Kamilia melihat dirinya di dalam cermin. Baju yang dipakai dibetulkan berulang kali
"Arghhh baju apa aku pakai ni!" keluhnya
"Eh anak ibu dah siap?" soal Hasma yang baru saja masuk ke dalam bilik Kamilia
"Belum siap lagi la bu. Rambut ni takkan nak biar macam ni je. Kalau Lia pakai topi boleh tak bu?" soal Kamilia resah
"Apa Lia ni? Dah dress up lawa macam ni takkan nak letak topi atas kepala. Meh sini ibu siapkan rambut Lia" balas Hasma
Kamilia hanya menurut. Dia terus duduk bersimpuh membelakangkan ibunya
Hasma terus mendandan cantik rambut panjang urai anaknya itu dengan sangat teliti
"Dah siap. Bangun cepat ibu nak tengok" kata Hasma
Kamilia pantas berdiri di hadapan cermin. Jujur, ini bukanlah dirinya yang sebenar
"Papa pesan suruh touch up muka tu sikit kan? Meh sini ibu tolong jugak" kata Hasma lagi
"Ala bu, Lia tak biasa lah. Kalau tak pakai makeup tak boleh ke?"
"Tak boleh. Papa Lia dah berbuih mulut pesan kat ibu tau malam tadi. Ibu tak nak nanti papa berleter dekat Lia pula kejap lagi. Kejap, ibu ambil makeup ibu"
5 minit kemudian Hasma kembali ke bilik Kamilia bersama beberapa alat soleknya
"Dah siap. MasyaAllah, cantiknya anak ibu" kata Hasma sesudah dia selesai solekkan wajah Kamilia
Kamilia berdiri dan melihat dirinya di hadapan cermin sekali lagi. Wajahnya didekatkan dengan cermin kemudian dia mengeluh
"Betul ke ok Lia pakai macam ni bu?" soal Kamilia inginkan kepastian
"Terlebih ok lah sayang. Dah pergi kerja cepat. Nanti lambat pula" kata Hasma
"Doakan Lia bu. Lia pergi dulu. Assalamualaikum"
------------------
Qashid melihat jam di pergelangan tangannya kemudian matanya meliar mencari kelibat seseorang di dalam pejabat itu
"Aik, baru dapat naik jawatan dah lambat ek minah ni" dengus Qashid sambil bercekak pinggang
"Assalamualaikum" ucap seseorang
Qashid berpusing melihat suara itu. Dia tergamam
"K..kam..kamil" tuturnya gagap
Kamilia menunduk. Wajahnya jelas seperti udang yang dibakar. Sepanjang dia berjalan masuk ke dalam pejabat pasti semua mata memandangnya sama seperti Qashid yang sedang memandangnya
"Apahal tengok aku macam tu?! Tak pernah tengok orang ke?!" soal Kamilia geram
"Aku tak percaya. Ni betul ke Kamil yang aku kenal?" soal Qashid. Matanya masih lagi tidak berkelip memandang Kamilia
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...