Part Eleven (11)

211 11 0
                                    

SUASANA malam di Kota London diamati oleh Kamilia dan juga Qashid. Kini mereka berdua berada di Parliament Hill. Mereka berdua berbaring di padang yang luas terbentang itu beralaskan rerumput yang hijau

Suasana sangat sunyi memandangkan hanya mereka berdua saja yang berada disitu. Mungkin yang lain sudah pun beradu kerana jam sudah pun berganjak pukul 3 pagi tetapi biasanya Kota London masih dikerumuni ramai manusia walaupun sudah jam sebegini. Entah mengapa malam itu suasana lengang sahaja. Mungkin mahu memberi ruang kepada sepasang suami isteri yang sedang bermadu kasih ini

 Mungkin mahu memberi ruang kepada sepasang suami isteri yang sedang bermadu kasih ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayangkan suasana malam and takde orang okay. Huhu)

Ya, Qashid dan Kamilia sengaja menghabiskan masa mereka berdua seharian suntuk. Banyak tempat yang mereka sudah jelajahi tadi namun atas permintaan Qashid untuk menikmati suasana malam di kota london, Kamilia hanya turuti. Asalkan dia hanya bersama Qashid

"Cantikkan bintang malam ni Qash" ujar Kamilia sambil matanya ralit merenung langit

"Cantik" balas Qashid sepatah

Jujur, hari ini dia berasa sangat bahagia. Keberadaan Kamilia disisinya langsung tidak pernah membuatnya berasa bosan walau hanya sesaat

Qashid menoleh memandang wajah Kamilia dari tepi kemudian dia tersenyum. Dulu, dia hanya memandang wajah itu dengan perasaan yang kosong namun sekarang setiap kali dia memandang wajah Kamilia, perasaan sayang semakin mendalam

"Qash, kau bahagia tak?" tanya Kamilia sambil matanya tertutup

"Bahagia" balas Qashid sepatah

"Tak, maksud aku. Kau bahagia tak dengan perkahwinan kita ni?" soal Kamilia lagi

Qashid tersenyum kemudian dia duduk bersila sambil memandang Kamilia yang enak berbaring

"Kamil, jujur. Aku tak pernah rasa terbeban dengan pernikahan ni. Aku bahagia dan aku sendiri tak sangka yang aku akan rasa bahagia macam ni" balas Qashid jujur

"Kalau suatu hari nanti, Huda datang merayu dan mohon maaf dari kau atau pun dia datang minta kau kembali pada dia, kau akan lakukan semua tu?" soalan Kamilia membuatkan Qashid tersentak

"Kalau suatu hari aku lepaskan kau, kau akan kembali pada Alif?" soalan Kamilia dibalas soalan oleh Qashid

Kamilia membuka matanya dan dia juga duduk bersila menghadap Qashid

"Saat itu, aku bersendirian. Kau lepaskan aku dan mungkin kau bahagia bersama Huda. Aku pula sah jika bernikah dengan siapa pun termasuk Alif" jawab Kamilia sambil merenung tepat ke dalam mata Qashid

"Jadi, kau akan kembali pada dia?"

"Mungkin"

Qashid tertunduk mendengar jawapan dari Kamilia. Hatinya terasa bagai ditoreh dengan alat tajam. Dia seakan benci apabila Kamilia berkata begitu

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now