hilang! Qash buat semua ni bukan sebab balas budi ataupun sebab memperalatkan Lia untuk Qash lupakan Huda tapi Qash lakukan semua ni sebab Qash ikhlas dan sebagai tanda Qash menghargai Lia. Ya mungkin salah Qash kerana Qash telah membuat Lia rasa keliru dengan segala perbuatan Qash tapi Qash nak tekankan semua perkara yang Qash lakukan takde kena mengena langsung dengan Huda!" balas Qashid menafikan segala kata Kamilia
Qashid sedar bahawa cinta dan sayangnya pada Huda telah lama hilang dan yang tinggal hanya lah benci dan dendam. Cuma Qashid keliru tentang perasaannya terhadap Kamilia. Dia tidak tahu sama ada perasaan yang menjengah di hatinya kini adalah perasaan sayang pada seorang kekasih atau pun perasaan sayang pada seorang sahabat. Jujur, dia masih belum menemukan jawapan untuk itu. Tapi apa yang pasti Qashid langsung tidak mahu kehilangan Kamilia
Kamilia tergamam. Wajah Qashid dipandang lama untuk dia mencari kejujuran kata-kata Qashid
"Lia tak percaya kata-kata Qash? Takpelah. Qash tak paksa pun untuk Lia percaya. Qash minta maaf" kata Qashid lagi dan terus berlalu keluar dari bilik itu
"Qash" panggil Kamilia menghentikan langkah Qashid
"Ye Lia" Qashid berpaling menghadap Kamilia. Senyum kelat ditayangkan
"Maafkan Lia. Lia tahu Lia dah keterlaluan. Maafkan Lia ye Qash" pinta Kamilia terus meraih tangan Qashid lalu dirapatkan ke bibirnya. Tangan kekar Qashid dicium lama sambil air matanya masih lagi mengalir
Qashid tersenyum dan terus menarik tubuh Kamilia ke dalam dakapan hangatnya. Bibir Qashid berlabuh di puncak kepala Kamilia
----------------
Alif menggarukan kepalanya tatkala dia buntu memikirkan cara untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Sudahlah pelajar disitu semuanya sombong-sombong belaka. Apabila Alif bertanya, semuanya mengangkat bahu saja tanda tidak tahu
Alif mengeluh kecil. Matanya terhenti saat melihat Azra yang berseorangan di bucu kelas. Hati kecil Alif berasa kasihan pula melihat wajah sugul Azra. Mahu saja Alif menegur Azra tetapi nanti apa pula Azra fikir
"Tak boleh! Kau tak boleh tegur dia!" gumam Alif ego
Kepala Alif berasa sangat buntu dan pantas kakinya melangkah keluar dari kelas. Wajah Radi yang tersenyum ke arahnya dipandang
"Kenapa kamu? Kok mukanya sedih banget?" soal Radi sambil melangkah menghampiri Alif
"Aku buntu. Tak tahu nak selesaikan kerja yang pensyarah bagi. Kau juga tahu kan semua yang pelajar disini sombong. Bila aku tanya mereka jawab tak tahu saja tapi bila pensyarah suruh hantar, laju saja mereka hantar" adu Alif meluahkan apa yang terbuku di hati. Mahu minta tolong dari Radi, sudah tentu pasti Radi tidak tahu memandangkan mereka berdua hanya roommate bukan classmate
"Itu kamu. Dulu ada Azra malah dibuang. Kan sudah susah hidup kamu" balas Radi mengejek
Alif membuat muka toya apabila Radi memberikannya kata-kata 'membina'
"Jangan marah lohhh. Aku cuma bercanda. Ok, gimana kalo kamu baikkin sama Azra. Mana tahu masalah kamu akan selesai" kata Radi lagi
"Ah, tak nak" Alif terus membantah
"Ya kamu ego banget! Sudahlah, kalo begitu kamu cari sendiri penyelesaian masalah kamu. Aku lapar. Mahu makan. Jumpa di kamar nanti ya" ujar Radi terus berlalu
Alif terdiam seketika. Dia kasihan pada Azra tetapi dia tidak suka akan sikap Azra yang terlalu mendesak. Lagipun Alif belum bersedia mahu berkawan dengan mana-mana perempuan. Dia serik dan dia tidak mahu disakiti lagi. Kalau boleh biarlah hatinya reda dahulu
Melihat wajah Azra itu lebih mengingatkan Alif kepada Kamilia dan itu jugalah menjadi punca dia mahu mengelak dari Azra tapi Alif tahu yang semua ini bukan salah Azra
Entahlah, dia juga buntu
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...