Part Twenty-One (21)

233 8 1
                                    

"Good morning My Queen" sapa Qashid mesra sambil tekun menggosok baju

Kamilia tersenyum dan membalas "Good morning My King" bersama mini love di jarinya

Qashid tersenyum. Comel! Getusnya

Kamilia menggeliat sedikit kemudian kakinya melangkah ke arah Qashid. Belakang badan Qashid dipeluk. Matanya kembali terpejam

"Kenapa gosok baju? Kan Lia dah gosok baju Qash malam tadi?" ujar Kamilia yang masih mamai

"Yang Lia gosok semalam baju Qash. Ni Qash tolong gosokkan baju Lia" kata Qashid Daris sambil mengangkat baju Kamilia

"Kenapa gosok baju Lia? Kan baju Lia ada yang ironless. Lia sarung jelah baju mana ada. Susah-susah je Qash ni" balas Kamilia terus meleraikan pelukan

"Takpe. Lagipun Qash sengaja gosok baju ni. Baru lah sedondon dengan colour baju Qash. Kan sweet" kata Qashid terus mengenyitkan sebelah matanya

Tawa Kamilia meletus. Nak sweet pun beragak lah! Office kot!!

"Dah jangan gelak. Pergi mandi lepas tu kita breakfast" arah Qashid terus menolak badan Kamilia masuk ke tandas

"Eh kejap! Tapi Lia tak buat breakfast lagi"

"Don't worry honey! Pengarang jantung hati intan payung comel lotei Lia dah tolong buatkan" balas Qashid berbangga diri

"Serius lah Qash? Qash bangun pukul berapa?" soal Kamilia terkejut. Biasanya Qashid akan tidur lepas subuh

"Lepas subuh tadi Qash tak tidur. So why not kalau Qash buat semua ni untuk isteri Qash kan?" balas Qashid kemudian mencuit hidung Kamilia

"Alololo. Baiknya shuben Lia ni. Okaylah, Lia mandi kejap tau" ujar Kamilia terus masuk ke tandas. Pintu dikunci

"Eh kenapa keluar balik?" soal Qashid hairan apabila melihat Kamilia keluar dalam keadaan belum mandi

"Tuala Lia lupa ambik" balas Kamilia tersengeh

"Apa salahnya kalau keluar tak pakai tuala?" balas Qashid nakal

Kamilia mencuka. Pantas tuala diambil dan dia kembali masuk ke dalam tandas

"Malu lah tu" gumam Qashid masih lagi ketawa

--------------------

Huda mengeluh halus. Entah sampai bila lah hidupnya akan begini. Hari-harinya kini sentiasa ditemani dengan air mata. Dia tidak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan tetapi setiap kali dia cuba untuk menamatkan riwayat hidupnya, bayangan senyuman Qashid mula terlintas difikiran

Walau apa pun yang jadi, dia harus berjumpa dengan Qashid terlebih dahulu dan menjelaskan semua perkara. Dia tidak mahu dihantui rasa bersalah sepanjang hidupnya

"Kau nak apa lagi?" soal Huda mendatar apabila terdengar bunyi tapak kasut mendekati dirinya. Tahulah Huda siapa gerangan yang sentiasa memusnahkan hidupnya itu

"Setiap kali saya ke sini pasti awak akan tanya sedangkan awak sudah tahu apa yang saya inginkan" balas lelaki itu sambil membelai rambut Huda

Huda menepis kasar tangan lelaki itu. Wajah lelaki itu diludah. Dia tidak kisah jika dia dibunuh sekalipun asalkan dia tidak akan diseksa seperti binatang lagi

"Makin berani" ucap lelaki itu lembut kemudian rambut Huda direntap kasar membuatkan Huda mengerang kesakitan

"Sakit?" soal lelaki itu tersenyum sinis

"Kau nak bunuh aku, kau bunuhlah! Tapi aku mintak jangan seksa aku macam ni" pinta Huda separuh merayu

"Bunuh? No! Saya takkan bunuh awak. Saya akui yang saya sudah terlanjur sukakan awak. Tapi saya tak nak jadi bodoh disebabkan perasaan ni sebab awak dah banyak beri keuntungan pada saya. So, sekarang ni saya nak awak beri layanan first class kepada saya" ujar lelaki itu terus melepaskan genggaman pada rambut Huda

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now