Part Seventeen (17)

208 11 2
                                    

Pintu pejabat Qashid diketuk. Wajah manis Kamilia terjenggul di muka pintu. Qashid melemparkan senyum manis

"Ya ada apa?" soal Qashid mesra

"Qash, Lia nak minta izin" Kamilia menatap wajah suaminya yang sedang sibuk menyiapkan kerja

"Izin apa?" soal Qashid terus memberhentikan segala kerjanya tadi. Fokusnya sekarang hanya pada Kamilia

"Lia ingat lepas balik kerja ni Lia nak singgah rumah ibu. Lepas je kita balik dari London hari tu, kita langsung tak jenguk ibu tapi kalau Qash penat Lia boleh je pergi sorang" Kamilia terus melabuhkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Qashid

"Okay Lia. Lepas kita balik ni kita pergi rumah ibu ye. Kalau Lia nak tidur situ semalaman pun boleh je. Lagipun bukan jauh mana rumah ibu dengan pejabat ni" balas Qashid bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya

"Betul ni? Qash tak bergurau kan?" soal Kamilia teruja. Perasaan rindu terhadap Hasma tidak tertanggung lagi

"Iya Lia. Nanti bagitahu ibu siap-siap tau. Qash pun dah rindu nak makan masakan ibu" balas Qashid sambil mengusap lembut pipi Kamilia

"Okay Qash. Nanti Lia bagitahu ibu. Takpelah, Lia sambung buat kerja dulu" kata Kamilia terus berlalu

Qashid berjeda seketika kemudian dia berdiri menuju ke tingkap. Suasana jalan raya yang sibuk di luar dipandang kosong sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack nya

Kepala yang terasa sedikit sakit dipicit perlahan. Sakit kepala betul bila memikirkan hal kerja yang tidak pernah habis ni

Kebelakangan ni dia berasa sangat serabut. Entah mengapa. Gambar Kamilia yang berada di dalam telefon miliknya dipandang lalu jarinya mengelus lembut gambar tersebut. Jatuh kasihan dia melihat Kamilia

Jari Qashid kemudian membuka google untuk dia mencari sesuatu. Setelah itu butang carian ditekan

Tanda bahawa kita sudah jatuh cinta

Dia harus memastikan perasaannya ketika ini kerana dia tidak sanggup lagi membuatkan Kamilia tergantung tak bertali. Dia tekad. Artikel tadi dibaca satu persatu

1. Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu dia berada di depan mata anda 24/7

Qashid mengangguk perlahan kerana perasaan itu sentiasa ada tetapi dia tidak mahu membuat andaian melulu dan pantas isi seterusnya dibaca

2. Tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia

Peristiwa ketika dia hampir bertumbuk dengan seorang lelaki di London kembali terimbas. Hati Qashid semakin teruja kerana ini sudah masuk point yang kedua. Namun dia masih lagi tidak berputus asa. Isi seterusnya lagi dibaca

Tok.. tok.. tok

Qashid tersentak dan tidak sempat membaca isi ketiga. Dia berpaling

"Masuk" arah Qashid kepada pekerjanya yang bernama Alia

"Maaf ganggu Encik Qash. Ni tender yang Encik Qash minta saya siapkan. Encik boleh periksa dulu dan kalau ada kekurangan saya akan perbaikinya" kata Alia sopan

"Thanks Alia" balas Qashid tersenyum

"Sama sama Encik Qash. Saya minta diri dulu" pamit Alia. Qashid mengangguk

Qashid ingin kembali membaca artikel tadi tetapi matanya tertancap pada bilik Kamilia terlebih dahulu. Giginya diketap geram apabila melihat Kamilia sedang bergelak tawa dengan salah seorang pekerjanya. Qashid bengang. Entah mengapa dia tidak suka mana-mana lelaki mendekati Kamilia walaupun hanya sebagai seorang kawan

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now